Thursday, February 19, 2009

Kerja oh kerja

Tiada apa aku nak tulis, jadi aku gunting dan tampal Catatan Siti kat sini:
Rujukan : http://catatansss.blogspot.com/2009/02/kerja-kerja-kerja.html

Tuesday, February 10, 2009

Kerja... kerja... kerja...

Pernah fikir tak macam mana keadaan kita bila ke tempat kerja??? Kadang-kadang kita ke tempat kerja dalam keadaan seronok dan gembira, malas, rasa terpaksa, tergesa-gesa (bila lambat bangun la) dan macam-macam lagi keadaan kita.Ingat lagi pesan abah bila mula-mula start kerja... Abah kata setiap kali nak ke tempat kerja niat bahawa kerja kerana Allah s.w.t supaya dapat berkat dan abah pesan jugak mula melangkah dengan kaki kanan (ada banyak lagi pesanan tapi dua nie la yang utama). Bila ingat... buat la tapi bila nak cepat dan terlupa alamat memang tak buat semua pesanan tue.Nie ada panduan dan peringatan untuk kita semua semoga kita akan lebih bermotivasi untuk ke tempat kerja dan dapat melakukan kerja dengan jujur dan ikhlas, dan bukan hanya menunggu 25 hb sahaja...

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita dapat ganjaran kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih…

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…Nie dipetik dari email yang diforwardkan ke mail box saya oleh seorang teman dan rasa bagus untuk dikongsi bersama selain dari peringatan untuk diri sendiri.

Friday, February 13, 2009

Skema

Budak-budak sekarang benci pada benda yang skema ini. Jika kita menyuruh mereka mengikut peraturan atau tatasusila dikatakan skema. Mereka mahu ’fancy’ atau lepas bebas, berpakaian, berambutan dan yang melampau lagi memakai kasut ke jamban@selipar pada tempat yang tidak sepatutnya, inilah kehendak mereka.

Wahai anak-anakku, jika kamu tidak mahu skema pun hendaklah kamu berprinsip. Nanti tidaklah kamu akan jadi macam katak, lompat ke sini dan balik ke sana. Berprinsip di sini bermaksud berpegang kepada agama (pun banyak alirannya, salafi, sufi dsb). Jika rambut kamu sudah diwarnakan, bagaimana kamu mahu berhadas besar dan seterusnya bersolat? Bagi kamu sebagai lelaki ’mancho’ (perkataan tidak skema), tiap-tiap minggu kamu akan mimpi basah dan bagi perempuan yang akil baligh pulak, seminggu dalam sebulan kamu akan berhaid dan ini memerlukan kamu mandi hadas.

Aku tulis ini bukan kerna nama tapi inilah yang menganggu dibenak fikiranku sejak kebelakangan ini. Semalam pun kawan-kawan bercakap mengenai perkara ini. Dikomplennya budak-budak kat sini(UNI***) yang memakai pakaian tidak skema, ”come on” pakcik makcik, mungkin kamu tidak mempunyai anak remaja yang tidak skema(skema lagi) sebab itu kalian tidak memahami mereka. Di sini pelajar IT memang begitu perangainya, lainlah pelajar bisnes ke, pengurusan ke atau ’lawyer’ terkecuali ahli muzik, apatah lagi pemuzik jalanan atau indie.

Kalau ditanya aku jenis lagu mana, he he.. pun tidak suka skema. Tapi aku berprinsip perlembagaan..eh silap, keagamaan. Kalau ke masjid atau surau atau majlis yang seumpamanya seperti tahlil, aku skema habis. Kadang-kadang mengalahkan tok imam dan para ustaz, berserban pun aku besa. Inilah mungkin antara sebab orang muda tidak mahu ke masjid dan majlis semacam ini, kerana perlu skema(skema lagi), tidak macam solat Jumaat taklah perlu skema, pakai pakaian seadanya sahaja. Lagi pun ramai, siapa nak peduli kau skema atau tidak. Lainlah majlis-majlis lain yang hadir tidak seberapa kerat itu, jika kau tidak skema, kau dipandang macam makhluk asing oleh orang masjid terkecuali aku. Melampau lagi jika kamu memakai t-shirt gambat ct atau artis indie kegemaran kamu,itu sudah melampau tahap gaban@kurang ajar.

Sekian dulu cite(perkataan tidak skema) skema ini, lain kali sambung lagi. Tulisan ini pun, ayatnya agak skema berbanding dengan bro hcj..orang muda tak suka ni.

Pss..Cikgu baru kami pun skema, semalam minta ’delay’ hantar tugasan vb.net tak diberi. Dua tugasan perlu dihantar dalam seminggu, aduss..serabut. Udah le, tugasan kena ikut skema stail APA pulak?

Nota:
1. dsb = dan sebagainya.
2. APA = ”American Psychological Association”

Thursday, February 12, 2009

Beri laluan

Setiap tahun aku diperuntukkan cuti rehat selama 30 hari. Bulan lepas, Januari telah 4 hari cuti ini diambil. Dua hari untuk daftar anak sekolah, sehari untuk peperiksaan akhir dan sehari lagi cuti kecemasan disebabkan demam.

