Thursday, April 30, 2009

Serender E12

Gred E12 ialah jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Pengurusan, manakala E07 ialah Eksekutif Tadbir dan Pengurusan yang berkelulusan Diploma. E12 untuk mereka yang berkelulusan degree. Jawatan ini untuk kelulusan bukan profesional. Profesional seperti Jurutera, Penganalisa Sistem dan Akauntan.

Pada masa interview aku telah men’down’ gredkan jawatan yang aku pohon, dari E12 kepada E07, dengan kata lain aku telah serender dengan jawatan ini dan memohon yang bawah sahaja.

Entah apa silapnya mereka,(geng HR)depa masih memanggil aku untuk interview post E12. Ini dinyatakan kepada mereka akan kesilapan ini dan mereka memaklumkan aku dipanggil juga untuk post ini sebab aku ada degree..nak bagi E07, tiada jawatan atau diploma yang sesuai. Nanti jadi ’over qualified’ pulak...lagi pun kelulusan CGPA 3.0 ke atas ini susah kata mereka untk diperolehi oleh orang yang belajar secara part time..

Dah, 3 kali interview tak dapat,apa guna nya kalau dapat 4 flat sekali pun..TAMAT.

SAMBUNG..

Tapi ada satu kalimat yang selalu diungkapakan setiap kali akhir interview tidak diucapkan kali ini..

”Encik Z, kalau tak dapat post ini, jangan putusasa..cuba lagi noo”.

Tuesday, April 28, 2009

Kebatinan

Aku mengenali ilmu batin sejak dari kecil lagi..

Itu terutamanya apabila semasa kecil di tahun 70an kita dipopularkan dengan Silat Nasrul Haq..maka hebohlah seluruh kampung untuk mempelajari ilmu ini. Kami yang masih kecil tahun 4 mungkin hanya dapat menyaksikan kehebatan ilmu ini. Nak join tak boleh noo, kecik lagi. 4-5 orang pukul seorang tapi tak kena tu, biasalah. Cuma satu saja yang tidak berpeluang untuk melihat mereka yang menuntut ilmu ini terbang dari pokok ke pokok. Betul ka boleh terbang atau gimik saja pun tak tau lah. (Akhirnya, kerajaan mengharamkan Silat ini).

Pada tahun 80 an pula kita dihebohkan dengan Filem Selangkah ke Alam Batin. Maka ’glamourous’lah silat jenis ini. Dan aku pun tak kecuali, join sekaki. Belajar dan belajar dan penamatnya maka Mahaguru pun menurunkan amalan kebatinan untuk diamalkan. Mulanya aku boleh dua dan kemudian lagi tiga. Tapi yang aku berani amalkan, hanya dua saja. Satu ibu amalan dan satu lagi pendinding. Pembisa, penunduk dan pengerun, tak berani untuk diamalkan. Takut salah bawa.

Dan bila aku berpindah duduk kat Kedah pulak, maka heboh pulak pasal Silat Tomoi. Macam biasa peminat ilmu kebatinan ini tidak melepaskan peluang. Dua ke tiga tempat jugak aku pergi belajar, tapi ada yang mula-mula tak berapa menjadi. Yang menurun sampai lupa diri pun ada. Silat apa nama pun tak ingat dah, tapi ada berantai kat belakang. Singa Berantai ka, atau Rimau Berantai. Akhirnya, aku jumpa jugak dengan Tok Guru Silat Tomoi ni kat Kuala Ketil. Tengok dia main ’punching bag’ cantik dan kemas. Terus join, belajar sampai penamat. Sekarang ni pun masih ada gelanggang kat sana. Dan setiap kali ada penamat, Tok Guru tak lupa panggil aku hadir sama. Kalu mahu, boleh ’menarik’ sekali.

Apa yang aku simpulkan antara batin, silat dan tomoi ini ialah Tomoi lebih kepada memantapkan fizikal dan kepantasan serta lasak. Tapi, buah kurang, kena guna buah silat. Batin pulak kena guna masa lawan untuk pendinding dan ketahanan.

Itulah pengalaman ilmu kebatinan yang aku pelajari tapi tidak tahu nak guna. Jadi, janganlah kamu cuba mahu nak mencuba. Sure aku tak tau apa punya. Maksud aku, tak tahu yang kamu cuba menguji ilmu kebatinan yang ada kat aku.

Semasa temuduga hari tu pun aku cakap, persediaan untuk interview ini hanya meningkatkan amalan kebatinan. Yang lain aku tak prepare apa. Dah tahu dah apa depa nak tanya, kan dah empat kali hadir temuduga macam ni. Maksud aku, amalan kebatinan ini ialah amalan kerohanian seperti zikir banyak-banyak, baca Quran dan solat-solat sunat. Karang terkejut beruk pulak si panel interview tu. Ilmu batin apa pulak.

