Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 43 vs 53




Hari ini, hari Merdeka bersamaan dengan harijadi aku, kurang 10 tahun dari tarikh merdeka. Seperti biasa, jarang sangat famili ini hendak sambut harijadi aku. Cuma si kakak yang mengucap selamat hari lahir, perempuan kan. Tadi petang, sempat aku pergi melawat dia kat Uitm Kuala Pilah dan disamping mengambil slip salinan bayaran yuran pengajian yang telah disahkan.

Risau mengenai kelulusan PTPTN, takut-takut tidak lulus. Aku masih ada hutang dengan PTPTN ini sebanyak RM10k dari pengajian Diploma IT yang masih tertangguh lagi. Tidak tahu bila hendak mula balik, ada pergi jengok kolej cuti Nuzul quran minggu lepas. Daftar subjek untuk kelas semester ini bermula pada 1 September ini. Cadang hendak tukar kursus dari software ke Network, disebabkan tiada kawan untuk kursus ini. Tapi tak jumpa lecturer lagi aka mentor untuk tanya pendapat.

Apa-apa pun nanti updated.

Friday, August 27, 2010

Celcom Broadband prepaid

Salam,

Demi untuk berjimat, guna broadband prepaid ini sajalah. Sekali topup RM20 dapat guna seminggu. Sebelum ini sudah beli modem broadband ini kena RM300 lebih jugak. Konon offer, selepas itu ada offer yang lebih baik lagi. Tapi, bila pergi tanya modem sudah habis. Sekarang ini ada offer lagi, tapi belum tanya lagi. Kononnya RM48 sebulan, ada diskaun lagi RM10.

Alhamdulillah, syarikat beri bonus setengah bulan gaji buat belanja Raya. Bolehlah beli baju raya anak-anak dan belanja belajar sikakak kat Uitm.

Sekian.

Monday, August 09, 2010

Waspadalah wahai Gadis Bawah Umur




Sedang mencari mengenai Akta gadis Bawah Umur dan kemudian jumpa artikel ini. Kesimpulan ringkas, jangan kita tertipu dengan istilah romantis lelaki jenis ini, nanti akhirnya menjadi "Tipah tertipu Bang" atau habis madu sepah dibuang.

Mereka ini, si Jantan Lombok (maaf, tidak layak dipanggil Jejaka) adalah golongan Pedofilia yang suka seks dengan kanak-kanak. Atau Gergasi dari Seberang yang mahu 'makan' kanak-kanak di sini.
Sedarilah, kasih sayang perlu disertakan dengan tanggungjawab. Jangan bila terdesak dan perlu, ambil dan kemudian bila sudah menjadi liabiliti dan tangunggan, buang.

Pesanan untuk diri dan Ibu-Bapa sekalian..berhati-hatilah.