Wednesday, December 09, 2009

Naik motorsikal senang mati

Aku masih fobia dengan kemalangan motorsikal yang melibatkan kematian penunggangnya semasa datang kerja hari Isnin dua hari lepas. Sebab-sebabnya tidaklah diketahui, dari keadaan tempat kejadian mungkin dia terbabas dan melanggar tiang besi benteng lebuhraya. Aku hanya memandang sekali lalu dan sekadar memperlahankan motor kerana masa hanya ngam-ngam saja untuk datang ke tempat kerja.

Ditambah lagi dengan cerita kawan-kawan, juga kematian yang melibatkan penunggang motorsikal semasa mereka datang ke tempat kerja semalam. Lagi cerita dalam akhbar Metro, kematian penunggang motor yang disebabkan peragut.

Senang saja para penunggang dan pembonceng motor ini mati. Terbabas langgar tembok, mati. Berehat tepi lebuhraya, tayar lori tercabut datang gelek, mati. Lori treler terbabas datang himpit, terbalik kena hempat, mati. Teralit tak sedar ada kereta berhenri di lorong kecemasan dan terlanggar belakang, mati. Aduhai...senangnya orang naik motor mati. Jadi tidak hairanlah bila statistik ops sikap yang dibentangkan di dalam media massa mencatatkan orang naik motor banyak mati.

Jadi bagaimana mahu mengurangkan risiko kematian ini, bawa motor perlahan sikit. Dulu kan ada kerajaan hendak mencadangkan kadar maksima kelajuan motor setakat 60-70km/j sahaja. Ada logiknya di situ. Tapi tidak praktikal lah pulak. Tapi itulah tahap kelajuan selamat untuk orang naik motor. Lebih pada itu kalau eksiden, terjatuh ka, terlanggar sesuatu ka, tak gerenti boleh hidup.

Jadi kalau mahu tunggang laju, pastikan bila jatuh tidak tertunggang-langgang, biar jatuh steady. Alaa, macam orang race kat grand prix atau cub prix. Pakaian pun mahu ala-ala geng racing jugak. Topi kaledar pulak, wajib ada prove SIRIM dan tidak expired (>5 tahun) serta ditambat kemas.

Lagi, kalau rasa pelik sikit kat motor, berhenti dan siasat dulu. Mana nak tahu tayar dah kurang angin dek penangan paku yang dah tercucuk. Atau ada skru yang sudah tercabut. Macam-macam kemungkinan yang ada.

Selebihnya, bacalah doa naik kenderaan dan pastikan tahap kecerdasan dan keawasan itu tinggi. Jangan naik motor tengah mengantuk atau lalog. Zikirullah banyak-banyak semasa di atas motor, tak payah nak sibuk-sibuk dengan henpon dan nak tengok sana-sini. Kalu ada apa-apa nak tengok kerling sudah. Kalu ada call atau sms masuk, cari tempat selamat, berhenti dan baru baca atau jawab.

Sekian, pesanan ini untuk diri-sendiri dan semoga terus selamat di atas jalan.

Amin, ya Allah..ya rabbal aa'lamin.

Tuesday, December 08, 2009

Dua kali air mataku tertumpah


Pertamanya bila kawanku menyatakan bahawa mereka sedang melobi nama aku untuk jawatan Pegawai Tadbir dan mentadbir tempat ini. Jawatan yang telah aku menghadiri temuduga sebanyak lima kali dan masih dukacita.

Aku menangis kerana mengenangkan aku tidak memberi prestasi 100% kepada kerja ini, kerana rajuk aku yang panjang. Kerana merasakan aku sengaja dibekukan di sini. Tetapi takdir Allah yang mengatasi segala-galanya. Rupanya rezeki aku, insyaAllah di sini.

Keduanya, kawan aku sebentar tadi telah mengajak aku pergi menunaikan Fardhu Haji tahun depan melalui pintu belakang. Iaitu tidak melalui Tabung Haji dan pergi secara 'long Ranger' atau 'bag pack' melalui Thailand. MasyaAllah, Subhanallah dan Alhamdulillah. Tidak sesekali aku menyangka perkara yang sedemikian. Kosnya hanya sekitar RM5k sahaja dan masanya hanya seminggu. Betul-betul pergi buat kerja haji. Tiga hari sebelum Hari Raya Haji dan tiga hari lagi hari tasyrik iaitu sehingga Hari Raya Haji keempat.

