Saturday, September 15, 2007

Aku atas bas konsortium


Tiket untuk balik raya belum 'booking' lagi. Esok baru nak pergi tanya..

Kalau tiada, nampaknya kena bawa kereta mari sini. Hari ini kerja baru boleh 'confirm' cuti. Yang peliknya, raya memang cuti, tapi kena tulis borang cuti jugak
Berbalik pada gambar ini, kalau dah tutup muka dengan kain pelikat samarinda tu..agak-agak nak buat apa.. Tidur le jawabnya.

Ucapan Selamat Menyambut puasa

Aku abadikan ucapan berpuasa dari kawan melalui sms:

Kawan 1:
Marhaban ya Ramadhan..Muga mendapat Ramadhan terbaik kali ini. Mohon maaf lahir bathin..Wasalam.

Kawan 2:
Tiada harapan selain Allah, tiada idola selain nabi, tiada kata seindah Al-Quran, tiada jalan selurus As-sunnah, tiada perjuangan selain Islam. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.

Kawan 3:
Assalamualaikum, Ya Allah ya rabbi ya tuhan kami. Sempena dibulan yang mulia ini, muliakan hambamu yang membaca sms ini, rahmatilah dia, keluarganya, sihatkan dia. Berkatilah rezekinya,buangkan sifat-sifat yang tidak baik dari hatinya. Jauhkan bala musibah dan suburkan benih keislaman di hati, kasih sayang dan bermaafan sesama insan. Hapuskan dosa yang lalu. Semoga hari ini dan yang mendatang lebih baik dari yang telah berlalu. SELAMAT BERPUASA. Amin ya Rabbil aalamin.

Selamat berpuasa.

Sekian.

Wednesday, September 12, 2007

Kelas pertama 'Malaysian Studies'

Semalam adalah kelas pertama 'Malaysian Studies'. Minggu lepas, sepatutnya sudah bermula. Tapi, pensyarah tidak masuk kelas. Jadi, aku makan angin saja datang ke CIUC pada minggu lepas.
Pensyarah subjek ini, berkelulusan Master dalam HRD dan bercadang untuk membuat PHD dalam masa terdekat ini.
Sesi perkenalan, berjaya mengbongkarkan status diri aku. Seorang yang sudah mempunyai degree. Tapi kenapa ya?. Mahu pula membuat Diploma IT. Banyak jawapan yang dapat diberi tetapi secara biasa, aku akan menjawab-aku bekerja dalam bidang IT. Jadi, kena ada sekurang-kurangnya sijil(Diploma lagi baik) dalam IT. Dulu, semasa aku ditemuduga, bila ditanya soalan ini aku akan menjawab-itu saja peluang yang ada pada masa itu. Maksud aku, pada masa aku ingin sambung belajar hanya degree ini yang dapat aku buat. Oh, sebelum kamu pula tertanya-tanya. Degree aku dalam bisnes. Berhenti kejap. Aku mahu buat exam dulu. Bukankah sekarang aku sedang berkursus PPJIT(Proram peralihan Juruteknik IT). Subjek - Sistem Digit dan Konsep Mikropemproses...

Sunday, September 09, 2007

Anak main bowling

Mari kita cuba upload video kat blog ni tengok..

Pro main bowling (compare tengok)

Aku dan teksi KL

Pagi ini aku naik teksi ke tempat kerja. Masuk kerja jam 7 dan jam 6.40 masih di stesen bas Taman Bukit Angkasa. Ini membuatkan aku terdesak untuk menunggu bas. Jadi, teksi yang menjadi pilihan segera.
Sebenarnya aku tidak pernah tahu berapa tambang yang dikenakan jika menggunakan meter. Hari ini, sungguh mengejutkan. Ingatkan mahal, iaitu dalam anggaran aku melebihi RM5 ke atas. Tetapi, sungguh membuat aku teruja..hanya RM2.70 sahaja. Wau, kalu macam ni, hari-hari boleh naik teksi. Tapi itu pun, kalau drebar teksi sudi menggunakan meter kalau pakai harga mulut dia, dimintanya RM10..nanya aku.
Lagi cerita teksi..lawak-lawak(setelah tahu tambang teksi sebenarnya). Pagi itu(+-5.45) semasa aku bergegas untuk pergi raptai perarakan hari kemerdekaan, (perlu berhimpun dulu di perkarangan pejabat aku untuk sama-sama naik bas ke Dataran Merdeka).Si uncle pemandu teksi mempelawa aku naik teksinya. Tanya harga, RM3 katanya. Oklah, aku pun naik. Dihantarnya aku sampai ke atas. (Bukankah kawasan pejabat aku di atas bukit). Sampai di sana, tanya lagi. RM3 juga katanya.Syukur..murah. He he..rupanya guna meter lagi murah.

Terima kasihlah kepada semua pemandu teksi di Lembah Klang ini yang menggunakan tambang harga meter dan bukan harga mulut. Semoga rezeki kita diberkati. Amin..

