Wednesday, March 25, 2009

Cuti

Cuti cuti cuti, kalau boleh tiap-tiap minggu mahu cuti. Terutamanya bila dekat-dekat nak dapat gaji. Bulan nih, gaji 26 dan hari ini patut cuti saja kerna modal sudah habis. Jauh perjalanan banyak pengalaman..pengalaman habis duit daa. Tapi kenangan pahit manis sukar dilupakan.

Minggu ini ada tiga kejadian yang mengujakan. Yah yah..pertamanya dapat saham ESOS satu lot dengan harga RM5.57 dan sekarang di atas papan bermain pada paras RM6.10. Ada beza 53 sen dan kalau didarab seribu jadinya RM530.00, tapi ini kos remiser pun tak lepas. Macamana mahu jual..tungguuuu. Dulu kenangan lalu dapat jual dua lot pada harga RM11 lebih kurang dan dapat RM10k, wah wah wah. Macam mewah kejap tapi kong balik kong habis bayar hutang daa.

Kejadian kedua, permohonan mahu tinggal kuarters telah diluluskan. Proses sain mengesain kontrak sedang dijalankan, esok mahu poi pekan naik motorsikal mati setem RM10. Bagi ada legal itu kontrak. Itu kontrak baca pun naik takut. Ini kuarters tak boleh buat sebagai rumah hinggap dan banyak lagi termasuk dilarang berpolitik dan aktiviti tidak bermoral.

Ini bulan April sudah boleh masuk duduk. And the sewa fee, RM80. Tapi tadi pergi sana Admin cakap itu rumah boleh tukar, aik? Jadi hairan, itu kontrak sudah catat itu nombur rumah. Kalau tukar rumah lain nanti itu kontrak ada batal lah. Apa macam maa..tapi itu kunci belum ambil lagi, nanti pergi tengok rumah sekali lagi. Mana tahu kot kot itu orang sudah keluar. Jadi dengan kejutan ini maka tamatlah kesengsaraan berulang sejauh 120km sehari. Amma..banyak thank you, thank you and thank you. Hati banyak sinang loo. Itu rumah sini ofis boleh nampak, jalan kaki pun, 10 minit boleh sampai. Itu kuarters, apartmen 11 tingkat. Itu rumah tingkat lima. (Sori arr..ini bahasa ada banyak rendah).

Akhir kejadian, minggu ini cuti lepas mid term ada relaks banyak daa. Itu kelas tidak payah pergi dan apa-apa pun tak payah fikir. Tapi itu hutang sama lecturer ada lagi tunggak. Itu satu CD dia mahu coding untuk vb.net yang telah siap ditukar kebentuk form. Dalam e-buku pakai console maa.

Dan lagi lagi lagi, alahai si Kasim Baba itu projek php + MySql sebagai Database belum bergerak lancar lagi. Tajuk sudah ada, konon-konon mahu buat e-Home Library. Database mahu tiru itu Ms Access template tahun bila entah, dan interface? Macamana rupa pun tak tahu lagi. Berita terkini, dengar kata cikgu php ini tarik balik surat berhenti dan sekarang sedang bercuti. Dua minggu lepas tiada kelas, cikgu cuti. Baik jugaklah dari berhenti jadi cuti. Minggu depan, mungkin ada kot.

Itulah saja yang hendak dikongsi kali ini. Ha ha, he he hilang gigi tinggal gusi.


Nota:

ESOS=Skim opsyen saham pekerja.

Friday, March 20, 2009

Apa lagi

Jumaat kerja sari lagi.
Esok mid term satu lagi.
Tip dah bagi, soalan lepas dah ulangkaji.
Tapi, tak ingat apa lagi.

SDLC, lima fasa patut diberi-PADIM.
IS vs IT soalan biasa keluar berulangkali.

IS - uruskan orang, data, proses, IP dan IT.
IT - gabungan hardware, sofwer dan telekomunikasi.

He he he, hilang gigi tinggal gusi. Kat sini pun boleh ulangkaji.

Nota:
SDLC=System Development Life Cycle.
PADIM= Planning, Analysis, Design, Implementation and Maintenance.
IS=Information System.
IT=Information Tecnology.
IP=Information Presentation.

Thursday, March 19, 2009

Kutuk

Tengahari ini, dah tamat melungsuri blog lidah-lidah ini di blogspot.com dan sedikit sebanyak dapat memahami jiwa anak muda masa kini yang indie dan suka gig.

Dua hari ini kerja bagai dimotivasi kerana ada kawan yang datang menemani. Bila dahaga ajak minum, bila lapar ajak makan.

Sekarang rasa sangat hepi,jumpa makcik kutuk lagi. Jumpa pakcik pun kutuk jugak. Kebelakang ini kerja mengutuk orang..

Aku: Ko orang tengahari ni tidur, malam bangun tahajud ke..

Makcik: Ko Z,aku cili mulut ko karang.

Sesi lain..

Aku: Dari semalam tak habis-habis lagi jual ubat( Pakcik tengah bagi keterangan mengenai aktiviti WIT-Work Improvement team.)