Sebagai persediaan aku mesti pergi membuat paspot antarabangsa siap-siap dan seterusnya kursus Haji bermula sekarang dan perlu menyediakan diri mental, rohani dan fizikal untuk menyahut seruan ini.

Allahuakbar.

Nota : Kawan blogger di Mekah..En Manzlie.

Monday, December 07, 2009

Kajian kes - Pengurusan Atasan

Senarionya..
Bos jabatan telah menugaskan dua orang eksekuifnya untuk ke jabatan baru seperti diminta oleh pengurusan tertinggi. Ini kerana wujud kekosongan mendesak di sana. Tiba-tiba, berita ini telah diketahui oleh orang bawahan di jabatan itu, maka mereka ini telah menghantar wakil untuk berjumpa dengan pengurusan tertinggi dan menerangkan sebab-sebab kenapa mereka tidak mahu mamat ini di Jabatan mereka dan bypass si ketua jabatan yang menugaskan dua orang eksekutif ini. Maka wahasilnya, pengurusan tertinggi telah membatalkan arahan bertukar kedua-dua mamat ini dan mengekalkan di jabatan lama. Orang pilihan mereka pulak yang dihantar di sana. Jadi si ketua jabtan ini sudah melenting kerana merasakan pengurusan tertinngi tida menghormati pilihan beliau sedangkan beliau diarahkan untuk memilih si mamat-mamat tadi.

Penyelesaian sepatutnya ikut sembang-sembang kami:-
1. Si ketua jabatan patut bertanya dulu pihak akar umbi samada bersetuju atau tidak dengan simamat ini jika dia ditugaskan ke jabatan mereka. Tidak semua orang suka pada bos. si mamat ini pun tidak baik hubungannya dengan staf bawahannya. jadi berita ini telah tersebar dan kebetulan jabatan itu pulak dalam banguna yang sama.

2. Tidak semestinya pegawai yang bagus dengan pihak pengurusan atasan juga bagus dengan staf bawahannya.

3. Ini cerita 'miss comunication saja', kalau pihak yang membuat keputusan berbincang dulu dengan masing-masing punya jabatan, ini kes tidak terjadi.

4. Lagi pun siapa sangka kakitangan bawahan boleh terus jumpa pengurusan tertinggi. Ini mesti makan air power root punya.

Saturday, December 05, 2009

Tak berniaga ke hari ini?


Kawan bertanya tentang perniagaan secara pasar terbuka yang di jalankan setiap hari sabtu 4 petang hingga 11 malam. Lokasinya di Maeps Serdang, masuk melalui pintu 2.

"Bang, tak berniaga ke hari ini?"

"Tak, kerja ni(ot) dah cover duit untuk berniaga hari ini."

Kalau aku berniaga, dapatlah duit antara RM20 hingga RM150 sekali turun. Tapi kos mau cover RM50. Ini termasuk duit tol, petrol dan duit makan + upah diri sendiri. Jadi, jika ada kerja lebih masa, sudah tentu aku mengutamakan kerja lebih masa. Kalau kerja 9 hingga 5 petang sudah berapa ya? 8 jam X RM13.15 = RM105.2o..lebih lagi. Ini sudah pasti dan berniaga belum pasti lagi.

Sejak aku mula berniaga bermula dari pertengahan bulan ogos 2009 itu, sudah empat kali aku tidak turun berniaga. Dua kali kerana kehabisan modal. Sekali kerana meneman anak untuk Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil dan hari ini kerana ot.

Kadang sebelum ini jika ada ot pun aku membuat persediaan untuk turun niaga jugak, tapi hari ini tidaklah pulak. Kerana sudah jangka kerja ini habis lewat. Kami para peserta niaga perlu hadir ke tapak sebelum jam 4 petang dan kena 'punch card' pulak. Kalau tak nak hadir berniaga, kena ini borang cuti pulak. Alahai, macam kerja ofis lagi. Biarlah, apa boleh ikut..ikut saja. Tak boleh, buat tak tau.

Jadi, hari ini confrim tak niaga yah..masih kat ofis lagi. Habis posting ini, mau balik daa.

Oh ya, maka kosonglah tapak lot 292 hari ini.
Nota: Barang jualan ialah koleksi buku sendiri.

Thursday, December 03, 2009

Bukan Rezeki

Diambil dari blog MKI :

"Dua staf menulis surat kepada pengurusan Uitm berterima kasih tetapi menolak kejayaan mereka untuk dinaikkan pangkat. Mereka jujur kerana tidak mahu berpindah meninggalkan kampus Segamat.

Langsung mereka tidak menerima kenaikan pangkat tersebut dan tidak pula merayu supaya dikekalkan dan tidak dipindahkan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, pengurusan menolak penolakan mereka tetapi mengekalkan penempatan kenaikan pangkat di Uitm Segamat.

Saya ceritakan kepada masyarakat Uitm Johor."Lihatlah kebesaran Allah. Kalau itu hak, bagaimana cara sekalipun ia akan menjadi milik kita!"

Tidak usahlah bersedih hati jika memohon kenaikan pangkat lalu tidak berjaya. Allah mengetahui yang terbaik untuk kita."

Nota : Tulisan ini sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang pilu kerana sudah lima kali gagal untuk kenaikan pangkat ke Jawatan Pegawai Tadbir di sini. Terima kasih Prof.

Beza pegawai sikit bawah

Pagi-pagi datang sudah kena meeting..and the meeting berjam-jam pulak tu. Nak pi minum pagi pun kena tunggu selepas jam 10..because why, kena tengok emel dulu, jawap apa yang patut..delegate kerja kepada orang bawah. Pegawai paling atas cakap, dua jam pertama inilah badan tengah fresh dan idea bercambah-cambah.

Rasa-rasa mereka ni dah hilang 50% kebahagiaan awal-awal pagi lagi..

Banding dengan kami..pagi-pagi cerita seronok semalam, kalau ada cerita apa-apa, seperti perlawanan bolasepak..boleh lawan kutuk hang aku dulu..pastu pi pantry, buat air secawan pekena apa yang ada..biasanya ada member rajin seponser..nasi lemaklah, mee, bihun, kuih-muih..pagi-pagi, kami sudah dapat 100% kebahagiaan. Hilang penat bersesak atau berhujan kat jalan, masa nak mai kerja tadi. Pastu jam 9 pergi minum berjam-jam..kadang-kadang kat Putrajaya, kekadang tu sampai KL pun pi minum jugak..alahai..bahagia yang amat. Itu pegawai paling bawah lah.. nak kata apa veteran zaman sebelum swasta punya. Rebus pun tak hempuk dah..

Jadi, macamanalah aku nak jadi pegawai atas sikit..pagi-pagi sudah hilang beberapa persen kemoodan. Mungkin itu sebabnya mereka ini banyak yang mati terkejut..sakit jantung dan angin ahmar, biasa menyerang puak ini. Tambah yang kurang beriman dan beramal soleh..lagi-lagi lah.

Wednesday, December 02, 2009

Menantu

Mungkinkah kami akan dapat menantu dalam waktu terdekat ini? Jika ada jodoh, tidak ke mana. Orang lain suka mendapat menantu, tapi kami dan khususnya aku suka pun tidak..neutral saja.

Mari kita ke depan sikit..aku baru umur 42 tahun, tiba-tiba, eh eh udah nak dopet menantu esey yo..setahun lagi, mungkin dapat cucu pulak..Datuk pada umur 43 tahun. Jika ini ketentuan tuhan, aku redha seredhanya.

Sesungguhnya, airmata ibu sudah kering dan hati bapa sudah mati. Fitnah anak hebat sekali.
Alhamdulillah kami masih selamat di sini. Ujian datang dan datang lagi. Sudah berkali-kali muhasabah diri, tapi masih begini.

Doakan kebahagiaan kami, agar terus selamat di sini.