Friday, December 24, 2010

Orang tua kena sokong

Orang tua-tua kena beri sokongan bukan diperlekehkan. Tidak usahlah hendak bertelagah dengan orang tua-tua, ikut sajalah apa yang dimahu buat dan perakukan apa yang dikata selagi tidak bercanggah dengah syariat dan undang-undang.

Jika dia bercakap bab politik yang dia sokong, setuju sajalah walaupun kita di pihak sebaliknya. Jika dia mahu buat sesuatu perkara yang dia minat, biar sajalah atau berikan sokongan jika mampu.

Dalam perkara ini, saya menyokong isteri dalam menurut apa yang dikehendaki oleh jiran kami supaya menebang pokok betik dalam kawasan pagar rumah tetapi berhampiran dengan pagarnya. Alasan, akar pokok betik akan merosakkan pagar tembok rumahnya nanti. Walaupun macam tidak masuk akal, tetapi tindakan itu akhirnya akan menyenangkan hati semua pihak kerana berapa minggu selepas itu, jiran ini pun meninggal dunia.

Sekali lagi diulang, bersabarlah dengan orang tua. Layan sajalah, tidak perlu bertelagah.

Tuesday, December 21, 2010

Kau claim je

Bila bos sudah suruh, "kau claim je", apa lagi dapat Den nak buek. Sign je lah..nanti bos jawap. Tapi takut bos lupa atau ingat mazhab sama. Ada staf dia ikut bos, kalau bos kata buat walau langgar syariat, maka dia pun buat.

Den, kalau ragu-ragu Den tak claim. Contoh, pergi ke pejabat lain atas arahan kerja, naik motorsikal. Hendak claim guna milleage apa? Kereta, kerana layak kereta. Tapi naik motorsikal, then Den tidak claim. Ada nak selamat, claim guna teksi.

Tengok masing-masing mazhab..kalau mazhab ahli sufi..then claim betul guna milleage motor, kalau banyak sangat soalannya..tidak payah claim, tamat.

Monday, December 20, 2010

Antara layan tetamu dan solat jemaah di masjid



Di antara kedua ini, mana yang lebih utama. Mungkin ada berkata, ambil jalan tengah iaitu layan tetamu dan kemudian ajak pergi solat jemaah di masjid. Tetapi biasanya, kita melayan tetamu dulu dan kemudian solat jemaah bersama tetamu di rumah.

Masih mencari mana yang utama, kerana pernah terkena kutuk kerana meninggalkan tetamu yang sedang makan untuk pergi solat berjemaah di masjid. Kutukan yang teruk, sehingga diungkitnya orang yang telah meninggal.

Hendak turun ke kafe bawah untuk layan tetamu, walhal cadangan awal untuk solat berjemaah di masjid...masih keliru.

Kemaskini 24.12.2010: Malam ini mahu hadir sekeluarga untuk mendengar ceramah Prof MKI di Masjid Jamek PD..selepas maghrib.

Tuesday, September 28, 2010

Panggil 999 - Lebuhraya tak clear

Seumur hidup aku, ini adalah kali pertama aku memanggil talian 999. Seingat aku, belum pernah aku menggunakan talian ini. Kejadian ini berlaku semalam, di KM261.2 arah ke Utara, antara Tol Rasah dan Tol Seremban. Seorang penunggang motorsikal Yamaha Lagenda telah terlanggar besi berbentuk V dan tergolek di lorong kecemasan. Oleh kerana aku orang yang mungkin ketiga melalui tempat itu maka dengan spontan berhenti memberikan pertolongan.

Bersama si mamat seorang lagi kami membantu mengangkat mangsa ke tepi, ke atas rumput. Aku kemudian, mengambil besi yang telah dilanggar itu dan meletakkannya di tepi. Kemudian menanya si mamat ini, samada dia tahu number PLUS. Goleng kepala, macam mamat Indon je..cuba try call 999, walaupun masih was-was. Ada orang jawab, memberikan butiran yang diminta. Seorang India telah kemalangan tetapi tidak parah, tangan kanan luka.