Bulan Mac bakal berlalu..gaji 26 dan list luar biasa sudah banyak menunggu. Baju silat anak-RM75, rantai dan geganju motor-RM50. dan banyak lagi..hutang bank?

Tapi, banyak mana pun belanja yang ada 10% bayar untuk diri sendiri dulu..masuk tabung TH dan lagi 5% for emergency and another 5% for charity. Fuh..caya lah gitu. Baru tak skema..lagi ada cool.

Tuesday, March 17, 2009

Bila ibu balik kampung

Marka balik kampung empat hari, aku jadi bujang. Kalau ikut 'turn' aku yang kena balik, sebab kenduri rumah adik-beradik sebelah aku. Sudah janji, kalau ada kenduri seorang mahu balik, ikut adik-beradik siapa. Tapi, aku ada 'mid term exam', jadi tidak dapat balik kampung. Kira uzur syarie lah ni.

Jadi bujang, senang (bujang senang). Makan pakai bungkus je, sudah empat malam makan nasi lemak ayam pandan. Kadang beli tiga bungkus dan kadang empat. Semalam beli sebungkus je, tapi ayam empat ketul, nasi masak sendiri. Sebungkus tiga ringgit je, mahal lagi roti John, RM3.50. Siang makan apa ya? kakak dia tolong masak. Tapi ciput je, tak sampai malam dah habis stok. Bapaknya? biasa le, sibuk..kerja, belajar dan 'exam'..makan kat luar (vs makan luar).

Pagi ini, ibu sudah kembali. Tamat le cerita orang bujang.

Monday, March 16, 2009

Apakan daya..

SPM telah diumumkan dan Nur M* sedang menikmati hasil usahanya. Dan aku sedang berduka-lara, seperti yang dijangkakan resultnya 2B, 3C, 4E dan 1F. Ketiga-tiga subjek sains E8, apakan daya kalau sudah tak mahu. Aku kalau nak derhaka pun, tidak sampai mencurah air ke periuk nasi sendiri atau membakar jambatan atau membakar kapal..ini derhaka tahap gaban.

Hari Khamis lepas, dia sendiri pun tak mahu pergi ambil resultnya, biar maknya yang ambil. Sekarang result itu dekat tangan Mak Jangnya yang sedang berusaha untuk memasukkan dia ke Poli, target Poli PD, Kursus Kejuruteraan Mekanikal. Sebenarnya, apa-apa kursus pun boleh, jika dia mahu belajar. Kalau tidak mahu apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat, dimakan jadi ubat, disimpan jadi azimat..ambik hang.

Hairan..atau ini penyakit keturunan. Bilakah akan ada kesedaran. Ibu bapa tidak akan menongkat langit, lagi tidak kaya-raya atau wang berjuta. Kalau kaya-raya pun nanti, engkau tidak perlu ambil tahu. Engkau hiduplah sendiri, kerana ini bukan harta keturunan atau harta yang jumpa dalam lubang..Ahmad Albab.

Sekarang, balik kampung. Enjoy lagi, happy-happy, apa pun tidak peduli. Dapat gaji beli henpon lagi. Sekarang umurnya sudah 18, bukan lagi budak bawah umur. Apa-apa jadi tanggung sendiri. Kompeni pun tidak tanggung ubat lagi. Lainlah kalau mengaji.

Inilah luahan seorang bapa, yang gagal mendidik anaknya dan kemudian menderhaka dan berak dalam periok belanga.

Thursday, March 12, 2009

Apa? Berhenti!

Satu lagi berita mengejutkan diterima semalam, cikgu php kami berhenti pulak. Tentulah notis 24jam, jika notis dua bulan, khabarnya pasti kami sudah terima. Apa lagi yang dapat dibuat, baru minggu lepas cikgu kata mahu cubit pelajarnya jika tidak dapat buat soalan ujian semalam. Kami enam orang pelajar sesi petang menunggu sehingga jam 8 malam, tiba-tiba bila ditanya dengan geng admin, eh eh cikgu tak datang le. Alamak, kantoi, nape tak cakap awal-awal. Kemudian, bila ditanya pulak pelajar kelas kelmarin, rupanya cikgu sudah berhenti.

Di sini, di kolej ini, kadar lantik hentinya sangat tinggi. Semester lepas, cikgu web dan oop2 hanya bekerja selama 2 bulan setengah dan kemudian berhenti. Nasib jugalah semua silibus sudah cover. Tapi, semangat untuk ambil final exam ada sikit luntur. Ya, sudah ramai yang berhenti. Berhenti dengan sendirinya dan bukan diberhentikan atas alasan sekarang, ekonomi gawat. Dengar khabarnya, dapat masuk kerja dengan kerajaan. Tahniah cikgu kerana dapat masuk kerajaan.

Alasan yang kuat untuk berhenti kerana gaji yang rendah dan kebajikan yang kurang. Cikgu berhenti, maka anak murid terjejas. Untung jugaklah, subjek php ni tiada peperiksaan. Tapi, siapa nak guide untuk buat projek php nih. Nilai besar projek ni, 40% dari markah keseluruhan. Aduss..pening-pening, repot MQA boleh tak?