Thursday, February 12, 2009

Beri laluan

Setiap tahun aku diperuntukkan cuti rehat selama 30 hari. Bulan lepas, Januari telah 4 hari cuti ini diambil. Dua hari untuk daftar anak sekolah, sehari untuk peperiksaan akhir dan sehari lagi cuti kecemasan disebabkan demam.

Bulan ini aku belum bercuti rehat lagi, jadi aku akan bercuti pada rabu depan untuk memberi laluan atau ruang senggang kepada subjek Open source yang akan diadakan kuiz pada jam 6:30 petang dan juga satu lagi latihan atau tugasan perlu dihantar. Semalam, aku gagal menghantar latihan yang diberi minggu lepas disebabkan virus terkini yang memakan fail dokumen aku. Janji hantar petang ini.

Cuti rabu nanti juga akan diambil kesempatan untuk menguruskan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM4500 bagi menampung setahun pengajian tahun ini. Semalam juga, pihak pentadbiran kolej sudah menyiapkan dokumen yang diperlukan. Di situ juga tercatit gred CGPA yang telah dikemaskini, 3.45?. Mereka juga menuntut dokumen yang masih tiada pada mereka iaitu surat kebenaran ’tranfer kredit’. Masalahnya pihak pentadbiran di sana(Penang) tidak memasukkan ke dalam sistem, subjek yang telah di’tranfer kredit’ sedangkan semua urusan yang diperlukan telah aku buat. Aku masih mencari dokuman yang hilang dalam simpanan itu.

Cuti aku masih banyak dan sebahagiannya aku peruntukkan untuk memberi laluan kepada pengajian ini. Terkadang sebelum exam aku cuti, selain dari hari exam itu sendiri dan terkadang pada hari kelas pun aku cuti jika banyak ’kerja’ yang perlu aku buat, seperti kes di atas. Harap dapat aku ’up’kan CGPA yang ada supaya dapat melepasi paras 3.5, dan ini yang menjadi fokus tahun 2009.

No comments: