Friday, December 24, 2010

Orang tua kena sokong

Orang tua-tua kena beri sokongan bukan diperlekehkan. Tidak usahlah hendak bertelagah dengan orang tua-tua, ikut sajalah apa yang dimahu buat dan perakukan apa yang dikata selagi tidak bercanggah dengah syariat dan undang-undang.

Jika dia bercakap bab politik yang dia sokong, setuju sajalah walaupun kita di pihak sebaliknya. Jika dia mahu buat sesuatu perkara yang dia minat, biar sajalah atau berikan sokongan jika mampu.

Dalam perkara ini, saya menyokong isteri dalam menurut apa yang dikehendaki oleh jiran kami supaya menebang pokok betik dalam kawasan pagar rumah tetapi berhampiran dengan pagarnya. Alasan, akar pokok betik akan merosakkan pagar tembok rumahnya nanti. Walaupun macam tidak masuk akal, tetapi tindakan itu akhirnya akan menyenangkan hati semua pihak kerana berapa minggu selepas itu, jiran ini pun meninggal dunia.

Sekali lagi diulang, bersabarlah dengan orang tua. Layan sajalah, tidak perlu bertelagah.

Tuesday, December 21, 2010

Kau claim je

Bila bos sudah suruh, "kau claim je", apa lagi dapat Den nak buek. Sign je lah..nanti bos jawap. Tapi takut bos lupa atau ingat mazhab sama. Ada staf dia ikut bos, kalau bos kata buat walau langgar syariat, maka dia pun buat.

Den, kalau ragu-ragu Den tak claim. Contoh, pergi ke pejabat lain atas arahan kerja, naik motorsikal. Hendak claim guna milleage apa? Kereta, kerana layak kereta. Tapi naik motorsikal, then Den tidak claim. Ada nak selamat, claim guna teksi.

Tengok masing-masing mazhab..kalau mazhab ahli sufi..then claim betul guna milleage motor, kalau banyak sangat soalannya..tidak payah claim, tamat.

Monday, December 20, 2010

Antara layan tetamu dan solat jemaah di masjid



Di antara kedua ini, mana yang lebih utama. Mungkin ada berkata, ambil jalan tengah iaitu layan tetamu dan kemudian ajak pergi solat jemaah di masjid. Tetapi biasanya, kita melayan tetamu dulu dan kemudian solat jemaah bersama tetamu di rumah.

Masih mencari mana yang utama, kerana pernah terkena kutuk kerana meninggalkan tetamu yang sedang makan untuk pergi solat berjemaah di masjid. Kutukan yang teruk, sehingga diungkitnya orang yang telah meninggal.

Hendak turun ke kafe bawah untuk layan tetamu, walhal cadangan awal untuk solat berjemaah di masjid...masih keliru.

Kemaskini 24.12.2010: Malam ini mahu hadir sekeluarga untuk mendengar ceramah Prof MKI di Masjid Jamek PD..selepas maghrib.