Wednesday, September 09, 2009

Kursus oh kursus

Salam kawan-kawan,

Hari Ahad lepas saya telah menghadiri kursus Berhijrah Menjadi Usahawan dengan Tuan Shamsuddin Kadir di Taman Permata, Ulu Kelang. Orang yang pertama sampai kerana menyangka kursus bermula jam 8 pagi tapi sebenarnya jam 9. Telah lama bercita-cita untuk menghadiri kursus ini dan inilah peluang yang dinantikan sudah tiba. Cuba juga ajak kawan-kawan yang ada bisnes part-time tapi masing-masing sibuk. Almaklumlah bulan puasa, bisnes larinya kencang kata mereka.

Kursus yang sangat bagus dalam mengubah minda supaya berada di tahap yang sepatutnya di dalam dunia bisnes. Permulaannya diceritakan mengenai tiga kategori orang. Orang miskin, suka cerita tentang orang lain, orang sederhana suka cerita tentang benda dan orang kaya suka cerita tentang idea.

Kalau hendak buat bisnes kena ada bakat berbanding minat. Contohnya, si suami yang tidak berminat masak tetapi sekali sekala disuruh memasak oleh sang isteri ternyata masakannya sedap dan mendapat puji-pujian dari isteri dan anak-anak. Katanya lagi, tangan akan terbakar dan duit akan hangus kalau masuk bisnes yang kita tiada bakat di dalamnya.

Juga perbezaan antara kesusahan orang makan gaji dengan orang bisnes ada 9 berbanding satu. Bisnes ini bermula dengan idea (kesusahan orang bisnes) dan kemudian networking dan barulah modal. Berbeza dengan tanggapan orang makan gaji yang sangka hendak buat bisnes kena ada modal dulu. Tiada modal bisnes pun tidak jalan.

Kemudian diadakan sesi perbincangan berkumpulan untuk menjana idea bisnes yang mempunyai lautan biru di dalamnya. Setiap kumpulan dikehendaki menjana tiga idea bisnes dan kemudian membuat persembahan bagi menarik minat semua peserta kepada idea itu.

Seterusnya, masing-masing ada laluan sendiri untuk berjaya dalam bisnes ini ikut apa yang ditentukan tuhan dengan anugerah bakat yang ada dalam diri. Tidak perlu ikut orang, cuma tengok ciri-ciri kejayaan yang ada pada mereka yang berjaya. Bukan ikut sebijik-sebijik.

Bisnes juga perlu ada perjuangan, baru kita dapat kekalkan motivasi yang tinggi dalam menjalankan bisnes, contoh aiskrim Wall - Hidup Biar Sedap dan PTS - Bebas rasuah serta syariah compliant. Juga dinyatakan sumpahan dalam bisnes yang akan lingkup dalam tiga tahun, jika hanya fokus kepada duit semata-mata.

Bisnes semestinya perlu banyak idea dalam kepala supaya banyak percubaan dapat dilakukan. Jangan jadi hakim kepada idea itu atau jadi sebagai pihak customer pulak.

Tugasan berkumpulan seterusnya ialah bagaimana hendak menjalankan bisnes dengan modal permulaan RM100 dan menjana income RM3000 bersih selepas enam bulan. Banyaklah idea yang dapat dikeluarkan dan berpotensi untuk dijalankan. Antaranya, sewa ikan hiasan termasuk servis sekali ke rumah.

Kesimpulannya, mindset kena tuned bagi betul dulu sebelum buat bisnes. Bisnes bermula dengan idea dan bukannya modal. Masuk bisnes bukannya fokus kepada wang tetapi kerana ingin bebas dan ada prinsip yang hendak diperjuangkan. Bisnes juga memerlukan jaringan yang banyak supaya dapat saling tolong menolong. Jadi dinasihatkan jangan main lawan harga dalam bisnes nanti akan membunuh jaringan perniagaan.

Jadi balik kerja makan gaji nanti, anggaplah kita sebagai tuan punya kepada company/majikan tempat kita bekerja itu. Dengan kata lain pekerja yang berfikir seperti majikan - How to cut cost and to market this produk/servis for this company. Dan mulalah melantik mentor di kalangan orang yang sudah berjaya dalam bisnes dan baik agamanya.

Akhir kata, Berkawanlah dengan orang bisnes kerana jika kita ingin terbang jangan berkawan dengan ayam(If we want to fly...).

Sekian.