Wednesday, July 27, 2011

Rahsia Lelaki 2011

Ubat dan herba yang patut ada...



Friday, July 22, 2011

Tiada Alasan

Dipetik dari buku ini :

Kejayaan membebaskan diri daripada alasan samalah seperti kita bebas dan sembuh daripada serangan kanser. Orang yang sentiasa dengan alasan sebenarnya telah diserang kanser alasan. Dengan perlahan-lahan, kanser alasan akan melemahkan keupayaan kita untuk berfikir dan melumpuhkan badan kita untuk bertindak. Kanser alasan adalah penyakit berangkai yang datang bersama kanser kemalasan. Kanser alasan dan kanser kemalasan, itulah pembunuh utama kejayaan manusia.


Kita ada sejuta alasan untuk gagal, tetapi satu alasan sudah cukup untuk berjaya. Alasannya, kita tiada alasan untuk gagal. Kita ada sejuta alasan untuk gagal, tetapi tiada satu pun yang layak menjadi alasan yang terbaik. Jangan berdalih lagi untuk berjaya. Kegagalan bermula dengan alasan dan kejayaan bermula dengan tindakan. Mari bertindak dan menuju kejayaan.

Thursday, July 21, 2011

Hidup sederhana


Menggunakan hati yang sederhana dalam menatap, melangkah, dan memaknai kehidupan merupakan sebuah tindakan yang bijaksana bagi meraih tujuan hidup yang sebenarnya itu sendiri. Hidup ini mudah sahaja jika kita menggunakan hati yang sederhana, namun akan menjadi rumit jika menggunakan parameter yang rumit tergantung mana yang kita akan dipilih. Berikut ilustrasi yang menggambarkan berputarnya sebuah proses mengenai tujuan hidup.

Seorang pelancong sedang bercuti dan memancing di sebuah Teluk Kecil di Pantai, saat itu sebuah sampan kecil merapat. Di dalam sampan terdapat ikan-ikan tuna yang besar. Sang pelancong memuji hasil tangkapan itu dan bertanya, perlu berapa lama untuk menangkapnya.

Sang nelayan “ Cuma sebentar sahaja tuan”

Pelancong “Mengapa ia tidak memancing lebih lama supaya dapat ikan lebih banyak”.

Sang nelayan “Ia memerlukan cukup waktu untuk urusan keluarganya”.

Pelancong “Jadi waktu anda dihabiskan untuk apa saja ?”

Sang nelayan, “Saya tidur larut malam, cari ikan, bermain dengan anak, kemudian bercengkrama dengan isteri. Waktu lain waktu malamnya saya bersosialisasi sambil bernyanyi dan main gitar dengan teman–teman, waktu saya penuh dan cukup sibuk”.

Pelancong ” Saya MBA lulusan Harvard, saya dapat menolong anda. Anda harus meluangkan lebih banyak lagi waktu untuk mencari ikan, dengan cara itu anda dapat membeli sampan yang lebih besar. Dari sampan yang besar, anda dapat membeli beberapa buah lagi sampan. Akhirnya, anda akan punya satu armada penangkap ikan!. Disamping menjual hasil tangkapan, anda bahkan boleh membua kilang memprose ikan, jadi anda menguasai mulai dari pegeluaran, pemmrosesan, dan pengedarannya. Anda tidak perlu tinggal di desa nelayan di Pantai ini, dan pindah ke bandar besar. Dimana anda dapat melebarkan bisnes kerajaan anda.

Sang Nelayan “Untuk itu perlu waktu berapa lama, tuan?”

Pelancong ” Sekitar 15-20 tahun lebih kurang”

Sang Nelayan ” Tapi setelah itu apa, tuan ?”

Pelansong ” Inilah masa yang terbaik, pada saat yang tepat anda jual perusahaan ke bursa saham, jadilah anda kaya raya, anda boleh jadi jutawan”.

Sang nelayan ” Jutawan, tuan ? Lalu apa? “

Pelancong ” Kemudian anda boleh pencen dan tinggal di desa nelayan kecil dimana anda boleh tidur larut malam, memancing ikan, bermain dengan anak cucu, bercengkerama dengan kerabat dan istri, dan lain waktu malamnya anda boleh bersosial dengan teman sambil bermain gitar”.

Sang Nelayan ” Ah ! Itu kan yang saya lakukan sekarang mister, si nelayan menjawab sambil tersenyum . . Hidup itu mudah, tuan!!….

Kemakmuran kadang-kala bukan diukur dari harta yang kita miliki, tetapi dilihat dari hal dan kebahagiaan yang tidak boleh dibeli dengan wang. Hidup yang wajar, tidak bererti perlu kaya raya dan berharta, kerana belum tentu membuat orang bahagia. Hanya dengan beriman melalui jalan Tuhan kita dapat temukan kebahagiaan tersebut. Menapak dan memaknai hidup dengan hati yang sederhana akan lebih memudahkan kita untuk meraih tujuan hidup yang sebenarnya.

Thursday, July 07, 2011

Pendekar Malaysia Pertama 2011

Tahniah..setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Guru.
Semoga ilmu yang pernah diajari diberkati Allah dan kekal abadi.