Sunday, November 25, 2007

Kuliah Usuluddin - Pemikiran Islam

Salam Malaysia..

Apabila sampai ke perenggan ini dalam nota subjek pemikiran Islam:-

"Ini bermaksud bahawa pendekatan akli dalam Islam tidak semestinya diterjemahkan dan disamakan dengan 'rasionalisme' dalam pengertian dan erti kata yang difahami di Barat. Dengan ini, Islam dalam pengertiannya yang syumul tidak memerlukan jenama-jenama atau label-label juz'iyyah atau khas yang lain seumpama 'rasional', 'rasionalis' atau 'rasionalisme' serta kata-kata serpihan dari istilah ini seperti 'liberal', 'moden', 'enlightened' dan sebagainya kerana tabiat Islam sememangnya mencakupi kesemuanya dalam bentuk yang lebih syarie. Pelabelan Islam dan umatnya dengan gelaran dan label-label ini hanya akan menghadkan kesyumulan Islam yang merangkumi dan meraikan semua aspek penting kewujudan termasuk kerohanian dan pemikiran di samping kebendaan."

Maka timbullah persoalan oleh beberapa orang penuntut mengenai Islam Hadhari yang sedang dipromosikan oleh kerajaan kita. Kenapa perlu lagi perlabelan Islam Hadhari ini? Jawab pensyarah, Islam Hadhari ialah satu pendekatan kerajaan Malaysia dalam mempromosikan Islam. Ini tidak sama dengan label yang dibuat oleh orang barat mengenai Islam. Sila rujuk maksud Islam Hadhari seperti yang dirujuk di sini(islamhadhari.net):-

"Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. (Wan Suhaimi: 7)'

Juga timbul persoalan dengan gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang, adakah salah Islam Hadhari ini dan apa yang sepatutnya dilakukan. Jawab pensyarah:- gejala ini adalah fenomena semasa yang berlaku di seluruh dunia Islam. Masing-masing perlu memberi sumbangan melalui saluran yang ada untuk mengatasi masalah ini. Tidak hanya dengan mengharap kerajaan sahaja untuk menanggani masalah ini. Berilah idea, ciptalah program, tulislah surat kepada menteri untuk memberi idea dan cadangan dalam mengatasi masalah ini. Gunalah persatuan-persatuan yang ada untuk menjalankan program seperti PIBG dan sebagainya. Jadilah penyumbang dan bukan hanya penyembang, yang hanya pandai menunding jari mencari kesalahan orang lain. Adakah boleh kita menyatakan, "Itu buang anak kerana Islam Hadhari lah atau itu kes ragut banyak kerana Islam Hadhari lah" Apa dia ini, satu kenyataan yang tidak kena.

Maka marilah kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan Islam, baik dari aspek fizikal maupun rohani. Gunalah saluran atau persatuan yang ada, ciptalah program-program yang membantu perkembangan Islam. Jangan lah kita hanya pandai meng'kondem' program orang lain, sedang kita hanya diam membatu dari membuat apa-apa.

Sekian, wasalam.

Rujukan:

Wan Suhaimi Wan Abdullah (____). Modul 2, IUS201 Pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

islamhadhari.net (____). Konsep & Falsafah Islam Hadhari . http://www.islamhadhari.net/v4/prinsip/index.php [ 2007, November 25].

Monday, November 19, 2007

Kembali bersemangat

Salam blogger..

Berikut adalah komen aku dalam blog Azma al-Bazrah:-

"Caya lah Azma, Pak Cik pun tersemangat balik, bila baca nasihat Azma pada adik faiza ini. Pak Cik pun tengah belajar Diploma IT(Software Engineering) kat CIUC. Sudah semester 5 pun, tapi kerana gagal naik pangkat baru-baru ini, menjadikan semangat belajar itu telah lari entah ke mana. Pak Cik suka suku kata 'ilmu Allah', 'limpahan dari alQuran' dan 'amanah oleh Allah'. Cukup setakat ini komen pak cik, nanti pak cik sambung panjang-panjang dalam blog pak cik."

Dan ini petikan nasihat Cik Azma kepada adik Faiza..(dengan sedikit edit - posted 12.11.2007 . Seminggu di Uitm )