Operator 999 tanya nama, no. henpon dan lokasi kejadian, kemudian suruh tunggu sekejap untuk pass line ke hospital. Kemudian orang hospital menjawab dan berjanji untuk hantar ambulan ke lokasi. Beri pesan pada si mangsa dan mamat sorang tu, kata ambulan on the way dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Ingatkan sudah lewat masuk kerja, tapi masih ada lagi masa dalam waktu kecemasan. Untuk makluman, majikan memberi 10 minit selepas jam 8.00 pagi untuk waktu kecemasan. Jadi tidak perlu declare lewat dengan mengisi borang datang lewat.

Sejak 2-3 hari kebelakangan ini, lebuhraya macam tidak selamat. Banyak kesan kemalangan baru dapat dilihat. Ada yang terbabas melanggar divider di tengah dan juga masuk longkang. Mungkin juga ops Sikap sudah tamat tetapi Raya belum habis, tempat kami sebelah selatan sini, khususnya area Seremban rayanya sebulan. Mungkin juga hujan yang asyik turun kebelakangan ini dan juga mungkin orang mabuk makan selepas sebulan berpuasa. Akhirnya, mungkin hantu dan syaitan membalas dendam setelah sebulan kena ikat.

Wallahuakhlam..berhati-hatilah di Lebuhraya. Peringatan untuk diri sendiri dan para pengguna lebuh/jalan raya.

Tuesday, September 21, 2010

Atasi tekanan mental


Petua ini diambil di sini...

Tujuh langkah menangani tekanan mental:

1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan kita
  • Akui kekuatan dan kelemahan diri kita

  • Bersikap positif semasa melakukannya

  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan kita

  • Merasa seronok untuk bekerja

2. Rancang kerja kita

  • Kendalikan masa kita dengan bijak

  • Beri keutamaan pada kerja yang penting

  • Jangan bertangguh

  • Mengagihkan kerja dengan baik

3. Tingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik

  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

  • Ambil tindakan sewajarnya

4. Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

  • Rancang perubahan secara teratur

5. Amalkan komunikasi berkesan di tempat kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

  • Hormati pandangan rakan sekerja kita

6. Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja

  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu kita dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah

  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

  • Luangkan masa kita untuk membantu rakan yang bermasalah

7. Amalkan cara hidup sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam selalu

  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

  • Amalkan nilia-nilai hidup murni dan berpegang teguh pada ajaran agama



Monday, September 20, 2010

Updated gambar profile blog


Setelah sekian lama saya menggunakan gambar gelap yang berlatarkan pemandangan di bangunan pejabat, baru kini dapat dan teringin untuk kemaskini gambar lain. Tetapi, gambar itu pun bukan yang paling terkini. Gambar itu adalah editing dari gambar digital yang digunakan untuk membuat lesen baru. Ini setelah lesen yang ada pada masa itu telah hilang diperjalanan ke tempat kerja pada Disember tahun lepas(2009).


Setelah diedit mengunakan program Microsoft Paint, maka itulah gambar yang dapat dihasilkan. Terkecik la pulak.


Ini mungkin gambar terkini kot..setelah selamat mendarat dari aktiviti 'flying fox' semasa program 'Team Building" kat Janda Baik, Pahang pada bulan Ogos 2010, dua hari sebelum berpuasa.


Friday, September 17, 2010

Terlupa teruk

Hari ini, hari Jumaat tapi entah apa yang menganggu di fikiran saya hampir terlupa untuk solat Jumaat. Waduh, kelupaan yang dasyat. Bila tersedar, jam sudah 1:30 tengahari dan rasanya khutbah Jumaat pun sudah habis. Maka bergerak dari tingkat 5 turun ke bawah dan perlu lagi satu kilometer lebih untuk sampai ke masjid, sempat jugak tumpangkan pelajar yang juga sudah lewat dan sesampai di masjid betul-betul solat Jumaat baru hendak dimulakan. Nasib baik sudah ambil air sembahyang. Teruslah sembahyang.