Bulan ini aku belum bercuti rehat lagi, jadi aku akan bercuti pada rabu depan untuk memberi laluan atau ruang senggang kepada subjek Open source yang akan diadakan kuiz pada jam 6:30 petang dan juga satu lagi latihan atau tugasan perlu dihantar. Semalam, aku gagal menghantar latihan yang diberi minggu lepas disebabkan virus terkini yang memakan fail dokumen aku. Janji hantar petang ini.

Cuti rabu nanti juga akan diambil kesempatan untuk menguruskan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM4500 bagi menampung setahun pengajian tahun ini. Semalam juga, pihak pentadbiran kolej sudah menyiapkan dokumen yang diperlukan. Di situ juga tercatit gred CGPA yang telah dikemaskini, 3.45?. Mereka juga menuntut dokumen yang masih tiada pada mereka iaitu surat kebenaran ’tranfer kredit’. Masalahnya pihak pentadbiran di sana(Penang) tidak memasukkan ke dalam sistem, subjek yang telah di’tranfer kredit’ sedangkan semua urusan yang diperlukan telah aku buat. Aku masih mencari dokuman yang hilang dalam simpanan itu.

Cuti aku masih banyak dan sebahagiannya aku peruntukkan untuk memberi laluan kepada pengajian ini. Terkadang sebelum exam aku cuti, selain dari hari exam itu sendiri dan terkadang pada hari kelas pun aku cuti jika banyak ’kerja’ yang perlu aku buat, seperti kes di atas. Harap dapat aku ’up’kan CGPA yang ada supaya dapat melepasi paras 3.5, dan ini yang menjadi fokus tahun 2009.

Friday, February 06, 2009

Ada apa dengan Pangkat

Aku sudah 3 – 4 kali menghadiri temuduga kenaikan pangkat untuk jawatan yang setara dengan kelulusan yang ada. Tapi, belum berjaya. Jawatan yang sebelum ini hanya paling banyak pun dua kali dan berjaya.

Kawan-kawan bersimpati dan aku tidak kisah sangat. Jawatan sekarang pun baru saja aku pegang awal tahun lepas setelah tertipu selama tujuh bulan. Telah diceritakan sebelum ini pada post yang lepas. Biasanya edah untuk satu jawatan ialah dua tahun sebelum boleh memohon bertukar atau minta naik pangkat lagi.

Tahun ini mungkin mencuba lagi dan biasanya bulan ini(Februari) tawaran kekosongan jawatan untuk pangkat ini akan dikeluarkan di dalam laman intranet Sumber manusia. Kemudian, bulan April temuduga akan dijalankan dan bulan November nanti baru keputusan akan dikeluarkan. Terkadang, sudah malas nak layan benda ni. Masih keliru..

Jika diikutkan dengan surat maklumbalas dari pihak HR, tiada apa pun yang dilakukan oleh pihak ketua jabatan di sini dalam menyediakan diri aku untuk memegang jawatan ini. Mungkin surat maklumbalas itu tidak serius bagi mereka. Peduli apa, dia tu siapa? Dan aku sentiasa mengingatinya. Bahkan sesalinan surat itu telah aku kecilkan sesaiz poket dan disimpan di dalam dompet. Tunggu masa untuk kasi ’boom’. Jika ada kawan yang bertanya hal ini, maka aku tunjukkan surat bersaiz poket itu pada mereka. Kesian, terpaksa menjegilkan mata untuk membacanya. Almaklumlah, surat bersaiz A4 dijadikan saiz poket.

Moga berjaya, sekian.

Nota: Sudah letih, hampir setiap petang main hujan dan politik Perak yang belum selesai. Lagi, sudah rasa terbeban dengan tugasan pengajian yang begitu skema kali ini.

Monday, February 02, 2009

Oh..cerita semalam - ambil motor.

Oh..cerita semalam. Kami, tiga orang dengan dua biji motor bergerak ke Sungai Udang Melaka. Sebelum tu dah siapkan ’tool’ secukupnya, konon nanti mau baikilah apa yang patut, dengar kata motor dah lama tersadai. 9:30 pagi bertolak, sampai sana jam 11:30 pagi. Perjalanan sejauh 75 km. Sampai sana dan cuba ’repair’ motor tapi api spark plug tiada.

Bayar cengkeram RM200 dan tolak motor ke kedai. Tukar koil, bateri, minyak enjin dan plet belakang, kenalah RM82. Motor hidup dan balik. Balik ikut jalan lama. Sungai Udang – Jalan PD – Lubuk China – Kota – Rembau – Senawang(TTJ). Selamatlah semuanya – syukur. Jam 3 petang sampai rumah. Sori aaa..lupa mau ambik gambar ini motor.

Dapatlah Kriss2, sampailah hajat nak pakai 120. Tapi, motor kena ’overhaul’ dulu. Meter dah 60000 km lebih. Geran perlu tukar nama lagi. Plet Melaka. Itulah cerita semalam dan main ’Paintball’ pun ’burn’ RM80. Tengok gambar ni, macam syiok jugak main benda ni. Tapi betullah baik hati geng ni, dipulangkan kembali RM50. Tima kasih banyak2 la bro.

Keputusan periksa semester lepas

Keputusan periksa semester lepas telah diketahui, OOP2(C#) dapat B+ dan dua subjek lagi Web dan MS dapat A-. GPA=3.48, CGPA=2.62? Hampeh..depa ni belum perbetui lagi ‘carry mark’ aku dari Penang.

Udah masuk minggu ketiga pengajian dan aku masih ’blurr’. Buku yang dicari pun belum diketemui dan program pun belum dipasang lagi pada pc di rumah. Esok BSA dan lusa Open Source, belajar php atau Dynamic Web. Minggu ini cikgu cadang nak buat kuiz nih.
Mari kita ulangkaji sikit..Alamak! nota pulak tak bawak..kantoi. Ini pasal semalamlah, bawa keluar nota dari bag untuk pergi Sungai Udang, Melaka, tapi lupa nak masuk balik.

Friday, January 30, 2009

Minggu ini

Semalam boss datang, bagi taklimat cara untuk tunggusedia. Akan bermula minggu depan 2 Februari dan seterusnya selang seminggu. Alamat untuk buat tuntutan perjalanan guna alamat bilik sewa lama di Flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Tidak boleh guna alamat sekarang sebab lebih 40km. Boleh claim bil henpon, tapi kena buat surat dulu. Kemudian cerita pasal pelan komunikasi ICT untuk fasa 3 2009-2011, fokus ke arah tranformasi bisnes. Kena buat soal-selidik dan tandatangan untuk sahkan dah dengar ini cerita. Aduss..tiada hatilah apa yang nak jadi kat majikan aku ni. Suku pertama pun dah rugi 900juta. Semua dah jadi rutin dan boring. Harap dapat aku cabar situasi ni dan kasi 'boom'.

Pembantu Tadbir sudah bersuara "Nanti bulan depan buat timesheet untuk claim standby". Rupanya baru aku tahu tahun lepas nama aku tidak digazetkan sebagai orang tunggusedia. Sebab itu claim standby pada November lepas nampak macam ada yang tidak kena. Tak faham?
Kawan pun sudah 'sound' "Lepas ni boleh makan nasi ayam seminggu free". Alahai kawan-kawan.

Sabtu dan Ahad ini ada dua agenda, satu main Paintball di PutraJaya, Ahad ini dari 12:00 hingga 6 petang. Kos sudah bayar RM80, dari bulan Ogos tahun lepas lagi. Tunda punya tunda, lusa ni baru nak jadi. Kali pertama main benda ni, tak taulah macam mana nak jadi.

Agenda kedua..
Ahad jugak nak pi tengok motor di Sungai Udang, Melaka. Sepupu punya, tapi sudah jem. Dengar kata engko dan tempat pijak sudah patah. Almaklumlah geng komando yang naik. Kalau jadi ambik, ambiklah bawa balik dan baiki. Ahad tak sempat kot, esoklah.

Kelas..berjalan dengan lancar. Buku VB.NET yang disuruh cari belum diketemui. Nanti petang pi tengok kat Librari Uniten ni, ada kot. Pandai program ni nanti, bolehlah siapkan dua projek kat ofis ni. Salah satu nanti boleh jadikan projek untuk paper kat kolej. Cikgu pun dok motivate untuk tulis dan jual program..Peluang buat duit tu.

Semoga semuanya dapat berjalan lancar dan mendatangkan rezeki yang lebih banyak untuk tahun 2009 ini. Amin ya Allah.

Thursday, January 29, 2009

Tayar motor pancit

Semalam adalah kali kedua tayar motor belakang pancit. Kali pertama sudah keluar Tol Senawang dan kali ini di tepi lebuhraya selepas RNR Seremban arah pulang ke selatan. KM?

Tanda tayar pancit dengan tiba-tiba motor tidak stabil dan kemudian melelong-lelong. Berhenti dan cek tayar ada kaca sebesar satu inci melekat di tayar. Keluarkan 'tool' buka dan pasang tiub dan kemudian pam angin tapi, angin tidak lekat. Habis..tiub sudah rosak. Gagal anda sebagai mekanik tukar tiub tayar.

Habis modal, tiub 'spare' pun satu saja. Jalan dan jalan perlahan-lahan, kejap naik, kejap tonton, lebih kurang dua kilometer dan jumpa penyelamat. Mekanik tukar tayar pun tiba. Berapa? RM20. 'On'. Selesai masalah dan terus ke kolej di Seremban untuk sesi kedua kelas selepas rehat. Belajar Dynamic web pulak guna php.

Inilah nombor henpon si Mamat ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mie sahaja. 017-3842799.

Friday, January 23, 2009

Bil lama

Aku ada hutang lama dengan syarikat TM ini. Bil telefon dan bil TMNet. Dua malam lepas aku sudah bayar bil TMNet kat kiosk, RM80. Tapi bil sebenarnya hanya RM76.14, biasalah mesin mana mahu terima jumlah sa ringgit dan sen. Cuba pula untuk bayar bil telefon, ek leh..jual mahal pulak..tidak kenal.

