Thursday, November 27, 2008

Tiada esok bagiku

Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari..

Telah lama perkara ini mengganggu difikiranku, sejak dari kawan yang memulakan pengajian Masternya, tiba-tiba mengatakan pengajiannya sekular pulak. Dan kebanyakkan orang, juga ada dari kalangan Jemaah Dakwah pun mengatakan ini kerja dunia(kerja cari makan untuk hidup), maka aku pun tidak ingin menyambung kalimah di atas. Jika kita menganggap kerja kita ini kerja dunia dan hanya kerja yang bersangkutan dakwah dan ibadat sebagai kerja akhirat, bagaimana dengan pekerjaan mencari nafkah (kerja dunia) itu. Tiada pahala atau tidak jadi ibadatkah?

Bagaimana pulak dengan pengajian sekular itu, tidak jadi ibadatlah. Sebab mengaji ilmu sekular. Hanya mengaji ilmu tentang agama yang jadi ibadat? Maka sia-sialah perbuatan kita itu, tidak jadi ibadat. Sedangkan semua amalan perbuatan seharian yang berlandaskan syariah, patut dikira sebagai ibadat dan memungkinkan kita mendapat pahala atau balasan baik dariNya.

Mungkin Ustazah Al-Bazrah(http://albazrah.blogspot.com/2007/11/seminggu-di-uitm.html ) ini dapat menjawabnya..

Kerana pernah ditulisnya begini..

"Komputer Engineering yang Faiza ambil itu sebenarnya ilmu Allah. Bidang yang sebenarnya limpahan dari al-Quran. Faiza diberi amanah oleh Allah...untuk memahami bidang komputer ni. Akak tidak tahu apa-apa pasal ni. Faiza mesti jaga baik-baik amanah ini. Sebab nanti di akhirat Allah akan tanya, ke mana usia mudamu telah dihabiskan. Allah akan tanya tentang amanah bidang komputer engineering yang Faiza ambil ini. Kalau Faiza jaga baik-baik amanah ni.... Faiza akan masuk syurga Allah dengan mudah.

"Faiza solat tak?""Solat, tapi tak cukup.""Jaga solat... Allah akan jaga Faiza. Di depan kita ada dua jalan. Terserahlah Faiza nak jalan yang mana. Kalau Faiza nak berjaya, dunia dan akhirat tentu Faiza akan guna akal yang diberi dan keluar dari comfort zone yang Faiza duduk sekarang.""Akak, tapi saya tak dapat faham malah tak suka dengan pelajaran saya. Saya susah nak solat subuh.""Faiza, semua mata pelajaran yang kita belajar tu makhluk Allah juga. Cuba Faiza timbulkan rasa "love". Kalau Faiza pegang buku, peganglah dengan penuh rasa cinta. Mula dengan bismillah dan doa. Walau bagaimana tak suka pun, berdoalah supaya Allah kurnia rasa suka.""Kalau Faiza mula memberi rasa cinta kepada ilmu, Faiza akan dapati, ilmu itu juga cinta kan Faiza."

Dan lagi..

"So, selama ni akak belajar tu akak sincere lah ye? Eee pelik lah akak ni…”
“Itu akak tak tahu, tetapi kita mesti ingat, menuntut ilmu itu berpahala. Tidak ada suatu agama pun dalam dunia ni selain Islam yang kata mencari ilmu itu menjadi ibadat. Hanya agama kita, Islam. Mencari ilmu sangat disuruh dalam agama…berpahala”.

“Kalau kita tahu hadith Nabi SAW yang kata setiap penuntut ilmu itu akan didoakan oleh seluruh makhluk, rumput-rumput akan beristigfar kepadanya…dan imagine semua zarah mendoakan kita…tidak kah kita rasa gembira untuk terus mencari ilmu. Untuk berjalan pergi ke sekolah dan universiti.”


Oleh kerana itu aku mahu setiap pekerjaan dan tingkah laku hari ini sebagai ibadat, tiada kerja dunia dan tiada pengajian sekular. Semuanya dituntut oleh Allah Taala untuk aku melakukannya dan dikira ibadat. Ditambah ekstrimnya aku, maka pin no bank pun telah aku berikan kepada isteriku, seolah-olah aku akan mati keesokkan harinya. Semua kerja-kerja disiapkan dan difail dengan kemas bagi memudahkan kawan-kawan untuk mengambil-alih. Jika ada kerja yang tertangguh dimasukkan dalam fail KIV untuk mereka lain menyambungnya.

Wasiat pun telah ditulis dalam diari sebelum tidur dan juga user serta password untuk blog ini. Moga-moga nanti sesiapa dapat menyatakan bahawa pengendali blog ini telah tiada lagi di dunia ini.

Wednesday, November 26, 2008

Ba Alif Ba Ya

Telah dua kali aku berselisih dengan lori yang membawa binatang ini. Cuba aku memintasnya tapi kemudian kembali dipintas dan kemudian terpaksa membiarkan ia berlalu pergi. Di samping baunya yang tidak terperi.

Aku kembali menginsafi diri. Kerna apa aku ditemukan dengan binatang ini. Kemudian baruku sedari, rupanya terkadang dalam aku melepaskan tekanan diri perkataan binatang ini aku keluarkan.

Astagfirullah halla’zim..moga taubatku diterima tuhan.