Cerita balik dari kerja pulak, baru bercadang hendak isi minyak kemudian terlupo la pulak. Sudah ada atas Lebuhraya baru teringat, minyak petrol belum isi. Motorsikal ini, jika minyak ada bawah paras setengah di penanda meter tidak sempat sampai ke RnR Seremban untuk topup minyak pulak. Terpaksa la keluar ke Tol Bangi dan cari Stesen Minyak, kemudian baru ingat lagi belum masukkan duit ke akaun anak, pergi pulak ke Maybank masuk duit anak dulu dan isi minyak dan teruskan perjalanan balik ke Senawang.


Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 43 vs 53




Hari ini, hari Merdeka bersamaan dengan harijadi aku, kurang 10 tahun dari tarikh merdeka. Seperti biasa, jarang sangat famili ini hendak sambut harijadi aku. Cuma si kakak yang mengucap selamat hari lahir, perempuan kan. Tadi petang, sempat aku pergi melawat dia kat Uitm Kuala Pilah dan disamping mengambil slip salinan bayaran yuran pengajian yang telah disahkan.

Risau mengenai kelulusan PTPTN, takut-takut tidak lulus. Aku masih ada hutang dengan PTPTN ini sebanyak RM10k dari pengajian Diploma IT yang masih tertangguh lagi. Tidak tahu bila hendak mula balik, ada pergi jengok kolej cuti Nuzul quran minggu lepas. Daftar subjek untuk kelas semester ini bermula pada 1 September ini. Cadang hendak tukar kursus dari software ke Network, disebabkan tiada kawan untuk kursus ini. Tapi tak jumpa lecturer lagi aka mentor untuk tanya pendapat.

Apa-apa pun nanti updated.

Friday, August 27, 2010

Celcom Broadband prepaid

Salam,

Demi untuk berjimat, guna broadband prepaid ini sajalah. Sekali topup RM20 dapat guna seminggu. Sebelum ini sudah beli modem broadband ini kena RM300 lebih jugak. Konon offer, selepas itu ada offer yang lebih baik lagi. Tapi, bila pergi tanya modem sudah habis. Sekarang ini ada offer lagi, tapi belum tanya lagi. Kononnya RM48 sebulan, ada diskaun lagi RM10.

Alhamdulillah, syarikat beri bonus setengah bulan gaji buat belanja Raya. Bolehlah beli baju raya anak-anak dan belanja belajar sikakak kat Uitm.

Sekian.

Monday, August 09, 2010

Waspadalah wahai Gadis Bawah Umur




Sedang mencari mengenai Akta gadis Bawah Umur dan kemudian jumpa artikel ini. Kesimpulan ringkas, jangan kita tertipu dengan istilah romantis lelaki jenis ini, nanti akhirnya menjadi "Tipah tertipu Bang" atau habis madu sepah dibuang.

Mereka ini, si Jantan Lombok (maaf, tidak layak dipanggil Jejaka) adalah golongan Pedofilia yang suka seks dengan kanak-kanak. Atau Gergasi dari Seberang yang mahu 'makan' kanak-kanak di sini.
Sedarilah, kasih sayang perlu disertakan dengan tanggungjawab. Jangan bila terdesak dan perlu, ambil dan kemudian bila sudah menjadi liabiliti dan tangunggan, buang.

Pesanan untuk diri dan Ibu-Bapa sekalian..berhati-hatilah.

Friday, June 25, 2010

Sensor kebatinan

Sejak mempelajari kebatinan ini, ada dua sensor yang berjaya dirasai setakat ini. Jika kepala pening mungkin tempat itu ada makhluk halus atau ada orang main mandrem(sihir) atau ada benda sihir di situ.

Kalau ada sakit bahu pulak, bermakna ada hajat/amanah orang yang perlu ditunaikan. Contohnya sebentar tadi ada rasa sakit bahu, rupanya kawan berhajat untuk meminta sumbangan bagi meraikan kawan yang hendak bersara. Tunai hajat, legalah sakit bahu.