Jadi semalam aku panggil orang yang hantar sms suruh bayar bil telefon itu, alamak! cakap kasar gedegag. Tidak padan dengan nama yang comel. Mengadu hal aku yang tidak boleh bayar kat kiosk, katanya mesin itu memang macam tu, kadang gelong. Suruh aku bayar kat kaunter dan bagi diskaun lagi 30% sempena raya cina. Cuma perlu bayar RM35 saja.

Dan hari ini, bila bini pergi bayar, alahai..tiada diskaun pulak, bayar penuh RM63.95. Apahal, Cik legal kasar gedegag? Mana itu diskaun pergi aah?

Bahasa Alam

Semenjak aku berguru dengan En Fuad Latip ini banyak perkara baru mengenai fikiran bawah sedar yang dapat dipelajari. Ini termasuklah mengenai bahasa alam atau dikenali sebagai gerak hati. Sebelum ini pun aku banyak menggunakan gerak hati, selalunya betul dan kadangkala tersasar jua. Ya lah..hidup ini kan kompleks dan kita cuba mempermudahkan. Dan agama kita pun datang secara pakej dan kita hanya memilih apa yang kita suka sahaja. Itu yang menyebabkan hidup jadi tidak sempurna. Selalu orang kampung kata mengaji tak habis.

Sekarang aku kembali meneliti apa yang ditulis oleh saudara Fuad ini dan cuba menghubungkan dengan pengajian ilmu kuasa minda yang pernah dipelajari pada tahun 2003 dengan Dr Ibrahim pengasas Aura Seri. Ilmu ini menuntut kepada amalan meditasi dan barulah aura atau dalam ilmu persilatan dikenali sebagai batin, menjadi kuat. Jika malas untuk bermeditasi atau beramal maka lupakan saja kuasa minda ini.

Sebenarnya apa yang disebutkan di atas seperti gerak hati, aura, batin adalah istilah dalam kuasa minda belaka. Tahap tertinggi kebolehan dalam kuasa minda ialah OBT(Out of body tranfer?), keluar dari tubuh dan boleh pergi ke mana saja termasuk alam lain.

Setelah baik dari demam pada Rabu lepas, aku kembali meneliti hikmah di sebalik kejadian ini.
Sudah sampai masanya aku mengurangkan aktiviti yang menambah frekuensi BETA ke dalam fikiranku. Perlu banyak berzikir dan bermeditasi bagi menurunkan gelombang fikiran ke tahap yang lebih rendah seperti ALPHA, TETHA dan DELTA. Dengan itu komunikasi dengan tuhan akan menjadi lebih mudah dan jiwa menjadi senakin tenang.

Friday, January 16, 2009

Musim angin Timur






Sudah demam dan makan panadol. Hari ini Jumaat, jadi bertahanlah. Aduss..(Sambil Mengerang). Dah bagitau bini kata nak balik awal, tak main badminton dah. Jam 5 petang terus cabut. Sebelum solat Jumaat nak pi tidur jap(nap)..aduss..







Musim angin Timur, atas Lebuhraya pun sejuk bangat. Pakai empat lapis, boleh tahan. Adusss..


Mohon maaf kepada kawan-kawan, jika terkecil hati dan terguris perasaan. Mohon nuu..Juga ibu dan ibu Mertuaku (Tapi depa tak mai sini). Kirim pesan sat.







Operasi Denggi..
Sori, cakap Utara noo..

Semalam dah pi daftar untuk Semester Baru. Tiga subjek seperti yang dirancang ada ditawarkan. Alhamdulillah. BSA, Open Source Technology dan Visual Programming.

Lepas ini nak pi cari duit pulak kat KWSP. RM7k mau tu, untuk setahun. Baki lagi empat paper termasuk Projek dan Latihan Industri.. Aduss..rasa lega sikit.


Anak pun sudah mula sekolah, daftar 2 Januari Tingkatan 1 dan 5 Januari Tahun 1. Habis sudah semua pakat sekolah.

Wednesday, January 14, 2009

Halalkan

Kawanku ke Chengmai dan dia hilang wang dalam RM300 tapi dalam bath lah. Dan dia dapat mengagak siapa yang mengambilnya. Ini kerna seorang rakan rombongan itu telah diberi amanah untuk memegang sekejap bag duitnya semasa dia masuk ke tandas.

Walau pun terkilan, tapi? Dihalalkan wang itu kepada siapa yang mengambilnya. Bila ditanya kenapa? Supaya dia tidak perlu berurusan lagi dengan orang yang mengambilnya di akhirat sana. Urusan itu biarlah dia dengan tuhannya.

Aduss..sesungguhnya hari ini banyak pengajaran dari tuhanku. Pagi tadi, makcik-makcik bercakap mengenai kejiranan mereka yang tidak peduli dengan alam sekitar dan jirannya yang terpaksa mengadu busuk disebabkan kebersihan di sekeliling rumah yang tidak terjaga. Aku mendengar seperti hal ini ditujukan kepada aku yang semenjak kebelakang ini kurang peduli tentang hal ’hygiene’(kebersihan) dan kecacatan di rumah sendiri.