"Komputer Engineering yang Faiza ambil itu sebenarnya ilmu Allah. Bidang yang sebenarnya limpahan dari al-Quran. Faiza diberi amanah oleh Allah...untuk memahami bidang komputer ni. Akak tidak tahu apa-apa pasal ni. Faiza mesti jaga baik-baik amanah ini. Sebab nanti di akhirat Allah akan tanya, ke mana usia mudamu telah dihabiskan. Allah akan tanya tentang amanah bidang komputer engineering yang Faiza ambil ini. Kalau Faiza jaga baik-baik amanah ni.... Faiza akan masuk syurga Allah dengan mudah."
"Faiza solat tak?"
"Solat, tapi tak cukup."
"Jaga solat... Allah akan jaga Faiza. Di depan kita ada dua jalan. Terserahlah Faiza nak jalan yang mana. Kalau Faiza nak berjaya, dunia dan akhirat tentu Faiza akan guna akal yang diberi dan keluar dari comfort zone yang Faiza duduk sekarang."
"Akak, tapi saya tak dapat faham malah tak suka dengan pelajaran saya. Saya susah nak solat subuh."
"Faiza, semua mata pelajaran yang kita belajar tu makhluk Allah juga. Cuba Faiza timbulkan rasa "love". Kalau Faiza pegang buku, peganglah dengan penuh rasa cinta. Mula dengan bismillah dan doa. Walau bagaimana tak suka pun, berdoalah supaya Allah kurnia rasa suka."
"Kalau Faiza mula memberi rasa cinta kepada ilmu, Faiza akan dapati, ilmu itu juga cinta kan Faiza."

Maka petang ini, aku bergegas ke CIUC dengan penuh semangat. Berjumpa dengan bahagian admin untuk membuat sedikit pelarasan..iaitu hendak buat dua paper lagi tranfer kredit. Kemudian, ke kedai mamak sebelah untuk pekena secawan teh tarik dan sekeping capati. Tepat jam 6:15 pm, aku naik ke kelas. Dan...ada dua orang sahaja. Eh eh, mana pergi yang lain. Kemudian dimaklumkan oleh adik dan kakak tu, kelas tiada.. Alamak! cikgu sudah maklumkan minggu lepas, tapi minggu lepas aku tidak datang kelas. Tunggu kejap, dan cuba-cuba laman web yang aku sudah siapkan untuk tugasan dan sedikit sesi perkenalan dengan adik kakak. Seorang masih muda, form three tahun 1998 dan yang lagi tu veteran macam aku. Sudah kahwin kakak tu tapi belum ada anak. Inilah kelas web yang aku jumpa veteran macam aku, kelas yang lain tu semua muda-muda cinone. Hendak bersembang pun tidak tahu. Dia orang boleh dikira sebagai senior aku. Mula belajar tahun 2005 dan aku 2006. Kemudian, cikgu pun masuk kejap, ambil tandatangan dan keluar. Aku pun, tengok jam, sudah maghrib pun cabut.

Singgah surau pejabat untuk maghrib dan masuk pejabat untuk kemaskini blog aku. Sempat juga tolong member adjust file untuk buat laman web dia. Dengan kursus membina laman web minggu lepas dan subjek Web Design and Publishing kat CIUC ini, aku boleh dikira sudah masak dengan ilmu buat web ini. Petang tadi, sebelum ke kelas, sempat aku meng'sms' kepada rakan-rakan sekerja dan kenalan "Asm..kami geng Ppjit, baru tamat belajar buat web minggu lepas. Jika tuan ingin bantuan maintain laman web, kami sedia membantu. Ingat..kami bukan along, kami cuma nak tolong." Ini sebagai menghargai dan mengsyukuri ilmu Allah ini.

Semoga diberkati..Amin.

Tuesday, November 13, 2007

Belajar buat web - subjek kedua akhir PPJIT

Salam dunia bersih

Hari ini dan semalam, aku menyambung pengajian kursus PPJIT (Program Peralihan Juruteknik IT) untuk subjek Pembangunan Web selama 5 hari. Berikut adalah koding HTML yang aku sedang main-main belajar:-



Selepas ini kami akan menggunakan web editor iaitu Macromedia Dreamweaver untuk membangunkan sebuah laman web. Lebih senang dari menulis koding HTML dengan menggunakan notepad. Aku juga kembali merujuk kepada buku 'Membina Laman Web Pertama menggunakan HTML - langkah demi langkah.' keluaran Venton Publishing yang dibeli pada 12.10.2006, setahun yang lalu.

Sunday, November 11, 2007

Permulaan Pengajian Usuluddin

Kelmarin (10.11.2007), aku telah memulakan pengajian usuluddin di Universiti Malaya di bawah kelolaan UMced. Prof. Madya yang mengajar kami baru pulang dari Mesir setelah terlibat dalam mengendalikan pelajar Malaysia di sana selama beberapa tahun. Kursus yang aku ikuti ini, adalah modul kedua setelah cubaan untuk mendaftar modul pertama gagal kerana kelas telah penuh. Pengajian modul 2 ini terdiri daripada Pemikiran Islam, Akhlak Islam, Asas Dakwah dan Seni Islam.

