Monday, July 28, 2008

Fikirlah sendiri

Hari ini kami sedang diaudit oleh pasukan audit keselamatan di tempat kerja atau dikenali sebagai SEMS(Safety Excellence Management System) audit. Audit ini berkait rapat dengan OSHA(Occupational Health and Safety Act). Banyak perkara yang ditegur dan terkadang kami terlepas pandang mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kami.

Aku tidak terkecuali antara orang yang ditanya samada pernah dihantar berkursus mengenai OSH ini. Juga kelayakan yang ada untuk mengendalikan peralatan elektrik dan komputer.

Mengenai alatan komputer memang ada, baru saja graduat dan berkonvo bulan Mei yang lepas. Tapi, tentang alatan elektrik minta maaf tidak pernah pun ada kursus yang dijalankan.

Aku pernah email kepada pihak pengurusan mengenai perkara ini seperti ini:

Tajuk : Arahan di luar bidang tugas dan merbahaya.

Salam,

Semenjak kejadian bau hangit yang berpunca dari kabel 3 fasa tidak diikat kemas dalam panel 415v aircond pada malam 24 Mei hari itu, saya merasakan sudah sampai masanya untuk tuan sedar dengan arahan yang membahayakan kesihatan dan nyawa saya. Tuan-tuan para eksekutif sekalian perlu sedar dan faham bidang tugas dan tanggungjawab saya di sini.

Pada malam kejadian bau hangit itu, saya telah diarahkan oleh En. RRR untuk memeriksa punca bau hangit itu dengan membuka panel elektrik aircond 415v. Apa akan jadi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin ke atas saya jika arahan itu dipatuhi. Saya pasti dan pasti tentu tuan-tuan sekalian akan lepas tangan. Ini kerana bidang elektrikal tidak termasuk dalam kompetensi saya. Dan lebih malang lagi mungkin saya tidak di’cover’ oleh insuran syarikat.
Kalau mati jadi mati katak lah, kalau terbakar maka sakit free saja dan kena lagi tindakan tatatertib. Nauzubillah himin zalik.

Sekarang pula, saya diarahkan oleh En. SSS untuk membuka penutup PAC(Precision aircond) bagi memeriksa samada berlaku kebocoran minyak dalam keenam-enam PAC di sini. Adakah ini termasuk dalam bidang tugas saya dan adakah saya kompeten untuk melakukan?

Saya harap tuan-tuan dapat clear dulu perkara ini, sebelum memberi arahan yang mungkin merbahaya kepada kesihatan dan nyawa saya.

Sekian.
Skru yang menyala kerana tidak diikat kemas dan telah berlaku percikan api -punca bau hangit.

Sekarang "lu fikirlah sendiri"..arahan yang tidak betul(tidak dalam bidang tugas) dan apatah lagi merbahayakan nyawa anda janganlah diikuti..moral cerita.

Friday, July 25, 2008

Stamina

Hari-hari yang aku lalui kebelakangan ini memakan tenagaku. Entah kenapa, sampai saja rumah sedari pulang dari kerja, aku telah kehabisan tenaga. Top-up dua pinggan nasi, campur lagi air tongkat ali, pun gagal untuk memulih staminaku.

Nak kata aku tiada duit sebab hujung bulan, pun tak juga begitu. Aku baru saja dapat duit dividen Koop yang berjumlah RM300 lebih. Dengan duit ini membolehkan aku makan apa saja yang halal untuk menambah tenaga @ lemak di badan.

Mungkin jugak aku sudah lama tidak bercuti, atau pun kerana masalah anak sulongku yang masih belum berubah. Kata pakar, bukan lemah badan tapi lemah mental (nanti kalu aku jumpa ayat yang power-edit balik).

Oh ya, sebelum aku terlupa, pagi-pagi aku dibekalkan dengan air milo secawan, roti Gardenia inti jagung sebantal di samping ubat homeopati@herba- Semangat, kumuh kecil dan red wave. Ubat ini bertujuan untuk mengurangkan lemak dalam badan.

Aku kan rajin menjaga kesihatan, setiap tiga bulan sekali aku akan pergi meneropong mata untuk melihat ke dalam badan, tengok apa yang tidak kena. Kaedah ini ikut pakar cakap - Iridologi. Bila nampak bulan sabit kat bawah mata hitam aku, itu tandanya lemak dalam badan banyak. Kalau bawah, maksudnya bahagian urat kaki banyak lemak.

