Friday, January 23, 2009

Bahasa Alam

Semenjak aku berguru dengan En Fuad Latip ini banyak perkara baru mengenai fikiran bawah sedar yang dapat dipelajari. Ini termasuklah mengenai bahasa alam atau dikenali sebagai gerak hati. Sebelum ini pun aku banyak menggunakan gerak hati, selalunya betul dan kadangkala tersasar jua. Ya lah..hidup ini kan kompleks dan kita cuba mempermudahkan. Dan agama kita pun datang secara pakej dan kita hanya memilih apa yang kita suka sahaja. Itu yang menyebabkan hidup jadi tidak sempurna. Selalu orang kampung kata mengaji tak habis.

Sekarang aku kembali meneliti apa yang ditulis oleh saudara Fuad ini dan cuba menghubungkan dengan pengajian ilmu kuasa minda yang pernah dipelajari pada tahun 2003 dengan Dr Ibrahim pengasas Aura Seri. Ilmu ini menuntut kepada amalan meditasi dan barulah aura atau dalam ilmu persilatan dikenali sebagai batin, menjadi kuat. Jika malas untuk bermeditasi atau beramal maka lupakan saja kuasa minda ini.

Sebenarnya apa yang disebutkan di atas seperti gerak hati, aura, batin adalah istilah dalam kuasa minda belaka. Tahap tertinggi kebolehan dalam kuasa minda ialah OBT(Out of body tranfer?), keluar dari tubuh dan boleh pergi ke mana saja termasuk alam lain.

Setelah baik dari demam pada Rabu lepas, aku kembali meneliti hikmah di sebalik kejadian ini.
Sudah sampai masanya aku mengurangkan aktiviti yang menambah frekuensi BETA ke dalam fikiranku. Perlu banyak berzikir dan bermeditasi bagi menurunkan gelombang fikiran ke tahap yang lebih rendah seperti ALPHA, TETHA dan DELTA. Dengan itu komunikasi dengan tuhan akan menjadi lebih mudah dan jiwa menjadi senakin tenang.

No comments: