Tuesday, June 24, 2008

Aku kaya RM

Apabila aku ada RM20-30 aku rasa dah kaya..apatah lagi jika aku ada RM200-300.
Bulan ini duit aku tak putus-putus, bermula duit gomen bagi rebat tunai, selepas itu dapat duit claim millage dan semalam cek dari income tax sampai pulak RM252..terlebih potong PCB. Dan gaji ini, aku akan mendapat RM lebih 2-3 kali ganda dari biasa.

Tapi..semalam jugak bank sudah telefon minta duit depa dan kad kredit pun banyak yang dok tunggu. Belum kira lagi, siapa cepat dia boleh dulu.

Aku punya stail kalau tak tak duit, aku offkan handphone aku, dan yang sebenarnya aku buang simcard dia dan bubuh simcard yang lain. Jadi bank tak boleh call, kalau aku ada duit, contoh dapat gaji, baru aku on balik handphone tu dan maka bertalu-talu lah call dari bank ni masuk. Jadi mana yang cepat dan sempat aku bayar, aku bayarlah dan bila duit habis aku OFF balik.

Cukuplah pasal cerita negatif ni, tak boleh banyak-banyak, nanti dia masuk dalam fikiran bawah sedar pulak.

Balik pasal cerita kaya ni, mengikut pengamal kuasa minda ni. Jika kita nak kaya kita mesti selalu cerita pasal duit dan minda perlu kena set bagi betul. Kita kena bersedia untuk kaya, jangan letakkan halangan kepada kepala otak kita untuk jadi kaya. Contoh dia bagi..kalau kaya jadi jahatlah, sombong bongkak dan sebagainya.

Atau aku tak boleh kaya sebab..bla bla bla. Selalu bersyukur atas nikmat yang dapat, walau pun seposen. Dan banyak lagi cerita dia, kalau nak tau lebih lanjut..bacalah buku si Amar Mahmood.
RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$...∞