Friday, January 09, 2009

Jumaat yang suram- Selamatkan Palestin

Hari ni, jumaat pun suram. Khutbah Jumaat membicarakan tentang malapetaka Gaza di Palestin. Kami ahli Jemaah disarankan memberi bantuan kemanusiaan. Tabung jumaat hari ini akan disalurkan ke sana. Selain dari itu, diadakan qunut nafilah dan solat hajat.

Saranan mimbar supaya memberi bantuan kepada mereka. Email untuk minta sumbangan kepada mereka melalui Mercy pun sudah diterima pagi tadi. Kedua, disarankan boikot produk yang ada bagi saham kepada Israel. PPIM pun dah ada bagi senarai, antaranya KFC, McD, Coca-cola, Pepsi, Pasaraya Tesco dan banyak lagi.

Jangan guna US dolar, bagi US jatuh miskin. Jadi, dia tidak boleh hendak sokong Israel lagi. Orang Islam di seluruh dunia hendaklah bersatu. Jangan berperang sesama sendiri dan kenalilah musuh yang sebenar. Akhirnya, mimbar mengakhiri dengan kisah kejayaan yang pernah dikecapi. Semenanjung Sinai di Mesir kembali diduduki dan tembok yang dikatakan kukuh juga telah dirobohkan. Tentera Hisbullah pun pernah menang dengan Israel. Semua yang berlaku ini akan menguatkan kembali perpaduan Islam.

Kepada Allah saja kami kembali, memohon dan berserah. Apalah daya kami di sini. Hanya ini saja yang dapat kami sumbangkan.

No comments: