Tuesday, January 13, 2009

Anugerah Pekerja Tercemerlang

Kepada dato,datin, tuan, puan yang dihormati,

Saban tahun kita telah menganugerahkan Khidmat Cemerlang kepada Pekerja tertentu dan hampir selalunya orang yang sama menerima Anugerah itu. Bagaimana pun kita tidak betul-betul memanfaatkan orang yang telah kita anugerahkan sebagai tercemerlang ini. Kenapa tidak orang sebegini kita lantik sebagai ikon dan motivator untuk syarikat, di mana orang ini kita jadikan sebagai seorang selebriti dalam syarikat.

Mereka ini boleh dibawa untuk sebarang roadshow atau ceramah-ceramah kesedaran dan program motivasi, baik di dalam syarikat sendiri atau di luar syarikat untuk menjadi Role Model sebenarnya kepada kita. Ini adalah lebih baik dan mungkin lebih menjimatkan jika kita mengambil motivator dari luar. Mereka dari luar tidak berapa faham dan arif mengenai budaya dan tabiat serta suasana kerja syarikat ini berbanding warga kerja kita sendiri.

Sepatutnya orang sebegini sudah boleh dimasyurkan seantara syarikat dan rakyat Malaysia, apatah lagi ada di antara mereka yang telah pun mendapat anugerah ini di peringkat kebangsaan dan nama mereka telah dikenali di dalam suratkhabar dan juga TV.

Seperti Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor si Angkasawan Negara, pekerja Cemerlang syarikat juga tidak kurang handsomenya. Mereka ini jika di ’touch up’ oleh jurusolek profesional mungkin lebih cantik dari Dato’ Dr. Shekh Muszaphar lagi. Tapi bukan itu yang menjadi keutamaan kita, apa yang kita mahu ialah tip-tip yang berguna yang mereka sentiasa amalkan untuk kekal menjadi Pekerja Contoh dan Cemerlang.

p/s: Ada siapa mahu tolong forward email ini sama Dato’ CEO.

Nota: Tahniah bangat kepada kawanku yang selalu masuk dalam geng ni.(Pekerja Tercemerlang)

No comments: