Tuesday, September 28, 2010

Panggil 999 - Lebuhraya tak clear

Seumur hidup aku, ini adalah kali pertama aku memanggil talian 999. Seingat aku, belum pernah aku menggunakan talian ini. Kejadian ini berlaku semalam, di KM261.2 arah ke Utara, antara Tol Rasah dan Tol Seremban. Seorang penunggang motorsikal Yamaha Lagenda telah terlanggar besi berbentuk V dan tergolek di lorong kecemasan. Oleh kerana aku orang yang mungkin ketiga melalui tempat itu maka dengan spontan berhenti memberikan pertolongan.

Bersama si mamat seorang lagi kami membantu mengangkat mangsa ke tepi, ke atas rumput. Aku kemudian, mengambil besi yang telah dilanggar itu dan meletakkannya di tepi. Kemudian menanya si mamat ini, samada dia tahu number PLUS. Goleng kepala, macam mamat Indon je..cuba try call 999, walaupun masih was-was. Ada orang jawab, memberikan butiran yang diminta. Seorang India telah kemalangan tetapi tidak parah, tangan kanan luka.

Operator 999 tanya nama, no. henpon dan lokasi kejadian, kemudian suruh tunggu sekejap untuk pass line ke hospital. Kemudian orang hospital menjawab dan berjanji untuk hantar ambulan ke lokasi. Beri pesan pada si mangsa dan mamat sorang tu, kata ambulan on the way dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Ingatkan sudah lewat masuk kerja, tapi masih ada lagi masa dalam waktu kecemasan. Untuk makluman, majikan memberi 10 minit selepas jam 8.00 pagi untuk waktu kecemasan. Jadi tidak perlu declare lewat dengan mengisi borang datang lewat.

Sejak 2-3 hari kebelakangan ini, lebuhraya macam tidak selamat. Banyak kesan kemalangan baru dapat dilihat. Ada yang terbabas melanggar divider di tengah dan juga masuk longkang. Mungkin juga ops Sikap sudah tamat tetapi Raya belum habis, tempat kami sebelah selatan sini, khususnya area Seremban rayanya sebulan. Mungkin juga hujan yang asyik turun kebelakangan ini dan juga mungkin orang mabuk makan selepas sebulan berpuasa. Akhirnya, mungkin hantu dan syaitan membalas dendam setelah sebulan kena ikat.

Wallahuakhlam..berhati-hatilah di Lebuhraya. Peringatan untuk diri sendiri dan para pengguna lebuh/jalan raya.

Tuesday, September 21, 2010

Atasi tekanan mental


Petua ini diambil di sini...

Tujuh langkah menangani tekanan mental:

1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan kita
  • Akui kekuatan dan kelemahan diri kita

  • Bersikap positif semasa melakukannya

  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan kita

  • Merasa seronok untuk bekerja

2. Rancang kerja kita

  • Kendalikan masa kita dengan bijak

  • Beri keutamaan pada kerja yang penting

  • Jangan bertangguh

  • Mengagihkan kerja dengan baik

3. Tingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik

  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

  • Ambil tindakan sewajarnya

4. Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

  • Rancang perubahan secara teratur

5. Amalkan komunikasi berkesan di tempat kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

  • Hormati pandangan rakan sekerja kita

6. Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja

  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu kita dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah

  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

  • Luangkan masa kita untuk membantu rakan yang bermasalah

7. Amalkan cara hidup sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam selalu

  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

  • Amalkan nilia-nilai hidup murni dan berpegang teguh pada ajaran agama



Monday, September 20, 2010

Updated gambar profile blog


Setelah sekian lama saya menggunakan gambar gelap yang berlatarkan pemandangan di bangunan pejabat, baru kini dapat dan teringin untuk kemaskini gambar lain. Tetapi, gambar itu pun bukan yang paling terkini. Gambar itu adalah editing dari gambar digital yang digunakan untuk membuat lesen baru. Ini setelah lesen yang ada pada masa itu telah hilang diperjalanan ke tempat kerja pada Disember tahun lepas(2009).


Setelah diedit mengunakan program Microsoft Paint, maka itulah gambar yang dapat dihasilkan. Terkecik la pulak.


Ini mungkin gambar terkini kot..setelah selamat mendarat dari aktiviti 'flying fox' semasa program 'Team Building" kat Janda Baik, Pahang pada bulan Ogos 2010, dua hari sebelum berpuasa.


Friday, September 17, 2010

Terlupa teruk

Hari ini, hari Jumaat tapi entah apa yang menganggu di fikiran saya hampir terlupa untuk solat Jumaat. Waduh, kelupaan yang dasyat. Bila tersedar, jam sudah 1:30 tengahari dan rasanya khutbah Jumaat pun sudah habis. Maka bergerak dari tingkat 5 turun ke bawah dan perlu lagi satu kilometer lebih untuk sampai ke masjid, sempat jugak tumpangkan pelajar yang juga sudah lewat dan sesampai di masjid betul-betul solat Jumaat baru hendak dimulakan. Nasib baik sudah ambil air sembahyang. Teruslah sembahyang.

Cerita balik dari kerja pulak, baru bercadang hendak isi minyak kemudian terlupo la pulak. Sudah ada atas Lebuhraya baru teringat, minyak petrol belum isi. Motorsikal ini, jika minyak ada bawah paras setengah di penanda meter tidak sempat sampai ke RnR Seremban untuk topup minyak pulak. Terpaksa la keluar ke Tol Bangi dan cari Stesen Minyak, kemudian baru ingat lagi belum masukkan duit ke akaun anak, pergi pulak ke Maybank masuk duit anak dulu dan isi minyak dan teruskan perjalanan balik ke Senawang.