Terima kasih kepada Saudara Fuad Latip(FuadLatip.com) yang sentiasa mengingati aku supaya sentiasa berkomunikasi dengan tuhan dalam segala hal. Hatta hal tidak baik sekali pun.

Harap aku senantiasa tidak lupa tuhan dalam segala hal.

Tuesday, January 13, 2009

Anugerah Pekerja Tercemerlang

Kepada dato,datin, tuan, puan yang dihormati,

Saban tahun kita telah menganugerahkan Khidmat Cemerlang kepada Pekerja tertentu dan hampir selalunya orang yang sama menerima Anugerah itu. Bagaimana pun kita tidak betul-betul memanfaatkan orang yang telah kita anugerahkan sebagai tercemerlang ini. Kenapa tidak orang sebegini kita lantik sebagai ikon dan motivator untuk syarikat, di mana orang ini kita jadikan sebagai seorang selebriti dalam syarikat.

Mereka ini boleh dibawa untuk sebarang roadshow atau ceramah-ceramah kesedaran dan program motivasi, baik di dalam syarikat sendiri atau di luar syarikat untuk menjadi Role Model sebenarnya kepada kita. Ini adalah lebih baik dan mungkin lebih menjimatkan jika kita mengambil motivator dari luar. Mereka dari luar tidak berapa faham dan arif mengenai budaya dan tabiat serta suasana kerja syarikat ini berbanding warga kerja kita sendiri.

Sepatutnya orang sebegini sudah boleh dimasyurkan seantara syarikat dan rakyat Malaysia, apatah lagi ada di antara mereka yang telah pun mendapat anugerah ini di peringkat kebangsaan dan nama mereka telah dikenali di dalam suratkhabar dan juga TV.

Seperti Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor si Angkasawan Negara, pekerja Cemerlang syarikat juga tidak kurang handsomenya. Mereka ini jika di ’touch up’ oleh jurusolek profesional mungkin lebih cantik dari Dato’ Dr. Shekh Muszaphar lagi. Tapi bukan itu yang menjadi keutamaan kita, apa yang kita mahu ialah tip-tip yang berguna yang mereka sentiasa amalkan untuk kekal menjadi Pekerja Contoh dan Cemerlang.

p/s: Ada siapa mahu tolong forward email ini sama Dato’ CEO.

Nota: Tahniah bangat kepada kawanku yang selalu masuk dalam geng ni.(Pekerja Tercemerlang)

Friday, January 09, 2009

Jumaat yang suram- Selamatkan Palestin

Hari ni, jumaat pun suram. Khutbah Jumaat membicarakan tentang malapetaka Gaza di Palestin. Kami ahli Jemaah disarankan memberi bantuan kemanusiaan. Tabung jumaat hari ini akan disalurkan ke sana. Selain dari itu, diadakan qunut nafilah dan solat hajat.

Saranan mimbar supaya memberi bantuan kepada mereka. Email untuk minta sumbangan kepada mereka melalui Mercy pun sudah diterima pagi tadi. Kedua, disarankan boikot produk yang ada bagi saham kepada Israel. PPIM pun dah ada bagi senarai, antaranya KFC, McD, Coca-cola, Pepsi, Pasaraya Tesco dan banyak lagi.

Jangan guna US dolar, bagi US jatuh miskin. Jadi, dia tidak boleh hendak sokong Israel lagi. Orang Islam di seluruh dunia hendaklah bersatu. Jangan berperang sesama sendiri dan kenalilah musuh yang sebenar. Akhirnya, mimbar mengakhiri dengan kisah kejayaan yang pernah dikecapi. Semenanjung Sinai di Mesir kembali diduduki dan tembok yang dikatakan kukuh juga telah dirobohkan. Tentera Hisbullah pun pernah menang dengan Israel. Semua yang berlaku ini akan menguatkan kembali perpaduan Islam.

Kepada Allah saja kami kembali, memohon dan berserah. Apalah daya kami di sini. Hanya ini saja yang dapat kami sumbangkan.

Wednesday, January 07, 2009

Bayar Zakat 2008

Akhir tahun 2008, iaitu tepat pada 31 Disember aku berjaya membayar zakat pendapatan buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku. Jumlahnya adalah RM1k+ . Zakat pendapatan kena 2.5% setelah tolak elaun sara diri, bini, anak, ibunda tersayang, simpanan Tabung Haji serta KWSP. Tahun 2008 aku boleh banyak dan mungkin rekod. Kenaikan gaji, perjanjian kolektif baru bersama tunggakan setahun serta seperti biasa Bonus 2.4 kali gaji(Ikut mata skor Prestasi KPI)

Tahun 2009 ini, berazam untuk meningkatkan pendapatan tahunan kepada RM100k. Ini supaya dapat aku membayar zakat dua kali dari tahun lepas. Juga tidak lupa untuk membuat potongan gaji untuk zakat setiap bulan dan juga meningkatkan potongan untuk simpanan Tabung Haji. Moga-moga sebelum umur 47 ini, dapatlah aku pergi menunaikan haji.

