Friday, November 25, 2005

Persediaan exam pertengahan semester & anak2

Salam blogger..

Setelah membuat jadual perancangan semenjak hari Ahad yang lalu, sekarang sedang dalam perlaksanaan apa yang dirancang.

Pertolongan dari anak yang kedua,( perempuan) juga dipohon bagi membuat short note yang bermula dengan subjek GP berjumlah 9 topik semuanya. Upah yang bakal diberi pada si anak dara tu (Ting 2, 2006) ialah RM2 per topik. Juga dipohon untuk menaip draf tugasan ke dalam komputer berfont 12 dan berdouble spacing dengan upah RM3 per helai. Lagi pun bukan ada apa sangat yang dapat diperbuat akan dia pada cuti sekolah ini. Pagi-pagi, jam 10, maknye akan hantar ke perpustkaan awam untuk dia membaca buku bersama adiknye si bongsu perempuan no. 5. Tengahari jam 12:30 pi ambik balik. Itu saja rutin dan ditambah dengan tuisyen 2 kali seminggu.

Si abang yang sulong, tengah gila main skateboard. Kelmarin, kita ke Baling. Di Kompleks Belia & Sukan yang baru dibuka di sana ada menyediakan tempat untuk main skateboard. Apa lagi try sakan la kelmarin dan bapaknya tukang ambik gambar. Tapi kat blog Pak chik ni, tah apa silapnya pun tak tau, susah untuk nak upload gambar kat sini.

Ok, sekian dulu.

Wednesday, November 16, 2005

Pertemuan kedua

Salam world..

Lusa.. Jumaat ni, Pak Chik akan menghadiri kuliah pengajian PJJ yang kedua. Misi kali ini, cuma kuiz untuk Undang-undang Syarikat. Kuliah kali ini akan menentukan kelangsungan dan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan pertengahan semester pada pertemuan ketiga nanti. Selain m.s exam ini, pak chik dibebani dengan 4 tugasan yang kena hantar pada pertemuan ketiga nanti pada 16 dan 17 Disember 2005.

Harapan..Sedikit tip untuk m.s exam akan diberi dan semua soalan dalam bentuk objektif.

Sekian.

Sunday, November 06, 2005

Selepas hari raya

Macam biasa seperti tahun-tahun yang lalu, Pak Chik akan mengalami sakit perut pada hari raya yang kedua. Tidak tahu apa sebabnya, nak kata makan kuih banyak sangat pun tidak. Biaq p lah nak kafarah dosa tu kot.

Hari ni pak chik masuk kerja dah, walau pun office belum buka tapi pak chik kena kerja jugak. Orang IT lagu tu lah. Tapi tak kisah, dah tua-tua ni raya sari dua dah cukup. Bukan nak dapat duit raya pun. Partner Pak chik lantak cuti hingga 10 hb.

Bila mai kerja ni pak chik dok teringat la tentang ketidakpuasan apa yang pak chik dok buat selama ni. Untuk makluman kekawan semua ada dua kerja yang pak chik buat tapi kerja tu orang lain punya. Yang satu tu, unit lain punya. Satu lagi, boss punya. Dan, kedua-dua kerja ni tak masuk dalam KPI (Key Performance Indicator=Sasaran kerja) pak chik. Yang unit lain tu, makan masa kerja pak chik 1-2 jam sehari. Yang boss punya makan 2 jam sebulan sekali. Tak pa lah, saja nak luah kat sini. Nanti, mesyuarat bulanan pak chik bangkitkan benda ni. Kita tengok macam mana pak chik mempersembahkan benda ni dan apa hasilnya.

Akhir kali ini, pasal studi pulak. Nampaknya apa pun tak jalan lagi. Plan pun tak buat lagi, load tugasan, strategi kali ini dan nota-nota pun tak kemas lagi. Malam ini la, baru nak buat semua. Mai kita tengok strategi last sem ni, macamana? Tungguuuu..

Tuesday, November 01, 2005

Selamat Hari Raya


Kepada semua para pengunjung dan blogger

Diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Semoga berbahagia walau apa pun keadaan anda.

Dan tidak lupa duit raya kepada anak-anak, anak-anak saudara, anak-anak kawan-kawan dan isteri, ibu & ibu mentuaku. Bajet RM500.00 sahaja.

Sekian.