Maaf, belum habis cerita pasal interview..nak kekalkan momentum ini sampai dapat post ini.

Nota:
’Menarik’= menjadi rakan lawan kepada mereka yang mahu penamat.

Thursday, April 23, 2009

Minat atau keperluan kerja.

Antara soalan yang selalu ditanya semasa temuduga ialah kenapa berada dalam bidang IT tetapi pergi buat degree dalam bidang bisnes. Banyak jawapan yang boleh diberikan, tetapi bagi si penemuduga mereka sekadar mahu tengok macam mana cara menjawab sahaja. Tiada jawapan betul atau salah. Jawablah dengan keyakinan dan tanpa ragu-ragu.

Biasanya, jawapan yang diberi ialah kerana berada dalam bahagian Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran. Walaupun jawatan sebagai Pentadbir Sistem, tapi banyak jaga operasi sistem tidak pula ada buat sistem atau tulis program apa-apa.

Baru sekarang ini sejak dua tahun kebelakangan, betul-betul ’pure’ IT. Itu yang pergi belajar IT balik, baru tahu subjek IT ini susah. Kalau dulu-dulu buat degree IT, mau awal lagi kantoi.

Itulah minat saja tidak mencukupi, perlu ada kemampuan jugak. Kalau Math. Sekadar lulus saja, lupakan saja minat anda untuk buat IT. Buat susah cikgu nak mengajar dan bazir duit PTPTN saja.

Relate kepada anak sulung pulak, udah la mengaji pun tak mahu tiba-tiba depa suruh dia pi buat engineering lagi.. Waduh..kalu mahu ngaji pun buat senang-senang pun cukup. Udahlah semua subjek sains cangkul(7), nak gagah lagi. Cukup..cukup..cukup..lah..Oo Oo Oo.

Tuesday, April 14, 2009

Interview lagi

Ini adalah kali ke 4 kong kali kong aku kena interview. Interview ini untuk jawatan Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan. Sejak graduat pada Mac 2006, setiap tahun(2006,2007,2008,2009) aku memohon kenaikan pangkat ini dan dipanggil temuduga. Masih belum berjaya dan terus mencuba dengan tidak berputus asa.

Cuma kali ini lokasi tempat temuduga telah diubah ke tempat berdekatan aku kerja, jalan kaki dalam 20 minit boleh sampai. Dulu, semua buat kat Hq. Entah, tempat aku ni nak panggil apa pun tak tau, ada kata Putrajaya, ada kata Bangi tapi ikut alamat Jalan kajang-Puchong dan area Kajang.

Ikut senarai yang dipanggil ujian profail dalam emel ada 42 orang, tapi macam-macam post yang ada. System Analyst, Engineer dan jawatan yang banyak kategorinya ialah jawatan yang aku pohon ini.

Belum buat apa-apa persediaan lagi, hint pun belum datang. Ikut skrip interview yang lama, "Sila Encik perkenalkan diri dan latarbelakang dalam bahasa Inggeris", kemudian ditanya Visi dan Misi serta initiatif syarikat. Kemudian mulalah aktiviti mendera, tanya mengenai kepimpinan, makna pengurusan dan ada bagi kes studi untuk dijawab. Pesanan terakhir, jika tidak berjaya cuba lagi dan jangan putus asa. Bila depa pesan begitu, rasa macam sudah tahu tak kan berjaya.

Harap kali ini, ada sesuatu yang mengujakan mereka dan dengan itu interview pun tidak lama dalam 15-20 minit sahaja tidak seperti selalu hingga menjejah hampir sejam. Harap-haraplah ada kelainan begitu dan dengan itu tidak perlu interview lagi.

Nota: Tarikh interview pada 20 April 2009, jam 9:30 am.

Ini mungkin boleh dijadikan 'hint':-

Sumber : http://ridzwan-bakar.blogspot.com/2008/11/biasiswa-post-grad.html


Pembaca budiman,

Alhamdulilah kelmarin saya dijemput untuk menjadi ahli panel temuduga untuk calon PHD dan Sarjana bagi sebuah Yayasan milik GLC. Kegembiraan tersemat di hati dengan jemputan dan pengiktirafan sebegini. Inilah satu lagi ruang untuk saya membantu membina generasi muda.

Rata-rata calon yang hadir memiliki CGPA yang cemerlang. Yayasan ini juga menetapkan CGPA minimum 3.6 untuk pengajian Masters dengan pengalaman kerja 5 tahun. Persaingan untuk merebut 3 tempat untuk tajaan universiti ternama di luar negara ini agak sengit jika diukur dari sudut akademik. Cuma 3 calon sahaja yang akan dipilih dari senarai seramai 18 orang yang telah menetapi kriteria.

