Saturday, January 27, 2007

Dunia ku yang makin kelabu

Date : 27.01.2007
Time : 01:11

Setelah sekian lama menyepikan diri dari mengemaskinikan blog ini, maka malam ini di awal dinihari kucoretkan catatan ini. Sekadar melepaskan rasa kebobrakan yang ada dalam diri, oleh kerana kesempitan hidup oleh dosa dan noda, wang dan kegilaannya serta manusia dan alam sekitarnya.

Duniaku semakin kelabu, bukan sahaja kerana mataku yang kian kabur, tapi juga hidupku yang masih belum pasti arah tuju. Dilewat usia 30an ini dan diawal jejak 40 ini, sepatutnya sudah banyak perkara telah sempurna. Tapi..dosa? Ah! biarkan ini kuhadapkan hanya kepada pencipta aku dan alam ini. Rasanya tidak perlu kuluahkan di sini. Dulu, semasa aku masih bujang, lebih senang aku menebus dosa dengan menyertai jemaah dengan tiada siapa yang akan menghalangnya. Kini, diusia Nabi akhir zaman diangkat menjadi rasul ini, terlalu banyak halangan untukku menyertai jemaah. Sedangkan, inilah masanya untukku lebih agresif dalam menyucikan diri dan menyertai perjuangan untuk menegakkan agama.

Diusia ini juga, kebiasaannya kedudukan kewangan seseorang semakin setabil. Tapi, oh tidak, ini tidak terjadi pada diriku. Kenapa ya? Malas untukku memikirkan. Biarlah takdir yang menentukan. Telah kucuba kucuba untuk mengurangkannya(hutang) tapi masih juga kugagal. Sekarang ini, ianya makin bertambah dan bertambah. Dari sa ke puluh dan sudah jadi ratus. Ini bukan hutang untuk membuat aset bang, tapi untuk keperluan hidup. Waduhhhh..

Ini hanya masalah peribadi, untuk bisa menjadi lebih baik. Seandainya aku melihat ke selatan Semenanjung, nescaya diri ini merasa masih beruntung. Setelah berkali-kali ditimpa bencana, tentunya mereka akan merasa hampa dan kecewa. Lebih kecewa dari apa yang kurasakan.
Justeru itu, masih ada ruang untukku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi. Syukur alhamdulillah kepada raja sekalian alam. Dialah yang maha mengetahui hikmah dan rahsia yang ditimpakan kepada setiap hambanya.

Sekian.

EndTime: 01:45