RM100k, ini sedang bermain dibenak fikiranku. Macamana mahu dicari, projek kalu diikut Pakdi.my buat begini(http://www.pakdi.my/blog/bagaimana-untuk-mulakan-bisnes-part-time/)

Kalu kira gaji dan elaun sekarang, RM50K dah boleh cecah. Jadi mahu create lagi RM50K lah.

Kalu ikut shamsudinkadir.com(http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/2009/01/peserta-bagi-bengkel-berhijrah-dari-makan-gaji/) kena join kursus dia – Usahawan Senang. Sudah daftar tapi belum bayar lagi RM150(Mungkin kena gugur, sebab sudah due)

Kalu ikut Biras, nak mula buat projek Ternak Ikan Keli. Tapi paperwork tak buat lagi, market pun belum survey. Jabatan Perikanan juga tak jenguk lagi. Supplier? FAMA? Round kawan-kawan Ternak Keli? (Buku sudah order hari ini, kat sini(http://www.bookcafe.com.my/index.php?target=products&product_id=893)

Inilah salah satu azam tahun baru. Lain-lain, tulis bab azam tahun baru pulak lah.

Azam syarikat – Tingkatkan Produktiviti dan elakkan pembaziran (Aku – Tingkatkan pendapatan dan elakkan senang-lenang). Biasanya, senang-lenang menjadi antara punca pembaziran.

Tuesday, January 06, 2009

Cuti Panjang

Betul-betul aku cuti panjang. Bermula dari balik kampung pada 2 hingga 9 Disember 2008 (Raya Haji) sampailah sekarang. Asyik cuti saja memanjang. Tahun baru 2009 ini pun sudah awal-awal cuti. 2 Januari, daftar anak no.3 masuk tingkatan satu dan 5 Januari, teman anak bongsu masuk tahun 1. Kedua-dua sekolah dalam Taman Perumahan. Jalan kaki saja ke sekolah. Tahun ini ada sedikit kejutan, sekolah tidak mahu ambil duit pulak. Yuran tambahan sekolah dan PIBG tidak payah bayar lagi. Hurmm..tunggu arahan kementerian, mungkin bulan April ini paling cepat bayaran akan diterima.

Jadi, tidaklah banyak sangat perbelanjaan anak sekolah tahun ini. Empat beradik, dua menengah dan dua rendah, pakaian sekolah ada lah RM300. Buku tulis dan tambahan adalah kot RM200. Cuma kena bajet tuisyen untuk kakak hendak ambil SPM tahun ini.

Dan hari ini kerja pulak ada lagi kejutan, "Kamu ditawarkan Kuartes, supaya ada orang boleh cepat datang ke tempat kerja ini jika ada kecemasan.".."Kami tidak nampak orang lain, kecuali kamu.".. "Setuju".."Nanti,kami usahakan." Jika betul-betul jadi, kenalah aku tinggal kat sini, bujang. Tunggu sedia, selang seminggu.

Akhirnya, jangan lupa! Peperiksaan akhir OOP2 (C#.Net) pada 8 Januari ini. Sudah ambil cuti pun. Semalam ke PD, diskus dengan Combi kat kedai Mamak(Famili dia punya)Bt 9, sebelah Politeknik. Agak-agaklah topik apa yang akan ditanya. Klu telah diberi dan biasanya cikgu kat kolej ini pun malas hendak reka soalan baru. Semester lepas, subjek OOP1(Java) keluar sebijik soalan tahun Januari 2008. Apa lagi skor A le.

Dua paper telah berlalu, pada 3 dan 4 Januari..biasa saja. Tak kisahlah kalau nak dapat apa. Sebabnya, buka core punya subjek.

Semoga berjaya untuk semua.

Thursday, November 27, 2008

Tiada esok bagiku

Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari..

Telah lama perkara ini mengganggu difikiranku, sejak dari kawan yang memulakan pengajian Masternya, tiba-tiba mengatakan pengajiannya sekular pulak. Dan kebanyakkan orang, juga ada dari kalangan Jemaah Dakwah pun mengatakan ini kerja dunia(kerja cari makan untuk hidup), maka aku pun tidak ingin menyambung kalimah di atas. Jika kita menganggap kerja kita ini kerja dunia dan hanya kerja yang bersangkutan dakwah dan ibadat sebagai kerja akhirat, bagaimana dengan pekerjaan mencari nafkah (kerja dunia) itu. Tiada pahala atau tidak jadi ibadatkah?

Bagaimana pulak dengan pengajian sekular itu, tidak jadi ibadatlah. Sebab mengaji ilmu sekular. Hanya mengaji ilmu tentang agama yang jadi ibadat? Maka sia-sialah perbuatan kita itu, tidak jadi ibadat. Sedangkan semua amalan perbuatan seharian yang berlandaskan syariah, patut dikira sebagai ibadat dan memungkinkan kita mendapat pahala atau balasan baik dariNya.