Penilaian untuk mendapat biasiswa ini bukan berdasarkan kepada academic excellence semata-mata. Kebanyakkan calon silap perhitungan. Bagi saya, sudah tentu panel akan melihat dari sudut kepimpinan, emosi dan spiritual. Ada calon yang memberi isyarat badan seolah-olah mereka kecewa kerana gagal menjawab soalan teknikal dan ketidak mampuan mengolah kedudukan ekonomi dunia dan ekonomi Malaysia. Ada juga calon yang suka sangat ketawa di sepanjang sessi temuduga, ada juga yang ’kaki goreng’, ada juga yang cuba mengajar penemuduga dan ada juga yang tidak pandai mengambil hati penemuduga. Bagi calon PHD pula kebanyakkannya tidak bersedia bahkan gagal memahami apa itu ’research methodology’.

Sekiranya anda atau anak-anak anda bakal melalui proses permohonan biasiswa, tips berikut boleh membantu.
1. Ucapkan assalamualaikum dan hulurkan tangan untuk bersalam dengan ahli panel.
2. Senyum
3. Perkenalkan diri, latar belakang keluarga dan tahap akademik

4. ’Market’ diri sebaik mungkin dengan berhati-hati.

5. Jujur dan berterus terang. Bila di tanya soalan ’research methodology’, tidak perlulah goreng penemuduga seolah-olah penemuduga tidak tahu. Jika tidak pasti, katakan ”saya belum menguasai ilmu ini tuan”.

6. Buat homework dan tunjukkan minat dan kesungguhan kenapa saya layak mendapat biasiswa ini. Ada calon masters yang datang tidak bersedia, contohnya bila penemuduga bertanya ”Apakah pilihan universiti anda?” atau ”Berapa skor IELTS, GMAT / TOEFL yang anda sudah perolehi?” . Elakkan bertanya kembali kepada penemuduga seperti ”Oh... kena cari universiti dulu ke?” atau ”Kena ambil TOELF ke?” Atau ”apa itu IELTS/GMAT?”

7. Bagi calon PHD, hadirlah dengan persiapan ’research proposal’ anda. Tidak perlulah penemuduga tercari-cari apa sebenarnya yang anda ingin lakukan. Juga tunjukkan keseriusan anda dengan menerangkan ’literature review’ yang anda telah menelaahnya.

8. Elakkan meletakkan kepentingan diri dari kepentingan masyarakat atau organisasi/majikan. Jangan jadikan biasiswa sebagai batu loncatan untuk kepentingan diri. Contohnya: “Selepas tamat PHD, saya hendak jadi pensyarah di Universiti”. Penemuduga tidak berminat dengan jawapan sebegini. Mungkin untuk jawatan pensyarah universiti, jawapan sebegini sesuai. Penemuduga bagi maksud Yayasan GLC ini mengharapkan bakal Dr ini akan menjadi bakal pemimpin, bakal CEO atau memimpin team konsultansi. Ini adalah biasiswa Top 20 University dunia bagi membina barisan pelapis untuk menerajui korporat Malaysia.

9. Berdoa dan mohon kepada Allah. Kepandaian kita bukanlah faktor utama untuk kita memiliki biasiswa atau sesuatu perkara, kerana pemilikan abadi dan mutlak adalah kepunyaan Allah.

Kesimpulannya, terlalu banyak kelemahan yang dilakukan oleh anak-anak muda kita walaupun CGPA mereka melebihi 3.6. Jika mereka tidak menunjukkan kesungguhan dan minat, bagaimana mungkin penemuduga berminat dengan mereka? Ini adalah sessi sembang biasiswa top 20 universiti dunia, bukan sembang kopitiam.

ridz

Tuesday, April 07, 2009

Kuarters dan Tidur

Seperti yang dicerita sebelum ini, aku telah pun menduduki kuarters sejak 2 April lepas. Mengambil sempena malam Jumaat untuk memasuki rumah baru dan supaya dapat tidur tiga malam berturut-turut. Sehari selepas aku duduk di situ, ada 'makhluk halus' pun tumpang sama duduk kat bilik utama. Terpaksa aku tidur kat 'hall' saja. Sehingga kini, masih ada lagi makhluk ni.

Jadi sekarang aku tak perlu merempit untuk pulang ke Seremban lagi dan ada pilihan untuk tinggal di sini. Motor Kriss100 pun sudah nak hancur enjinnya.

Seperti semalam, tidur sini kuarters kerana ada game badminton hingga jam 11 malam.

Tapi untuk makluman semua, kuarters ini adalah rumah apartment tiga bilik yang baru di bina. Bukannya kuarters JKR yang macam hidup segan mati tak mahu tu.

Cerita pasal tidur ni aku ada terjumpa petua panjang umur mengenai tidur ni..Seperti di bawah ini.

Mati cepat jika tidur lama

Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!

Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.

Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda," ujarnya.
Sumber : lohgi.blogspot.com

Nota:
1. Aku ingin mengepost gambar tadi butang untuk upload gambar tak timbul pulak..lain kali lah.
2. Makhlus halus = sekumpulan lebah.