Itu sebabnya aku disuruh makan ubat red wave ini dan kumuh kecil untuk sokong buah pinggang dalam proses cuci lemak. Baru sekarang aku teringat, dalam bab cuci mencuci toksid@lemak dalam badan ni, bukan saja toksid@lemak yang kena buang, vitamin dan mineral pun turut serta. Inilah jawapan kepada kekurangan stamina aku kebelakangan ini. Stop.

Thursday, July 24, 2008

Brother Hcj

Aku tahu di masa kini bro Hcj sedang meng’explore’ blog aku ini. Itu kerana telah aku ’expose’kan blog ini padanya.

Aku mengenali beliau setelah sama-sama mengikuti pengajian Diploma IT di Cosmopoint Penang pada Jun 2006. Sekarang Julai 2008, sudah dua tahun masa berlalu dan kami masih berhubungan. Beliau masih meneruskan perjuangan dan aku telah terpisah jauh ke selatan bersama pulak dengan Cosmopoint Seremban.

Sedikit sebanyak rahsia aku mungkin telah terbongkar di sini. Tadi sebentar, aku mengaudit kembali blog ini, mana lah tahu ada perkara yang sensitif atau tidak sengaja telah aku tulis di sini mengenai kawan aku ini. Rasanya, ini kali kedua aku mengaudit blog ini. Kali pertama, setelah bos aku tahu bahawa aku ada blog tersendiri. Pada masa itu, kalau tidak salah pada Disember 2007, bos aku sudah ’sound’ tentang blog ini. Jadi, buat apa lagi, terus saja aku menyekat laluan masuk blog dan hanya membuka pada seorang saja ’peminat’ aku, iaitu dengan mendaftarkan email beliau.

Setelah beberapa bulan dan keadaan kembali aman dan mungkin bos aku telah pun lupa tentang kewujudan blog ini. Maka inilah kamu dapat kembali menjenguk kandungan blognya di sini. Tapi, aku dengan sengaja menghilangkan kewujudan blog ini dalam profil diri.

Sebenarnya, tiada banyak benda pun yang aku cerita tentang bos aku ini. Cuma, adalah sedikit luahan ketidakpuasan dan mungkin ada juga janaan idea-idea yang dirasakan bernas untuk samada membetulkan keadaan atau diri bos itu sendiri. Itulah sebahagian dari tujuan adanya blog..tempat untuk meluahkan perasaan dan menyimpan diari kehidupan.

Akhirnya, mungkin adanya yang bertanya, kenapa bahasa yang digunakan agak skema. Jika kamu perasan pada permulaan penulisan blog ini bahasanya lebih pasar sikit dan kemudian semakin menjadi bahasa surat pulak. Ini atas nasihat sifupts supaya aku(blogger) menjadi penyumbang kepada memartabatkan bangsa dan bahasa. Tulisan yang menggunakan bahasa melayu tinggi ini akan sentiasa ’evergreen’.

Aku tak nak komplen bahasa blog yang kalian gunakan. Itu masing-masing lah..tapi he he bukankah bahasa itu jiwa diri si anak bangsa. Kalau haprak bahasa yang digunakan..”lu fikirlah sendiri,” kata Nabil..kuar kuar kuar.

Monday, July 21, 2008

Ketulusan

Ketulusan tidak boleh dibuat-buat. Mulut anda berkata, saya mahu membantu tetapi tingkah laku mempamerkan yang sebaliknya. Ketulusan hadir bersama hati yang bersih. Ia boleh dilihat, ia boleh dirasa dan ia tidak mampu berbohong. - Prof Muhd Kamil

Bacaan lanjut di sini http://muhdkamil.net/kehidupan/2008/07/16/prakata-travelog-dakwah/

Semalam, jalan-jalan di Pantai PD..hanya berdua-duaan..suami-isteri. Bicara tentang anak-anak, tentang tangung-jawab dan masih adakah cinta, kasih dan sayang. Sesungguhnya ujian ini amat berat baginya. Jika diukur dari segi kelulusan, SPM pangkat 3 ternyata amat membebankan. Mungkin ada dosa yang masih belum terhapus.

Sehinggakan dia..bagaikan nak gila..dan tidak tahu lagi memikirkan apa-apa. Anak sulungku masih juga begitu. SPM, tiga bulan lagi. Benteng untuk tidak melayan mengambil lesen motorsikal, juga telah roboh. Aku, masih begini. Tidak tahu meluahkan isi hati yang terbenam di lubuk sanubari.

Cakap saja, ada yang silap. Memang ada yang silap pun, kerna hasilnya begitu. Ketulusan hati lah yang mengatasi segalanya. Namun tulus itu terbit dari hati yang bersih dan murni.