Saturday, September 08, 2007

Selamat bertemu kembali (emel dari kawanku)

Inbox:

salam, dah lama tak borak dgn hang, aku bkn lupa kat kwn2 tapi aku rasa wife hang x suka aku dok sembang dgn ang. aku x mau lah dok kacau2 org, salah anggap pulak. tapi aku percaya, if niat kita baik, kwn ikhlas, semua ok2 aje... Saleh pun naik pangkat dah ke? master dia dah siap? biladia nak smbg PhD?. Aku rasa alang2 kepala dah pecah, baik bg pecah trus, sambg aje PhD, kan. Aku pun rasa nak sambg, tp master ni pun aku nak demam, he...... Ang sambung lah, mengaji ni seronok, ada thrill, kdg2 rasa skt jantung, kdg2 rasa darah tinggi, kencg manis, mcm2 rasa ada, ha......tapi paling best bila dpt result, boooom gak..... tu yang best. ok lah, aku saja nak naik semangat ang aje, so ang rasa nak sambg lah bila aku dok peringat kat ang. Hidup ni mcm ni lah , ingat mengingati. Aku ni bukan happy sgt pun, ang tau lah masalah aku tu kan.

(Sekali lagi..mohon maaf sifu, nanti ada masa saya edit guna bahasa melayu tinggi.)

Reply:

Aku kat KL sekarang, dok bujang. Kerja kat hq, Jalan Bangsar. Dah 4 bulan. Naik pangkat jugak, tapi bukan exec. Sewa satu bilik ngan saleh. Sorang RM100. Dia dah setahun naik pangkat. Juga Hatta, dah 'confirm'. Sekali sekala dia datang lawat kami.Bawak pekena nasi lemak Pantai Dalam. Hatta kat Ilsas, Bangi. 20 minit boleh sampai tempat kami.

Tinggal anak bini kat Kulim. Seminggu sekali, kadang dua minggu sekali balik tengok. Cuti tahun pun dah habis. Tinggal cuti ganti. Tiga minggu ni, kursus kat Ilsas sampai 21 hb. Kerja 3 shif. Off dua hari. Selepas 6 hari bekerja. Jadi, jatuh cuti tak tentu hari.

Empat bulan kat sini, terasa kosong hidup. Nak balik ke Utara, tapi tak nampak jalan. Anak sulong buat kes kat asrama pun tak boleh balik tengok. Harap mak dia je yang tolong settle apa yang patut. Hari ini (Sabtu) dia pi sana, cari maklumat dari sepupu dia. Cikgu hantar balik hari Selasa, tiga hari lepas. Kena gantung sekolah 2 minggu. Kes - buli budak tingkatan satu..anak datuk. Semua, tujuh orang terlibat. Boleh tahan jugak dia. Samseng turun mai kot mana pun tak tau.

Kami berdua sedang menunggu apakah hukuman yang nak kena atau boleh selesai begitu saja. Hang golongan pendidik, biasa kot masalah macam ni.

Kena macam tu, balik mai rumah terus dia jadi baik. Kalau tidak puas mak dia kepung. Tengah malam pi cari turut, suruh balik. Motor pun kena sembunyi kat rumah kawan. Bohong dia, kata aku bawak mai KL. Kalau tidak ka, lagi panjang langkau dia. Balik rumah pun tak tau cari kawan baik-baik. Jadi aku tak hairan kalau kat asrama dia jadi lagu tu. Kata dia, tengok saja. Boleh percaya ka?

Tapi anak hang bestkan, nampak 'mature'. Dok maktab elit pulak.Ooo..aku lupa. anak perempuan hang kat sana jugak. Tentu dia tau cerita anak aku. Kat asrama depa panggil dia 'Butcher'. Hang tanya anak hang tengok, apa yang dia tau. Boleh aku dapat sikit info.

Pasai belajar..Aku pun sambung belajar jugak..he he. Tapi, ke belakang. Orang ke depan, aku gostan. La ni dah semester 5 kat CIUC (Cosmopoint) dalam Diploma IT (Software Engeneering). Hang jangan terkejut pulak pasai banyak semester tu. Depa amalkan trisemester. Rasanya lagi setahun, habis kot. Then, bulan 11 ni aku nak buat Sijil Usulluddin pulak dengan UM. Lagi ke belakang. Lepas ni, baru aku nak pikiaq master apa nak ambik.

Kalau hang nak sedikit sebanyak pasai aku, hang lawat le blog aku..http://zamklm.blogspot.com/

Sekian.

p/s: Saja tulis panjang..lepas geram.

Cuba lagi, tadi hilang




Beautiful Girl

Selawat Syifa - Ihsan dari Blog http://cintaku-ira.blogspot.com/2007/04/selawat-syifa.html


Selawat Syifa
Berikut adalah selawat syifa. Bacalah selawat ini setiap hari, berapa banyak pun tak pe. Kalau hafal lagi bagus. Insya-Allah dengan izin-Nya penyakit yang anda alami akan berkurangan...
Bacalah dengan yakin kerana Allah s.w.t, sambil berserah sepenuhnya kepada-Nya.