Tuesday, February 26, 2008

Isu makan gaji

Shamsuddin Kadir penulis buku Makan Gaji Tetapi Kaya menulis mengenai isu ini di sini:

http://www.shamsuddinkadir.com/2008/02/23/makan-gaji-sehingga-bersara/#comments

Dan komen puan Sifupts :-

Tuan-tuan pengunjung blog ini…

Tidak semua orang mempunyai bakat hidup dengan membayar gaji kepada dirinya sendiri.

Bagi mereka yang tidak mempunyai bakat berdiri sendiri, nasihat saya hiduplah dengan makan gaji sampai bersara. (Kebetulan saya berkahwin dengan lelaki seperti itu.)

Saya memiliki saham dalam syarikat yang membayar gaji kepada hampir 70 orang. (Saya juga dibayar gaji RM3 ribu sebulan oleh syarikat ini).

Saya berdoa moga-moga mereka akan terus berada bersama-sama saya, sebagai rakan seperjuangan saya, makan gaji dalam syarikat saya, sehingga mereka bersara.

Saya beriltizam, nanti suatu hari mereka akan dapat membeli saham syarikat saya itu, dan sekaligus menjadi rakan-rakan kongsi saya.

Banyak orang yang puas hati dan seronok makan gaji. Mereka hidup selesa, dapat membeli sedikit sebanyak harta, dan bahagia dengan gaji yang diterima. Mereka tidak dibebani dengan hutang.

Orang yang mempunyai masalah hutang keliling pinggang bukan disebabkan mereka tidak cukup wang. Mereka mempunyai trait psikologi “tidak dapat hendak menangguhkan kepuasan”. Ia adalah sejenis penyakit.

Komen penulis: Sememangnya saya terkena penyakit ini. Saya sedang ber'ubat' sekarang dengan mengatur strategi BA. Setiap pembelian yang dibuat akan ditandakan B (bazir) jika dirasakan membazir dan kemudian akan diberikan A (alternatif) atau pilihan lain.

Contohnya membeli suratkhabar lebih dari satu membazir (B), pilihannya (A) baca melalui online internet atau baca suratkhabar yang disediakan di kedai kopi atau pejabat.

Monday, February 18, 2008

Kisah kejayaan Bisnes dalam Internet

Team FlareBiz

Feb 16 (2 days ago)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah saya ingin berkongsi 2 buah cerita kejayaan remaja belasantahun dalam program Google AdSense.Memandangkan anda adalah pembacaMajalah IM...anda mungkin tahu apa itu Google AdSense bukan?

Baiklah di bawah ialah kisah 1:

seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengansaya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India danmerupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan$3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.Beliau mendapata pendapatan pertama beliau pada 7 November 2006sebanyak $287 daripada Google AdSense. Pada Mac pula pendapatanbeliau ialah $3204! Pendapatan $3000 di India adalah satu pendapatanyang cukup tinggi kerana engineer yang bekerja untuk IT company disana hanya mendapat pendapatan averange $600 - $800 sebulan!

Formula yang beliau guna dalam kehidupan ialah "Patience + Passion= Lots of Money". Beliau menjadi seorang blogger yang berjaya setelah7 bulan blogging secara konsisten. Blog beliau ialah tech-buzz.net dananda tentu boleh belajar sesuatu daripada blog beliau tersebut.

Saya pernah berbalas emel dengan beliau dan beliau juga seorang yangbagus melayan karenah pelawat blog beliau kerana saya banyak tanyakanbeliau pelbagai soalan. Hehe saya berharap post kali ini juga dapatmenaikkan semangat anda untuk terus membuat duit melalui Internet.Anda juga boleh menjadi seperti beliau! Anda boleh beli ebook ini:http://tipadsense.com/ dan cuba untuk menjadi seperti beliau!
Tunggu kisah seorang lagi remaja lain di emel berikutnya...sekian,
Zhafran,Team FlareBiz.comhttp://tipadsense.com/http://flarebiz.com/

Friday, February 15, 2008

Tip mendidik remaja masa kini

Artikel ini dipetik dari akhbar berita harian hari ini, sisipan Agama.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20080214231521/Article

Mengelak anak jadi remaja bermasalah
Oleh Hasliza Hassan

Hiburan, fesyen dan makanan perlu dikawal bagi bentuk generasi muda bermoral tinggi

GEJALA sosial yang melanda masyarakat hari ini semua bertitik tolak daripada lemahnya akidah yang menjadi benteng untuk menangkis apa juga serangan bertujuan menggugat tahap keimanan serta keteguhan hati umat Islam.

Justeru, pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood meminta ibu bapa memperkukuhkan akidah anak melalui didikan dengan menerapkan nilai murni menerusi contoh teladan amalan harian yang dilaksanakan sebagai Muslim sejati.


Sebagai panduan, katanya, ibu bapa boleh menjadikan wasiat Lukman al-Hakim kepada anak lelakinya untuk memimpin anak mereka membina akidah serta keyakinan dalam menghadapi hidup kian mencabar.

"Didikan oleh bapa yang hebat seperti Lukman yang diceritakan dalam al-Quran adalah panduan terbaik boleh ditiru ibu bapa hari ini kerana wasiat beliau bukan untuk mencegah tetapi untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini.

"Sebab itu, walau senang manapun ibu bapa itu, mereka wajar membiarkan anak berdikari kerana ada kalanya kesenangan boleh membawa bencana seperti dipaparkan dalam filem Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali," katanya.

Beliau yang memberi ceramah bertajuk 'Mencegah lebih baik daripada menghukum' pada majlis kuliah agama anjuran bersama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) MKM turut menggariskan perkara perlu ada serta dielakkan dalam usaha mendidik anak remaja.

Siti Nor Bahyah berkata, kehidupan remaja hari ini banyak dipengaruhi tiga unsur iaitu hiburan (keseronokan), fesyen serta makanan yang jika tidak dikawal atau dibimbing ibu bapa boleh menyebabkan mereka terjebak dalam perkara negatif.

Katanya, tidak dinafikan naluri remaja cenderung kepada hiburan dan mereka akan menjadi resah jika tidak mendengar lagu tetapi ibu bapa bertanggungjawab menapis jenis atau bentuk hiburan yang didengar.

Begitu juga fesyen pakaian mereka yang sepatutnya mencerminkan nilai ketimuran, bukan mengambil apa saja disogokkan Barat yang ternyata tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.

Sementara makanan ringan atau segera yang kini sebati dengan gaya hidup masyarakat hari ini turut menyumbang kepada masalah anak menjadi hiperaktif serta tidak mahu mendengar cakap ibu bapa mereka.

"Inilah tiga perkara saya kategori sebagai 3F iaitu fun, fashion, food, yang melanda anak remaja dan perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa supaya ia tidak mendatangkan masalah nanti kerana kita mahu mengambil langkah awal untuk mengelak," katanya.

Katanya, bagi mencegah menular gejala negatif di kalangan remaja, tujuh perkara perlu diberi perhatian bukan saja ibu bapa, malah semua anggota masyarakat kerana mereka memikul tanggungjawab melahirkan generasi bertakwa dan kaya dengan nilai murni.

Tujuh perkara itu ialah:-

1. menjaga solat;

2. sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah;

3. memberi salam;

4. mencurahkan kasih sayang;

5. sabar menghadapi ujian;

6. bersungguh-sungguh dalam beramal

7. dan mendidik diri menjadi suami, isteri, ibu, bapa serta anak yang salih.

Siti Nor Bahyah berkata, memberi salam nampak mudah dan ada kala dianggap sebagai perkara remeh sedangkan amalan itu mempunyai nilai tersirat yang perlu diketahui kerana salam adalah ucapan ahli syurga.

Katanya, selain mendapat pahala, amalan memberi salam mempunyai nilai tambah kerana ucapan salam itu sendiri sudah lengkap mengandungi doa yang memohon keselamatan, rahmat serta keberkatan.

"Kenapa anak terjebak dengan perkara negatif adalah disebabkan ketandusan kasih sayang. Akhirnya mereka mencari kasih sayang di luar dan apabila salah cari kawan, itu yang mereka melakukan perkara tidak sepatutnya.

"Oleh itu, tidak adil jika kita menghukum remaja sedangkan puncanya mungkin disebabkan daripada kita sendiri. Ibu bapa perlu banyak sabar dalam mendidik anak dan bersungguh-sungguh memastikan mereka sentiasa dibimbing ke jalan mencari keredaan Allah," katanya.

Pada majlis yang dihadiri kakitangan MKM, ahli Puspanita MKM, pelajar peringkat diploma maktab berkenaan dan kakitangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Siti Nor Bahyah turut berkongsi tips dengan memberi ayat al-Quran untuk melembutkan hati anak.

Beliau berkata, ibu bapa digalakkan membacakan surah al-Hasyr, ayat 21 dan surah asy-Syura ayat 19, kemudian ditiup di ubun anak sebagai doa supaya mereka mudah mendengar kata.