Mungkin Ustazah Al-Bazrah(http://albazrah.blogspot.com/2007/11/seminggu-di-uitm.html ) ini dapat menjawabnya..

Kerana pernah ditulisnya begini..

"Komputer Engineering yang Faiza ambil itu sebenarnya ilmu Allah. Bidang yang sebenarnya limpahan dari al-Quran. Faiza diberi amanah oleh Allah...untuk memahami bidang komputer ni. Akak tidak tahu apa-apa pasal ni. Faiza mesti jaga baik-baik amanah ini. Sebab nanti di akhirat Allah akan tanya, ke mana usia mudamu telah dihabiskan. Allah akan tanya tentang amanah bidang komputer engineering yang Faiza ambil ini. Kalau Faiza jaga baik-baik amanah ni.... Faiza akan masuk syurga Allah dengan mudah.

"Faiza solat tak?""Solat, tapi tak cukup.""Jaga solat... Allah akan jaga Faiza. Di depan kita ada dua jalan. Terserahlah Faiza nak jalan yang mana. Kalau Faiza nak berjaya, dunia dan akhirat tentu Faiza akan guna akal yang diberi dan keluar dari comfort zone yang Faiza duduk sekarang.""Akak, tapi saya tak dapat faham malah tak suka dengan pelajaran saya. Saya susah nak solat subuh.""Faiza, semua mata pelajaran yang kita belajar tu makhluk Allah juga. Cuba Faiza timbulkan rasa "love". Kalau Faiza pegang buku, peganglah dengan penuh rasa cinta. Mula dengan bismillah dan doa. Walau bagaimana tak suka pun, berdoalah supaya Allah kurnia rasa suka.""Kalau Faiza mula memberi rasa cinta kepada ilmu, Faiza akan dapati, ilmu itu juga cinta kan Faiza."

Dan lagi..

"So, selama ni akak belajar tu akak sincere lah ye? Eee pelik lah akak ni…”
“Itu akak tak tahu, tetapi kita mesti ingat, menuntut ilmu itu berpahala. Tidak ada suatu agama pun dalam dunia ni selain Islam yang kata mencari ilmu itu menjadi ibadat. Hanya agama kita, Islam. Mencari ilmu sangat disuruh dalam agama…berpahala”.

“Kalau kita tahu hadith Nabi SAW yang kata setiap penuntut ilmu itu akan didoakan oleh seluruh makhluk, rumput-rumput akan beristigfar kepadanya…dan imagine semua zarah mendoakan kita…tidak kah kita rasa gembira untuk terus mencari ilmu. Untuk berjalan pergi ke sekolah dan universiti.”


Oleh kerana itu aku mahu setiap pekerjaan dan tingkah laku hari ini sebagai ibadat, tiada kerja dunia dan tiada pengajian sekular. Semuanya dituntut oleh Allah Taala untuk aku melakukannya dan dikira ibadat. Ditambah ekstrimnya aku, maka pin no bank pun telah aku berikan kepada isteriku, seolah-olah aku akan mati keesokkan harinya. Semua kerja-kerja disiapkan dan difail dengan kemas bagi memudahkan kawan-kawan untuk mengambil-alih. Jika ada kerja yang tertangguh dimasukkan dalam fail KIV untuk mereka lain menyambungnya.

Wasiat pun telah ditulis dalam diari sebelum tidur dan juga user serta password untuk blog ini. Moga-moga nanti sesiapa dapat menyatakan bahawa pengendali blog ini telah tiada lagi di dunia ini.

Wednesday, November 26, 2008

Ba Alif Ba Ya

Telah dua kali aku berselisih dengan lori yang membawa binatang ini. Cuba aku memintasnya tapi kemudian kembali dipintas dan kemudian terpaksa membiarkan ia berlalu pergi. Di samping baunya yang tidak terperi.

Aku kembali menginsafi diri. Kerna apa aku ditemukan dengan binatang ini. Kemudian baruku sedari, rupanya terkadang dalam aku melepaskan tekanan diri perkataan binatang ini aku keluarkan.

Astagfirullah halla’zim..moga taubatku diterima tuhan.

Monday, November 17, 2008

'Turning Point'

Semalam pulang dari kerja lebih masa dan tidur saja hingga petang. Walau ada cadangan untuk bangun solat Asar di masjid, keletihan mengatasi segalanya. Aku bangun jam 6 lebih. Malamnya solat Maghrib dan Isyak di masjid. Lepas maghrib cuba menghidupkan kembali taqlim bacaan hadis di rumah. Aku membaca fadhilat(kelebihan amal) mengenai solat dan bacaan Quran, semuanya tiga tiga hadis. Tapi taqlim ini secara berseorangan sahaja, dengan suara yang dikuatkan. Ahli keluarga lain tidak ingin pun menyertai walaupun diajak bersama. Tidak mengapa, ini baru permulaan. Kemudian sibongsu datang duduk sekejap.

