Thursday, November 27, 2008

Tiada esok bagiku

Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari..

Telah lama perkara ini mengganggu difikiranku, sejak dari kawan yang memulakan pengajian Masternya, tiba-tiba mengatakan pengajiannya sekular pulak. Dan kebanyakkan orang, juga ada dari kalangan Jemaah Dakwah pun mengatakan ini kerja dunia(kerja cari makan untuk hidup), maka aku pun tidak ingin menyambung kalimah di atas. Jika kita menganggap kerja kita ini kerja dunia dan hanya kerja yang bersangkutan dakwah dan ibadat sebagai kerja akhirat, bagaimana dengan pekerjaan mencari nafkah (kerja dunia) itu. Tiada pahala atau tidak jadi ibadatkah?

Bagaimana pulak dengan pengajian sekular itu, tidak jadi ibadatlah. Sebab mengaji ilmu sekular. Hanya mengaji ilmu tentang agama yang jadi ibadat? Maka sia-sialah perbuatan kita itu, tidak jadi ibadat. Sedangkan semua amalan perbuatan seharian yang berlandaskan syariah, patut dikira sebagai ibadat dan memungkinkan kita mendapat pahala atau balasan baik dariNya.

Mungkin Ustazah Al-Bazrah(http://albazrah.blogspot.com/2007/11/seminggu-di-uitm.html ) ini dapat menjawabnya..

Kerana pernah ditulisnya begini..

"Komputer Engineering yang Faiza ambil itu sebenarnya ilmu Allah. Bidang yang sebenarnya limpahan dari al-Quran. Faiza diberi amanah oleh Allah...untuk memahami bidang komputer ni. Akak tidak tahu apa-apa pasal ni. Faiza mesti jaga baik-baik amanah ini. Sebab nanti di akhirat Allah akan tanya, ke mana usia mudamu telah dihabiskan. Allah akan tanya tentang amanah bidang komputer engineering yang Faiza ambil ini. Kalau Faiza jaga baik-baik amanah ni.... Faiza akan masuk syurga Allah dengan mudah.

"Faiza solat tak?""Solat, tapi tak cukup.""Jaga solat... Allah akan jaga Faiza. Di depan kita ada dua jalan. Terserahlah Faiza nak jalan yang mana. Kalau Faiza nak berjaya, dunia dan akhirat tentu Faiza akan guna akal yang diberi dan keluar dari comfort zone yang Faiza duduk sekarang.""Akak, tapi saya tak dapat faham malah tak suka dengan pelajaran saya. Saya susah nak solat subuh.""Faiza, semua mata pelajaran yang kita belajar tu makhluk Allah juga. Cuba Faiza timbulkan rasa "love". Kalau Faiza pegang buku, peganglah dengan penuh rasa cinta. Mula dengan bismillah dan doa. Walau bagaimana tak suka pun, berdoalah supaya Allah kurnia rasa suka.""Kalau Faiza mula memberi rasa cinta kepada ilmu, Faiza akan dapati, ilmu itu juga cinta kan Faiza."

Dan lagi..

"So, selama ni akak belajar tu akak sincere lah ye? Eee pelik lah akak ni…”
“Itu akak tak tahu, tetapi kita mesti ingat, menuntut ilmu itu berpahala. Tidak ada suatu agama pun dalam dunia ni selain Islam yang kata mencari ilmu itu menjadi ibadat. Hanya agama kita, Islam. Mencari ilmu sangat disuruh dalam agama…berpahala”.

“Kalau kita tahu hadith Nabi SAW yang kata setiap penuntut ilmu itu akan didoakan oleh seluruh makhluk, rumput-rumput akan beristigfar kepadanya…dan imagine semua zarah mendoakan kita…tidak kah kita rasa gembira untuk terus mencari ilmu. Untuk berjalan pergi ke sekolah dan universiti.”


Oleh kerana itu aku mahu setiap pekerjaan dan tingkah laku hari ini sebagai ibadat, tiada kerja dunia dan tiada pengajian sekular. Semuanya dituntut oleh Allah Taala untuk aku melakukannya dan dikira ibadat. Ditambah ekstrimnya aku, maka pin no bank pun telah aku berikan kepada isteriku, seolah-olah aku akan mati keesokkan harinya. Semua kerja-kerja disiapkan dan difail dengan kemas bagi memudahkan kawan-kawan untuk mengambil-alih. Jika ada kerja yang tertangguh dimasukkan dalam fail KIV untuk mereka lain menyambungnya.

Wasiat pun telah ditulis dalam diari sebelum tidur dan juga user serta password untuk blog ini. Moga-moga nanti sesiapa dapat menyatakan bahawa pengendali blog ini telah tiada lagi di dunia ini.

No comments: