Wednesday, July 15, 2009

Negatif

Nak cerita apa daa.. anak dah masuk Politeknik Kota Melaka. Kolej pun dah berhenti. Kepala tengah kosong..jadi layan kerja sajalah. Tunggang terbalik kerja sampai malam. Terawal, sebelum jam 10 malam, pederas balik rumah nomber satu. Kalau tidak, tidur apartmen je. Dua hari lepas, kerja sampai 20:00 dan balik rumah no.1.

Result interview belum keluar. Kawan sudah nyanyi dan juga bos no.2. Mungkin depa tau. Sebab kenal orang dalam. Cadang kalau dapat, pi survey tempat. Tengok kalau boleh makan cekak dak..kalu tidak lampung kasi hai hai bye bye..semoga bertemu dilain lembaran. Tapi, boleh ka tolak..silap-silap dapat surat saman tatatertib..nanya pulak.

Minggu lepas pi kursus Fertigasi di KTPUS, Rembau. Kursus pertanian kali kedua selepas kursus kambing di Seberang Jaya, lama dulu. Rasa teruja, macam main dengan kambing itu hari. Kenangan lama 1985-1988 di UPM dulu berulang kembali. Belajar bancuh baja, main cocoapeat masuk dalam polibeg. Dan modal, lima duit tak kena, makan dan penginapan disediakan lagi. Pegawai yang mengajar ada pengalaman lima tahun dalam fertigasi. Mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang ada sebaik mungkin dengan masa yang terhad. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. "Encik! dulu kursus ada sudah bela kambing..aaaaada..kat kedai mamak..gulai kambing. Ada lagi kat Restoran Hj Samuri, satay Kambing..he he.. Sedap tau.

Minggu depan ada court kes, blank..tak dak pengalaman langsung dengan court mencourt ni. Court Marmoth biasa lah dulu...Mengikut artikel bla bla bla..boringggggggggggggggggg habis.

Sapa baca dan tersangkut kenegatifan ni, wa tak tanggungjawab.

Nota : Gambar fertigasi ada tangkap, tapi malas nak upload.