Saturday, April 26, 2008

Sinarilah lebuhraya anda

Petang semalam, pulangnya dari tempat kerja di atas lebuhraya KL-Seremban selepas persimpangan Nilai, maka terpandanglah apa yang menjadi persoalan selama beberapa hari kebelakangan ini.

Sebelum ini saya dapati ada kerja-kerja menanam kabel di tepi lebuhraya. Maka timbul persoalan ”Nak buat apa tanam kabel kat tepi lebuhraya ni?” . Rupa-rupanya mereka ini sedang menjalankan kerja-kerja untuk memasang lampu jalan. Syukurlah sebanyak-banyaknya. Apa yang dicitakan telah hampir tertunai sudah.

Sebelum ini telah banyak kali saya terpaksa mengharungi kegelapan malam. Ini apabila saja melepasi persimpangan nilai sehingga ke RNR Seremban, kemudian kembali bergelap sehingga ke tol Seremban. Dengan kelajuan antara 90 ke 100 KM/J, menunggang motorsikal pada waktu malam dengan mengharapkan cahaya dari lampu motorsikal saja sangatlah merbahaya. Sampah-sarap seperti kulit tayar lori, besi dan kayu 3 tengah 2 tidak mudah dapat dilihat pada waktu malam dengan jelas.

Dengan terpasang lampu jalan di sepanjang lebuhraya yang menjadi laluan saya ini, risiko kemalangan dapatlah dikurangkan. Terima kasih PLUS.

Maha suci Tuhan yang memudahkan ini(perjalanan atau kenderaan) bagi kami, dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tanpa kurnia dari Engkau. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Tuesday, April 22, 2008

21 PEDOMAN BUAT ISTERI (oleh Jabatan Kaunseling Kekeluargaan JAKIM)

21 PEDOMAN BUAT ISTERI

1.Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari "Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki.
Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubahlelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami
Anda cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda.
Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun,anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4.Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5.Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.
Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6.Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.
Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan.
Kuasa isteri adalah samaada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda.
Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yangmungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda.
Andalah yang patut berubah.

8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apapun.
Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya.
Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu:-
(1) Kehendak Seks dan
(2) Kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukankesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat.
Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda.
Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya.
Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.
Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya.
Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki.
Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14.Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita.
Jika anda berusaha untukmemahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15.Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita.
Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami.
Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya.
Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup.
Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya.
Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Friday, April 18, 2008

Make it perfect wahai bapa.

Inilah istilah yang boleh digunakan untuk menjadi bapa kepada anak-anak remaja sekarang.

Kenapa?
Remaja sekarang (bermasalah) cuba menutup kelemahan diri mereka seperti malas sembahyang dan belajar dengan mencari apa saja kelemahan yang ada pada bapanya untuk dijadikan alasan. Bagaimana bapa dapat menutup kelemahan ini. Jadilah sesempurna yang mungkin.

Persoalannya pula, apakah kesempurnaan itu dan apakah sandarannya. Tentulah amalan agama yang menjadikan seseorang itu sempurna dan inilah sandaranya.

Tidak perlu lebih-lebih pun, cukup sekadar menghidupkan amalan agama dalam diri dan keluarga. Sembahyang berjemaah dengan keluarga sekali-sekala. Sembahyang berjemaah di masjid sentiasa, terutama waktu Subuh dan Isyak. Membaca al-Quran setiap hari, berhiburlah jika mahu dengan alunan zikrullah dan bacaan al-Quran. Dengar nasyid pun jangan. Nonton tv sekadar berita dan isu-isu semasa.

Bacalah doa disetiap aktiviti seperti doa sebelum makan, semasa menaiki kenderaan dan sebelum tidur. Tasbih sentiasa ditangan dan zikirlah dengan dengan zikir yang biasa-biasa sahaja. Tasbih, tahmid, takbir , istigfar dan salawat ke atas nabi SAW sebanyak 100 pagi dan seratus petang. Atau jika mahu boleh ditambah dengan zikir harian Imam al-Ghazali sebanyak seribu sehari itu. Hiduplah seperti waliullah yang tidak tahu marah-marah, kuat bersabar dan sentiasa zikrullah dimulut.

Akhir sekali pesanan untuk diri sibapa ini, jika tidak mahu jadi idola jangan jadi bola.

Wednesday, April 16, 2008

Jualan Pesta Buku 2008: Top 20 Fiksyen Remaja

Tuesday, April 15, 2008

Jualan Pesta Buku 2008: Top 20 Fiksyen Remaja

1. Dear Yayah 4
2. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
3. My Secret
4. Tak Bisa Memilihmu
5. Aku Mahu Buli
6. Melah Melia 2
7. Sarah dan Anting-anting
8. Dua Dunia
9. Impiana II
10. Sekolah Menengah
11. Tabik Cikgu
12. Aku Mahu Popular
13. Kecempreng Man
14. Kembar Terpilih: Di Ambang Maut
15. Dear Ayah 3
16. Shelock Holmes: Perunding Detektif Pertama Dunia
17. Impiana
18. Dear Yayah 2
19. Ini Suatu Cerita
20. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi

Pesta Buku 2008: Top 10 Fiksyen Dewasa

Tuesday, April 15, 2008

Pesta Buku 2008: Top 10 Fiksyen Dewasa

1. Salju Sakinah
2. Tunnels - Terowong
3. Warkah Cinta Berbau Syurga
4. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
5. Laskar Pelangi
6. Syahadat Cinta
7. Sang Pemimpi
8. Edensor
9. Opera Angkasa
10.Tariq: Menang ataupun Syahid

Pesta Buku 2008: Top 12 Buku Agama

Tuesday, April 15, 2008

Pesta Buku 2008: Top 12 Buku Agama

1. Rahsia Islam di Cina
2. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
3. Quran Saintifik
4. Terapi Solat Tahajud
5. Aisyah: Keanggunan Sebenar
6. Mengharap Kasih Sayang Tuhan
7. Hiasi Diri dengan Doa
8. Menjadi Muslim Terbaik
9. Akrab dengan Tuhan
10. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi
11. Biografi Muhammad bin Abdullah
12. Dato' Dr. Harun Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian

Pesta Buku 2008: Top 17 Buku Motivasi dan Umum

Tuesday, April 15, 2008

Pesta Buku 2008: Top 17 Buku Motivasi dan Umum

1. Ahmadinejad
2. Minda Muslim Super
3. 55 Silap Mata Mudah
4. Setengah Berisi Setengah Kosong
5. Motivasi Alihan untuk Pelajar
6. Kaya Dengan Rumah
7. Kerjaya Dalam Bidang ICT
8. Rahsia Bisnes Orang Cina
9. 55 Petua Orang Berjaya
10. Tip-tip Cemerlang Daripada al-Quran
11. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
12. Master Your Mind, Design Your Destiny
13. Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah
14. Petua Orang Cemerlang
15. Rahsia Melabur dalam Unit Amanah
16. Langkah Bestari Isteri Mithali
17. Hidup Tenang Walaupun Berhutang