Hari kelmarin, bermulalah pengajian subjek pemikiran Islam peringkat sijil. Subjek ini membicarakan kepentingan pemikiran dalam Islam dan peri pentingnya pemikiran ini di'set'kan kepada pegangan yang benar. Jika tidak, wahasilnya maka lahirlah para teorioris yang telah tersalah pegangan dan pemikiran mereka sehingga sanggup melakukan pembunuhan yang tidak wajar.

Seterusnya nanti, skop perbincangan subjek ini akan menjurus kepada:
i. Pandangan Islam tentang akal dan kedudukannya.
ii. Pengertian fikir, pemikiran dan pemikir.
iii. Islam: Pengertian dan beberapa konsep berkaitan.
iv. Apakah sebenarnya pemikiran dan siapakah pemikir Islam.

Kami juga disarankan untuk membaca buku Tuan haji mahmud (2000) yang beliau telah terjemahkan ke dalam bahasa melayu. Juga mencari maklumat berkaitan konsep manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Saturday, November 10, 2007

Blog Baru

Salam pengunjung..

Sudah seminggu lebih aku tidak mengemaskini blog ini. Ini disebabkan aku sudah membuka satu blog baru atas minat terbaru mengenai pertanian. Tujuan blog itu ialah supaya aku dapat menghimpun data-data atau membina database berkenaan pertanian. Sekarang yang menjadi tumpuan aku ialah bidang perternakan kambing. Ini sebagai lanjutan dari kursus penternakan kambing yang telah aku hadiri pada 23 dan 24 Oktober yang lalu di Safira Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang, anjuran Jabatan Veterinar, Seberang Perai Tengah. Blog itu aku namakan zamri-usahatani.blogspot.com

Aku juga bercadang untuk membuka satu lagi blog berkenaan remaja. Ini disebabkan aku mempunyai masalah dengan anak remaja jantan aku. Dengan adanya blog itu nanti aku dapat menyimpan maklumat yang aku jumpa di mana-mana jua di situ. Juga aku ingin berkongsi kaedah dan pendekatan yang akan digunakan untuk mengatasi masalah anak remaja masa kini. Dengan menjadikan anak-anak aku sebagai model.

Friday, November 02, 2007

Dukacita

Hari ini secara rasminya, aku mengetahui keputusan temuduga kenaikan pangkat ke jawatan eksekutif yang dipohon pada bulan Jun yang lalu. Jawapannya DUKACITA. Kandungannya.."setelah diberi penilaian yang sewajarnya, dukacita dimaklumkan bahawa tuan telah tidak berjaya di dalam temuduga tersebut. Walau bagaimanapun saya berharap ini tidak akan mematahkan semangat tuan untuk menyumbang kepada kecemerlangan syarikat kita dan saya berkeyakinan bahawa tuan akan terus memberi khidmat dan sumbangan yang bernilai kepada syarikat." Kata aku" semangat tak patah tapi hati yang patah."

Ini adalah kali kedua aku memohon jawatan ini. Kali pertama jawatan sebagai Jururunding Dalaman itu pada bulan Julai 2006,diiklankan di laman intranet syarikat untuk Jabatan PQM (Pengurusan Kualiti dan Produktiviti) dan kali ini kekosongan untuk jawatan umum sebagai Pegawai Tadbir di berbagai jabatan. Ini menjadikan aku sudah hampir dua tahun 'menganggur'. Kali ini juga, semacam operasi isi penuh dijalankan oleh pihak HR (Sumber Manusia). Ramai calon yang dipanggil. Apakan daya..

Aku sedang melayan kekecewaan ku sekarang. Seperti kebudak-budakan aku telah tidak hadir ke kelas CIUC yang sedang aku ikuti sekarang. Dan bercadang untuk menamatkan saja pengajian ini atas alasan kewangan dan keboringan. Tapi aku masih memikirkan alternatif yang lain. Sayangkan..sudah semester 5 dan tinggal lagi 2-3 semester untuk ditamatkan.

Walau bagaimanapun, aku juga telah menerima tawaran untuk memulakan pengajian Usuluddin peringkat sijil di UM, kelmarin. Juga, selepas solat Jumaat siang tadi, aku telah pun bank-in duit yuran sebanyak Rm250 ke CIMB. Pendaftaran dari 5 - 10 November dan kuliah pertama pada 10 November ini. Aku memulakan pengajian dengan modul 2 dulu disebabkan modul 1 telah penuh. Modul 2 terdiri daripada 4 subjek..Pemikiran Islam, Akhlak Islam, Asas Dakwah dan Seni Islam. Moga-moga ilmu ini diberkati olehNya dan aku menemui apa yang dicari selama ini. Semoga aku dapat menamatkan pengajian ini yang berjumlah 3 modul semuanya. satu modul pengajian selama 4 bulan dan dijangka setahun untuk 3 modul ini. Selepas itu, bolehlah aku menyambung pengajian peringkat diploma dan seterusnya peringkat master.