Sunday, May 25, 2008

Jika jiwaku tidak tenang

Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada Ibn Mas'ud, seorang sahabat Nabi yang faham benar mengenai al-Quran, meminta nasihat kepada beliau seraya berkata: "Wahai Ibn Mas'ud, berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak tidur pun tak nyenyak."

Maka Ibn Mas'ud pun menasihatinya dengan katanya: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau mencari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat menyembah Allah seperti pada waktu tengah malam di mana manusia sedang nyenyak tidur, engkau bangun solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.

Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini maka engkau minta kepada Allah agar diberikan-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu.

Selepas orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibn Mas'ud itu. Dia mengambil air sembahyang kemudian diambilnya al-Quran terus dia baca dengan hati yang khusyuk. Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali jiwanya menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang tanpa kesan.

Petikan dari Ulul Albab: Al-Quran kitab petunjuk serba lengkap Berita Minggu (Agama) 240508
Oleh Abdurrahman Haqqi
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20080524220006/Article

Friday, May 23, 2008

Bisnes buku : Komen dan jawap Sifupts

Sumber : //universitipts.com/index.php/site/comments/margin_keuntungan/

Thursday, May 22, 2008

Tip Survival Penerbit: Buku Kategori Apa Paling Menguntungkan

Jika saudara hendak menjadi penerbit, sebaiknya saudara buat kajian pasaran kategori buku apa yang saudara mahu terjuni.

Soalan ini adalah paling asas: Buku kategori manakah yang lebih menguntungkan dari sudut bisnes?

Lain jenis buku, lain gelagatnya dalam pasaran.
Sebagai contoh, jualan buku-buku remaja PTS sangat tinggi dari sudut jumlah unit yang terjual. Banyak judul novel remaja PTS dicetak 5 ribu naskhah setiap kali cetak.
Tetapi, buku-buku untuk bacaan remaja dibeli menggunakan wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa, oleh itu harganya tidak boleh terlalu mahal. Justeru, margin keuntungan buku-buku remaja adalah nipis.

Yang paling nipis margin keuntungannya adalah buku untuk kanak-kanak. Ibu bapa mempunyai persepsi buku kanak-kanak tidak patut mahal. Inilah faktor yang menyebabkan kita perlu menjual puluhan ribu unit bagi setiap judul buku kanak-kanak.

Dari sudut keuntungan, buku-buku bacaan dewasa lebih menguntungkan walaupun jumlah unit jualannya lebih rendah. Orang dewasa sudah bekerja oleh itu mereka mampu membayar lebih bagi buku yang mereka suka. Buku-buku agama adalah jenis buku yang paling banyak dibeli oleh pembaca dewasa.

Namun, yang paling menguntungkan adalah buku-buku profesional kerana golongan yang membeli buku-buku itu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.
Buku "Change!" ini dijual pada harga RM55 di Semenanjung dan RM58 di Sabah dan Sarawak. Buku ini adalah buku motivasi harga-mahal yang isi kandungannya ditargetkan kepada golongan pembeli profesional yang bercita-cita tinggi mahu naik cepat di tangga kejayaan.
Keuntungan daripada menjual 2000 naskhah buku profesional adalah sama banyak dengan menjual 10,000 naskhah buku remaja, dan sama banyak dengan menjual 30,000 naskhah buku kanak-kanak.

-------------------------------------------Nota Kuliah:
ainon@pts.com.my Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam Kategori/Fakulti : (2) Diskusi Kuliah Permalink

Komen:

Zamri Mohammad on 05/22 at 09:34 AM
Salam puan,
Nisbah keuntungan 2:10:30 untuk buku profesional, remaja dan kanak-kanak ini untuk penerbit sajalah. Pengedar buku tetap mendapat diskaun 35% untuk semua jenis kategori buku, bukankah begitu?
Saya sudah tidak sabar lagi untuk memulakan bisnes buku berpandukan fakta ini.
Zamri Seremban.

Jawab:
Puan Ainon Mohd. on 05/22 at 03:55 PM
Sdr. Zamri Seremban,
Adalah tidak benar bahawa pengedar mendapat diskaun 35% bagi semua kategori buku. Dalam industri buku kanak-kanak yang belum pandai membaca, sebagai contoh buku belajar menulis, buku mewarna, buku belajar mengeja, buku belajar mengira, rata-rata pengedar meminta lebih daripada 50%. Malah ada pengedar yang meminta sampai 70%.

Monday, May 19, 2008

Biar hati jadi tasik, jangan jadi gelas

Sumber : MIDI 01/04/08


Seorang guru Sufi melihat anak muridnya sedang bersedih lalu bertanya; ”Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah syukur mu?”

Jawab murid itu, ”Sejak kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Sukar untuk saya tersenyum. Masalah datang bertimpa-timpa,”. Sang Guru tersenyum lalu berkata;”Nak, ambil segelas air dan dua gengam garam, bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.” Dan si murid melakukan seperti yang disuruh. ”Ambil garam tadi dan masukkan ke dalam gelas itu,” kata Sang Guru. ”Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.” Si murid melakukannya dan wajahnya berubah kelat.