Monday, November 17, 2008

'Turning Point'

Semalam pulang dari kerja lebih masa dan tidur saja hingga petang. Walau ada cadangan untuk bangun solat Asar di masjid, keletihan mengatasi segalanya. Aku bangun jam 6 lebih. Malamnya solat Maghrib dan Isyak di masjid. Lepas maghrib cuba menghidupkan kembali taqlim bacaan hadis di rumah. Aku membaca fadhilat(kelebihan amal) mengenai solat dan bacaan Quran, semuanya tiga tiga hadis. Tapi taqlim ini secara berseorangan sahaja, dengan suara yang dikuatkan. Ahli keluarga lain tidak ingin pun menyertai walaupun diajak bersama. Tidak mengapa, ini baru permulaan. Kemudian sibongsu datang duduk sekejap.

Sekarang aku cuba menghidupkan amalan sembahyang lima waktu secara berjemaah di masjid. Keutamaan aku ialah pada solat subuh berjemaah. Bermula dari hari Selasa lepas, dua kali aku berjaya dan sekali aku gagal dan kembali dua kali berjaya dan sehingga pagi ini, dua kali aku gagal. Walau pun hari Sabtu aku mendapat markah penuh dan ditambah lagi dengan dapat hadir perhimpunan malam mingguan buat pertama kalinya. Tapi hari berikutnya aku gagal untuk bangun solat berjemaah di masjid. Ini membuatkan aku kehairanan dan tertanya-tanya kenapa aku tidak dapat bangun untuk solat subuh berjemaah di masjid. Adakah aku sudah berpuashati dengan prestasi pada hari sebelumnya. Atau aku terlepas cakap atau tersilap cakap. Aku meneliti setiap amalan dan perbuatan, juga apa yang terlintas di hati.

Sebelum tidur pada malam Ahad, aku sempat membuat solat sunat witir 2+1 rekaat. Kemudian berdoa dan menangis kerana sedih atas nasib yang menimpa anak nombor tiga yang tidak berjaya mendapat 5A atau sekurang-kurangnya 4A+1B dalam UPSR 2008. Mungkin ada silapnya amalan di situ atau sebelumnya aku menalipon kawan di Kulim yang anaknya berjaya mendapat 5A UPSR. Dulunya satu kelas dengan anak aku di sana.

Atau aku tersilap cakap mengenai kawan yang seorang ini dan mungkin boleh dikategorikan mengumpat. Tafsiran mudah mengenai mengumpat pada kefahaman aku ialah apa yang kita cakap mengenai seseorang dibelakangnya dan jika bercakap di depannya dia marah.

Tentu aku sendiri ingin merekodkan permulaannya titik perubahan dalam diri ini. Keazaman yang muncul untuk bangun awal dan bersolat subuh berjemaah di Masjid timbul setelah aku membaca buku ini. Diterima pada 4 November 2008 lepas dan seminggu kemudian baru dapat aku memulakan apa yang disarankan. Aku tidak ingin mengulas mengenai buku ini samada memuji atau membuat komen. Cuma aku ingin beramal dengan apa yang disarankan oleh penulis ini.

Dan itulah permulaannya iaitu bangun awal untuk solat subuh berjemaah di masjid secara istiqamah dan diawalkan bangun lagi untuk menghidupkan amalan dan sembahyang di 2/3 akhir malam. Tidak ingin juga aku menyebut nama buku ini kerana takut nanti penulisnya menemui blog ini pula dan nanti akan membawa ramai orang ke sini. Cukuplah gambarnya sebagai ganti.

Telah satu muka surat MS word aku tulis dan akhirnya aku masih menghimpunkan kekuatan di atas baki usia(40 an) dan sisa tenaga untuk menuju dan menemui Maha Pencipta diri. Dengan keyakinan dan amal yang dirasakan mencukupi dan kemudian menafikan segala-galanya dan hanya mengharapkan rahmatNya buat kembali menduduki syurga yang kekal abadi dan dapat melihat wajahNya di sana nanti. Ada manusia yang dapat masuk syurga tapi tidak dapat melihat wajah Allah di sana dan tangisan kekesalan mereka kerana tidak dapat melihat tuhan mereka lebih dahsyat dari mereka yang diseksa dalam api neraka.

Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon dan mengharap simpati dan aku tiada mempunyai apa daya dan upaya melainkan apa yang kau izinkan ke atasku.

Friday, November 14, 2008

Mari Buat Bisnes Buku

Bagaimana Membuka Bisnes Mengedarkan dan Menjual Buku-buku PTS

Untuk memulakan hubungan niaga dengan PTS, kami hanya memerlukan sijil perniagaan bagi memastikan bahawa sesuatu perniagaan telahpun dijalankan dan sebagai rekod pengarkiban pelanggan. Setelah itu, barulah satu sub-account pada sistem pengkalan data PTS diwujudkan atas nama syarikat peniagaan tuan. Tiada deposit yang dikenakan bagi agen jualan baru dibawah terma C.O.D (cash on delivery).

Bagi pembekalan buku secara kredit, hanya agen penjualan tertentu akan ditawarkan akaun secara kredit. Lazimnya hanya melibatkan agen jualan yang menunjukkan konsistensi rekod jualan tahunan dan mengamalkan ciri-ciri perniagaan yang baik dan sihat. Tiada deposit yang dikenakan, tapi beberapa proses penandatangan kontrak dan butiran-butiran lanjut mengenai perniagaan diperlukan.

Disertakan di bawah ini, berkenaan butiran terma dan syarat pembelian buku-buku PTS untuk agen jualan baru:

Terma: C.O.D (cash on delivery)
Diskaun dagangan: 35% (atas harga kawasan Semenanjung Malaysia)
Penghantaran: Penghantaran adalah percuma ke seluruh kawasan Semenanjung. Tapi di kawasan Malaysia Timur, kos penghantaran adalah atas tanggungan pihak tuan.

Rujukan Lanjut : http://universitipts.com/index.php/site/comments/bagaimana_membuka_bisnes_mengedarkan_dan_menjual_buku_buku_pts/