Sekarang aku cuba menghidupkan amalan sembahyang lima waktu secara berjemaah di masjid. Keutamaan aku ialah pada solat subuh berjemaah. Bermula dari hari Selasa lepas, dua kali aku berjaya dan sekali aku gagal dan kembali dua kali berjaya dan sehingga pagi ini, dua kali aku gagal. Walau pun hari Sabtu aku mendapat markah penuh dan ditambah lagi dengan dapat hadir perhimpunan malam mingguan buat pertama kalinya. Tapi hari berikutnya aku gagal untuk bangun solat berjemaah di masjid. Ini membuatkan aku kehairanan dan tertanya-tanya kenapa aku tidak dapat bangun untuk solat subuh berjemaah di masjid. Adakah aku sudah berpuashati dengan prestasi pada hari sebelumnya. Atau aku terlepas cakap atau tersilap cakap. Aku meneliti setiap amalan dan perbuatan, juga apa yang terlintas di hati.

Sebelum tidur pada malam Ahad, aku sempat membuat solat sunat witir 2+1 rekaat. Kemudian berdoa dan menangis kerana sedih atas nasib yang menimpa anak nombor tiga yang tidak berjaya mendapat 5A atau sekurang-kurangnya 4A+1B dalam UPSR 2008. Mungkin ada silapnya amalan di situ atau sebelumnya aku menalipon kawan di Kulim yang anaknya berjaya mendapat 5A UPSR. Dulunya satu kelas dengan anak aku di sana.

Atau aku tersilap cakap mengenai kawan yang seorang ini dan mungkin boleh dikategorikan mengumpat. Tafsiran mudah mengenai mengumpat pada kefahaman aku ialah apa yang kita cakap mengenai seseorang dibelakangnya dan jika bercakap di depannya dia marah.

Tentu aku sendiri ingin merekodkan permulaannya titik perubahan dalam diri ini. Keazaman yang muncul untuk bangun awal dan bersolat subuh berjemaah di Masjid timbul setelah aku membaca buku ini. Diterima pada 4 November 2008 lepas dan seminggu kemudian baru dapat aku memulakan apa yang disarankan. Aku tidak ingin mengulas mengenai buku ini samada memuji atau membuat komen. Cuma aku ingin beramal dengan apa yang disarankan oleh penulis ini.

Dan itulah permulaannya iaitu bangun awal untuk solat subuh berjemaah di masjid secara istiqamah dan diawalkan bangun lagi untuk menghidupkan amalan dan sembahyang di 2/3 akhir malam. Tidak ingin juga aku menyebut nama buku ini kerana takut nanti penulisnya menemui blog ini pula dan nanti akan membawa ramai orang ke sini. Cukuplah gambarnya sebagai ganti.

Telah satu muka surat MS word aku tulis dan akhirnya aku masih menghimpunkan kekuatan di atas baki usia(40 an) dan sisa tenaga untuk menuju dan menemui Maha Pencipta diri. Dengan keyakinan dan amal yang dirasakan mencukupi dan kemudian menafikan segala-galanya dan hanya mengharapkan rahmatNya buat kembali menduduki syurga yang kekal abadi dan dapat melihat wajahNya di sana nanti. Ada manusia yang dapat masuk syurga tapi tidak dapat melihat wajah Allah di sana dan tangisan kekesalan mereka kerana tidak dapat melihat tuhan mereka lebih dahsyat dari mereka yang diseksa dalam api neraka.

Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon dan mengharap simpati dan aku tiada mempunyai apa daya dan upaya melainkan apa yang kau izinkan ke atasku.

Friday, November 14, 2008

Mari Buat Bisnes Buku

Bagaimana Membuka Bisnes Mengedarkan dan Menjual Buku-buku PTS

Untuk memulakan hubungan niaga dengan PTS, kami hanya memerlukan sijil perniagaan bagi memastikan bahawa sesuatu perniagaan telahpun dijalankan dan sebagai rekod pengarkiban pelanggan. Setelah itu, barulah satu sub-account pada sistem pengkalan data PTS diwujudkan atas nama syarikat peniagaan tuan. Tiada deposit yang dikenakan bagi agen jualan baru dibawah terma C.O.D (cash on delivery).

Bagi pembekalan buku secara kredit, hanya agen penjualan tertentu akan ditawarkan akaun secara kredit. Lazimnya hanya melibatkan agen jualan yang menunjukkan konsistensi rekod jualan tahunan dan mengamalkan ciri-ciri perniagaan yang baik dan sihat. Tiada deposit yang dikenakan, tapi beberapa proses penandatangan kontrak dan butiran-butiran lanjut mengenai perniagaan diperlukan.

Disertakan di bawah ini, berkenaan butiran terma dan syarat pembelian buku-buku PTS untuk agen jualan baru:

Terma: C.O.D (cash on delivery)
Diskaun dagangan: 35% (atas harga kawasan Semenanjung Malaysia)
Penghantaran: Penghantaran adalah percuma ke seluruh kawasan Semenanjung. Tapi di kawasan Malaysia Timur, kos penghantaran adalah atas tanggungan pihak tuan.

Rujukan Lanjut : http://universitipts.com/index.php/site/comments/bagaimana_membuka_bisnes_mengedarkan_dan_menjual_buku_buku_pts/