Friday, February 13, 2009

Skema

Budak-budak sekarang benci pada benda yang skema ini. Jika kita menyuruh mereka mengikut peraturan atau tatasusila dikatakan skema. Mereka mahu ’fancy’ atau lepas bebas, berpakaian, berambutan dan yang melampau lagi memakai kasut ke jamban@selipar pada tempat yang tidak sepatutnya, inilah kehendak mereka.

Wahai anak-anakku, jika kamu tidak mahu skema pun hendaklah kamu berprinsip. Nanti tidaklah kamu akan jadi macam katak, lompat ke sini dan balik ke sana. Berprinsip di sini bermaksud berpegang kepada agama (pun banyak alirannya, salafi, sufi dsb). Jika rambut kamu sudah diwarnakan, bagaimana kamu mahu berhadas besar dan seterusnya bersolat? Bagi kamu sebagai lelaki ’mancho’ (perkataan tidak skema), tiap-tiap minggu kamu akan mimpi basah dan bagi perempuan yang akil baligh pulak, seminggu dalam sebulan kamu akan berhaid dan ini memerlukan kamu mandi hadas.

Aku tulis ini bukan kerna nama tapi inilah yang menganggu dibenak fikiranku sejak kebelakangan ini. Semalam pun kawan-kawan bercakap mengenai perkara ini. Dikomplennya budak-budak kat sini(UNI***) yang memakai pakaian tidak skema, ”come on” pakcik makcik, mungkin kamu tidak mempunyai anak remaja yang tidak skema(skema lagi) sebab itu kalian tidak memahami mereka. Di sini pelajar IT memang begitu perangainya, lainlah pelajar bisnes ke, pengurusan ke atau ’lawyer’ terkecuali ahli muzik, apatah lagi pemuzik jalanan atau indie.

Kalau ditanya aku jenis lagu mana, he he.. pun tidak suka skema. Tapi aku berprinsip perlembagaan..eh silap, keagamaan. Kalau ke masjid atau surau atau majlis yang seumpamanya seperti tahlil, aku skema habis. Kadang-kadang mengalahkan tok imam dan para ustaz, berserban pun aku besa. Inilah mungkin antara sebab orang muda tidak mahu ke masjid dan majlis semacam ini, kerana perlu skema(skema lagi), tidak macam solat Jumaat taklah perlu skema, pakai pakaian seadanya sahaja. Lagi pun ramai, siapa nak peduli kau skema atau tidak. Lainlah majlis-majlis lain yang hadir tidak seberapa kerat itu, jika kau tidak skema, kau dipandang macam makhluk asing oleh orang masjid terkecuali aku. Melampau lagi jika kamu memakai t-shirt gambat ct atau artis indie kegemaran kamu,itu sudah melampau tahap gaban@kurang ajar.

Sekian dulu cite(perkataan tidak skema) skema ini, lain kali sambung lagi. Tulisan ini pun, ayatnya agak skema berbanding dengan bro hcj..orang muda tak suka ni.

Pss..Cikgu baru kami pun skema, semalam minta ’delay’ hantar tugasan vb.net tak diberi. Dua tugasan perlu dihantar dalam seminggu, aduss..serabut. Udah le, tugasan kena ikut skema stail APA pulak?

Nota:
1. dsb = dan sebagainya.
2. APA = ”American Psychological Association”

1 comment:

[mohamadtahir] [mz] said...

pssstt...:) kdg2 kena ikut rentak org sebelum twist depa.... strategi kena tepat!! ayat kena sedap... sb silap2 depa twist balik... hehe bijak2...

zaman dh berubah namun agama xkn berubah tp pendekatan tu mengikut keadaan... wahh mcm aku terrer plak!! huhu apa2pn aku sedang malah akan melalui keadaan dan suma tuuu nti...