Saturday, June 02, 2007

Pergi cuti balik dan pulang semula.

Date : 19.06.2007
Time : 16:49


Sejak berpindah ke lembah ini, selama lebih kurang sepurnama, tiada apa yang lebih menyeronokkan melainkan balik kampong sahaja. Bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara di setiap hujung minggu sudah menjadi keutamaanku selama berpindah ke daerah ini.

Walaupun perjalanan berulang alik itu begitu meletihkan, namun tetap keharungi jua. Jika di sini, tiada apa yang membawa makna seandainya tiada kelas pada petang hari, maka masa itu ku isi dengan tidur berpanjangan. Seperti di pagi ini, kerana jadual kerja ku pada petang hari, maka di paginya ku isikan dengan ketiduran sahaja. Pulang dari kerja semalam, jam 11 malam setelah membuat sedikit perancangan dan catatan di buku catatan maka mula tidur. Malam semalam, aktiviti malam anak-anak kejiranan tidak terasa terganggu pula. Biasalah tinggal di rumah flat di KL ini, suasana hidup 24 jam. Jika di daerahku, pasti ada jiran yang ,mengamok jika ada budak-budak yang masih membuat bising selepas jam 12 tengah malam. Tapi di lembah ini, biasa sahaja.

Hari ini dan semalam, aku mula memonteng kelas Diploma IT di CIUC. Ini kerana aku bekerja petang. Sepatutnya, aku menghadiri kelas sepenuh masa di tengahari kelmarin. Tapi apakan daya, tersilap merencana jadual perjalanan yang menjadikan aku sampai lewat di lembah ini. Jika aku tidak diberikan peluang lain, pastinya aku akan terlepas atau hangus markah sebanyak 5% untuk kuiz yang diadakan kelmarin. Guruku, kelas RDMS (Relational Database Management System) menyatakan ketegasannya di awal kelas lagi bahawa ia tidak bertolak ansur untuk sesiapa yang tidak hadir kelas jika terlepas kuiz atau sebagainya. Tapi, akan ku cuba menggantikan kelas ini pada petang jumaat ini.

Selamat berjumpa lagi.