Wednesday, December 23, 2020

Idea nak konsisten memblog..aduyai.

 Sebab tak dapat tulis blog..dah kemaskini di Facebook (Fb)

Idea :

1. Selarikan dengan posting di Fb..Ringkasan di Fb dan detail di blog.

2. Salin penulisan orang lain, tampal di blog dan edit cerita sendiri.

3. Motivasikan diri dengan membaca blog yang aktif. Kau kemaskini,  aku ikut.

Ada lagi idea boleh tambah dikomen. Gambar sekeping..boleh.


Secangkir kopi 0 kosong, sebuah cerita. Musim IF (Intermittent False).

GLOSARI UMUM IF (Intermittent False)
JENIS-JENIS IF
1) Level Beginner
12:12- Berpuasa 12 jam + waktu makan 12 jam
14:10 - Berpuasa 14 jam + waktu makan 10 jam
2) Level Intermediate
16:8 - Berpuasa 16 jam + waktu makan 8 jam
18:6 - Berpuasa 18 jam + waktu makan 6 jam
3) Level Higher Intermediate
20:4 - Berpuasa 20 jam + waktu makan 4 jam
22:2 - Berpuasa 22 jam + waktu makan 2 jam
4) Level Advance
23:1 - Berpuasa 23 jam + waktu makan 1 jam
EF - Extended Fasting (berpuasa lebih dari 24 jam hingga 48 jam)
PF - Prolonged Fasting (berpuasa lebih dari 48 jam)
SD - Snake Diet (Sejenis sistem berpuasa PF menggunakan formulasi minuman elektrolit)
KATEGORI IF
1) Wet Fast @ IF biasa - Berpuasa boleh minum air (air kosong, kopi kosong, teh kosong tanpa gula/susu/creamer)
2) Dry Fast - Berpuasa dengan tidak makan dan tidak minum spt puasa bulan Ramadhan.
SHORTFORM TAMBAHAN
OMAD - One Meal A Day
OM2D - One Meal in Two Days.
EC - Eat clean
DSSS - Diet Suku Suku Separuh
Foot note :
Boleh share atau simpan nota ni, tak perlu minta izin.. sama2 kita ubah lifestyle ke arah hidup yg lebih sihat 😉
Copy dari grup FB : IF DIET Malaysia

Tuesday, April 14, 2020

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 - 18 Mac 2020 sehingga 28 April 2020

Assalam dan Selamat Sejahtera,

1.Pertama kali, abaikan kenapa lama tidak memblog. Dengan adanya Facebook keghairahan untuk memblog hilang dan lenyap langsung.

2. Ada banyak masa dalam tempoh PKP ini untuk kembali menulis. Pesan pakar, buat apa yang kita nak buat semasa sibuk bekerja dulu.

3. Senaraikan dulu secara bebas apa yang nak buat :-

i. Katanya nak jadi Pengodam (Hacker)..kena belajar programming. Sudah set untuk belajar Python.
ii. Amalan spiritual, harap dapat terawangan ke Mekah ke atau pergi ke seluruh alam.
iii. Mungkin boleh kongsi aktiviti semasa apa yang difikirkan dan apa yang dirasa.
iv. Nanti sambung..

Tuesday, May 24, 2016

Pergunungan

Cubaan...Bukit Frazer, Pahang

Friday, March 08, 2013

Kembali ke dunia blog

As salam..

Setelah lama membisu semenjak blog di pejabat telah disekat..maka selepas dapat gajet ini, maka janji untuk kongsi kembali catatan kehidupan ini. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.

Sekian.

Tuesday, December 06, 2011

Blog sudah kena block

Apa lagi yang tinggal..facebook sudah lama tak boleh..youtube lagi-lagi lah. Hak orang, nak buat macam mana..kembali lah ke Broadband..tu pun pakai prepaid.

Sekarang ini baca blog ikut pintu belakang sajalah..tapi kalau pintu masuk ke pintu belakang pun kena block..habis..selamatlah bekerja dengan segigih-gigihnya..moga cepat naik pangkat.

Tahun baru hijrah 1433 telah 10 hari berlalu..azam tahun lepas pun hampir tercapai..Konvokesyen Diploma Pengubatan Islam akan dilangsungkan pada 17 dan 18 Disember ini. Itulah pencapaian ke hadapan yang dapat digapai tahun ini. Yang lain itu, kembali ke belakang dan lain kali cerita kalau rajin.

Wednesday, July 27, 2011

Rahsia Lelaki 2011

Ubat dan herba yang patut ada...



Friday, July 22, 2011

Tiada Alasan

Dipetik dari buku ini :

Kejayaan membebaskan diri daripada alasan samalah seperti kita bebas dan sembuh daripada serangan kanser. Orang yang sentiasa dengan alasan sebenarnya telah diserang kanser alasan. Dengan perlahan-lahan, kanser alasan akan melemahkan keupayaan kita untuk berfikir dan melumpuhkan badan kita untuk bertindak. Kanser alasan adalah penyakit berangkai yang datang bersama kanser kemalasan. Kanser alasan dan kanser kemalasan, itulah pembunuh utama kejayaan manusia.


Kita ada sejuta alasan untuk gagal, tetapi satu alasan sudah cukup untuk berjaya. Alasannya, kita tiada alasan untuk gagal. Kita ada sejuta alasan untuk gagal, tetapi tiada satu pun yang layak menjadi alasan yang terbaik. Jangan berdalih lagi untuk berjaya. Kegagalan bermula dengan alasan dan kejayaan bermula dengan tindakan. Mari bertindak dan menuju kejayaan.