Selain itu, Siti Nor Bahyah menggaris tujuh perkara yang perlu dielakkan supaya usaha mencegah anak daripada terjebak gejala negatif dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai matlamat diharapkan.

Pertama, meninggalkan maksiat dan kaedah terbaik mengajak anak supaya meninggalkan perbuatan maksiat ialah melalui contoh ibu bapa sendiri yang sentiasa memelihara diri daripada terjebak dengan perbuatan tidak bermoral.

Seterusnya ialah penyakit malas, suka menonton atau membaca bahan yang sia-sia, suka atau mudah marah, membuang masa dengan melepak, makan makanan yang haram dan jangan menderhaka kepada Allah serta sesama manusia.

"Semua ini ialah perkara negatif yang perlu dihindari dan caranya ialah dengan mempelajari bagaimana untuk mengawal diri. Jika anak kita malas belajar, beri dorongan dengan menjanjikan hadiah seperti yang saya lakukan dengan anak saya.

"Hilangkan sifat cepat marah atau jika hendak marah, biar bertempat. Elakkan makanan haram bukan saja daripada aspek bahan yang dimakan tetapi punca rezeki dipastikan daripada sumber yang halal," katanya.

Siti Nor Bahyah turut berpesan kepada hadirin supaya jangan sekali-kali menjadi anak derhaka kepada ibu bapa kerana balasannya cukup hebat dengan menceritakan kisah kecacatan seorang anak disebabkan menderhaka kepada ibunya.

Wednesday, February 13, 2008

Contoh Dakwah dan Doa

Dipetik dari blog Prof Muhd Kamil:



Kontraktor

Saya cuba pendekatan yang lebih bersifat holistik.

Hampir 70 kontraktor yang berdaftar dengan UiTM ditemukan dalam majlis bersama Pengarah. Saya ceritakan kepada mereka pengalaman saya menunaikan fardhu haji. Bagaimana Allah menunaikan janji-janjinya kepada hamba-hambanya. Saya kisahkan tentang konsep rezeki dan bagaimana ketentuan Allah kepada hambanya.

Saya khabarkan kepada mereka: Tuan-tuan semua sebangsa dan seagama dengan saya. Mereka yang menghuni universiti ini adalah sebangsa dan seagama. Setiap kali tuan-tuan menyiapkan satu projek di UiTM, tuan-tuan menyiapkan projek untuk anak, cucu dan keturunan tuan-tuan sendiri.

Tuan-tuan tidak usah melayan jika ada staf saya meminta derma daripada tuan-tuan. Apatah lagi jika mereka memandai-mandai meminta rasuah dan sebagainya. Tuan-tuan laksanakan kerja-kerja semata-mata kerana Allah, saya percaya rezeki tuan-tuan akan sentiasa ada.
Ketika menyerah projek, saya panggil kontraktor yang berjaya. Saya kumpulkan mereka yang akan mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Dan saya berkata kepada mereka: Inilah orang yang akan menggunakan kemudahan yang tuan-tuan usahakan. Lihatlah wajah mereka. Mereka adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Mereka akan bertugas di dalam bilik yang tuan-tuan kerjakan untuk mendidik anak bangsa sendiri.

Saya bercakap(dakwah) kepada mereka dan saya berdoa kepada Allah. Ya Allah kau bukalah pintu hati kontraktor-kontraktor kami untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cara yang terbaik untuk kami di sisiMu.

Apa lagi yang boleh saya lakukan?

This entry was posted on Wednesday, February 13th, 2008 at 6:48 am and is filed under Di sekitar universiti. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
One Response to “Kontraktor”

SifuPTS Says: February 13th, 2008 at 6:59 am

Asalamualaikum, Prof.

Sungguh betul dakwah Prof itu!

Prof tidak menggunakan discourse merayu mereka supaya jujur, discourse menuduh secara implisit bahawa mereka kontraktor rasuah, discourse mengancam mereka sekiranya mereka tidak jujur, discourse tunjuk-kuasa yang ada, discourse menggertak mereka jika tidak patuh, discourse mengutuk kontraktor-kontraktor lain yang tidak jujur, discourse membanding-bandingkan mereka dengan kontraktor Cina.

Tanpa menggunakan discourse-discourse negatif seperti itu, Prof memuliakan mereka, menjaga maruah mereka, dan mencipta persepsi yang amat positif tentang kelainan gaya pentadbiran Prof sendiri.