”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru. ”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid. Sang Guru ketawa dan berkata. ”Sekarang, ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke sebuah tasik lalu menyuruh si murid taburkan segenggam garam dan tanpa membantah si murid melakukannya. ”Sekarang, cuba kau minum,” kata Sang Guru.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik lalu meminumnya. Terasa sekali betapa air tasik yang dingin dan segar mengalir di tekaknya lalu sekali gus menghilangkan rasa masin air yang diminum dari gelas tadi. Sang Guru bertanya ”Bagaimana rasanya?”

”Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelapkan bibirnya dengan tangannya. ”Terasakah rasa garam yang kau taburkan tadi?” soal Sang Guru. ”Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu minum sampai puas.

”Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.”Segala masalah dalam hidup ini seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang hidupmu sudah dikadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu sahaja, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan. ”Tapi Nak, rasa ’masin’ dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada besarnya ’qalbu’(hati) yang menampungnya. Justeru, supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas. Jadikan ’qalbu’ dalam dada mu itu sebesar tasik.”

Thursday, May 15, 2008

Sudah Daftar Kursus Bengkel Penulisan Islamika


Friday, May 09, 2008


Notis! Sabtu 7 Jun 2008 Bengkel Projek ISLAMIKA


PTS ISLAMIKA akan mengadakan bengkel penulisan seperti di bawah:
(i) Buku-buku dalam siri "Islamika Buat Si Kecil"
(ii) Buku-buku dalam siri "Islamika Buat Si Remaja"


Tarikh: SABTU 7 Jun 2008
Tempat: Sekolah al-Ikhlas Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Masa: 10 pagi - 12 tengah hari.


Daftar di sini. Tulis nama, emel dan nombor HP.


Wednesday, May 07, 2008

OCS Menuju Puncak Angsi

Oleh : Nazril Izham Nor Azmi

Pada 3 may 2008 yg lepas, Unit OCS di CoIT, telah menganjurkan satu dakian ke Gunung Angsi. berikut adalah catatan perjalanan ...

7am - kami berkumpul di CoIT dan bertolak sejam kemudian dgn menaiki bas setelah semua peserta tiba. Lebih kurang jam 9.30am - rombongan tiba di Kawasan Perkelahan Ulu Bendul, setelah bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Unit Operasi, kami bertolak ke route Warong lebih kurang 2km sebelum kawasan perkelahan tersebut.

Selepas sesi penerangan, lebih kurang jam 10.05am kami memulakan dakian dengan dakian yang agak curam. Dengan bantuan En. Zamri dari DNIM sebagai penunjuk arah, En. Sollahuddin dari RMR dan En. Nah Wan dari Jabatan Kejuruteraan. 30 minit dakian yang pertama agak mencabar kerana dakian yang agak curam. Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan melalui trek balak sehingga sampai ke puncak yang pertama.

Kami mengambil peluang untuk berehat sekali lagi kerana selepas ini kami akan melalui trek yang agak mencabar. Setelah berehat, kami memulakan perjalanan semula dengan menuruni bukit sebelum mula mendaki semula menuju ke puncak Gunung Angsi yang berada pada ketinggian 825 meter. Pelbagai dugaan dan cabaran dilalui, Alhamdullilah semuanya selamat tiba di puncak dengan kumpulan pertama tiba lebih kurang jam 12.30tengahari dan yang terakhir tiba 30minit kemudian.

Selepas hampir sejam berehat, menjamu selera sambil menikmati pemandangan, kami memulakan semula perjalanan menuruni Gunung Angsi melalui route Ulu Bendul. Perjalanan yang agak sukar dan mencabar menjadikan dakian ini antara dakian yang sukar dilupakan oleh sesetengah pihak.

Tiba di Jeram Kak Lang, kami mengambil kesempatan untuk mandi manda sambil berehat. Air sungai yang sejuk dan deruan air yang agak laju, hampir membuat antara kami melupakan sebentar penat jerih perjalanan turun sebelum sampai ke jeram Jeram Kak Lang.

Selepas mandi manda, kami memulakan langkah semula menuju ke kawasan perkelahan Ulu Bendul. Kami mengakhiri perjalanan kami dengan orang terakhir tiba lebih kurang jam 6.45petang.

Bas yang kami naiki memulakan perjalanan pulang ke CoIT lebih kurang jam 7.45malam dan tiba jam 9malam di CoIT.

Kepada mereka yang mengikuti kembara ini, tuan/puan/cik/adik/kakak/abang/mak/ayah .. "korang semua memang best, hope kita dapat bersama lagi untuk aktiviti seterusnya."

Antara mereka yg terlibat ..
Nazril, Yusri, Shahman, Hafiz - trainee dari UNITEN, Rostam, Khairil, Azahari, Ros Azmir, Kak Dalila, Abang Rosli Limat, Abang Raja DC, Kama-NESE, Azrol, Zanzurina, Isfaruzi, En. Fauzan, En. Zulkifli - DNIM, kawan Cik Zanzurina dari KLCC Holdings kot ..
dan di bantu oleh En. Nah Wan , En. Zambri, En. Sollahuddin - RMR dan En. Jumari.

Menyusul kemudiannya ..
Zamri - DC CoIT, En. Rumaizi dan Cik Naza