Juga contoh perawat Islam ini..http://www.urutbatinrawatsihir.com/2010/06/sakit-yang-tiba-tiba-hilang-keajaiban_22.html

Terkini..Hari Sabtu esok 26 Jun 2010, kami sekeluarga akan menghantar anak yang kedua mendaftar masuk ke Uitm Kuala Pilah bagi pengajian Diploma Sains Gunaan. Anak kedua, perempuan..bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Syukur banyak kepada tuhan, PTPTN sudah bagi pendahuluan RM1500, kalau tidak susah jugak hendak cari duit untuk persiapan masuk belajar ini.

Bapanya pun bercita-cita sedemikian juga..cita-cita terkini..tapi doktor perubatan alternatiflah..mungkin boleh gabung refleksologi, Iriodologi dan perawat Islam.

Thursday, April 22, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Hakikatnya

Sumber : http://dairiana.blogspot.com/2010/01/kita-mudah-lupa.html

Antara pendirian teguh perawat yang kena diperakui:

Tiada apa-apa pada ayat atau doa atau Kaedah atau bahan cuma sekadar alat.Tiada apa-apa pada ilmu pengetahuan.ALLAH tidak melihat wajah, pangkat serta kedudukan kita..walaupun kita berlabel dato’. Tok guru, maha guru, sifu atau ‘garpu’…macam-macam lagi “u”.Apa-apa pun seperti mana yang Wak pernah bagitahu sebelum ini, semua itu adalah ‘makhluk’ atau benda mati, hidup kerana dihidupkan oleh ALLAH swt. Doa benda mati, ayat benda mati, ilmu benda mati, tok guru benda mati, Wak benda mati..( lagi-lagi Wak) dan hidup semua ini, doa jadi makbul, ayat menjadi hikmat, tok guru jadi maha guru..semuanya adalah kerana ALLAH. ALLAH BERKUASA kita tiada kuasa

...maka kerana itu janganlah kita angkuh, janganlah kita sombong, dapat sembuhkan budak demam panas kerana sakit chikungunya, mampu menewaskan saka beruang..he!he, boleh merawat kanser, boleh buat teknik peluru berpandu..dan bermacam-macam lagi kelebihan yang tampak dahsyat, dah anggap diri rasa hebat..kalah sifu nu..tak hebat darul tu, sijil kopi O doktor tu..walaupun pangkat dia tok, atau dato’ apatah lagi baru sekadar ustaz..orang macam Wak..hoi!! dah lah tak berpendidikan agama jauh sekali memang tak masuk dalam rekod langsung. Kita mudah lupa…Wak memang pelupa..

( Inilah hakikatnya..kalau sudah tahu hakikat, baru boleh makrifat - Penulis )

Nota : Sebelum ini saya cut & paste menggunakan Ctrl+C dan paste guna Ctrl+V rupanya silap dan tidak menjadi. Sebetulnya guna Ctrl+A dan kemudian Ctrl+V.

Friday, April 16, 2010

Perangi

Peperangan sedang berjalan, taktik dan strategi telah lama diatur. Oh ya sibuk, banyak perkara terjadi kebelakangan ini. Hendak cerita di sini pun rasa tidak mampu. Perang melawan nafsu yang jahat, perang melawan jin dan syaitan dan perang melawan riba. Ini termasuk kuncu-kuncunya jugak.


Perkembangan terkini..lihat gambar di bawah ini..dari CBR150 ke GT128 dan akhirnya LC135. Belum dapat lagi, dalam proses. Terbaik dalam kelasnya. Syukur, doa dimakbulkan tuhan..Alhamdulillah.

Friday, February 12, 2010

Fatihah Empat

Bersempena dengan pagi Jumaat yang mulia ini, maka di sini diperturunkan amalan bersedekah Al-Fatihah kepada empat jenis manusia dan boleh juga jin. Ini adalah amalan sebagai pengisian rohani dan untuk menyucikan hati. Maka guru aku mengizinkan kepada sesiapa jua untuk mengamalkannya dengan seikhlas-ikhlasnya. Tapi untuk aku, Fatihah ke empat yang diniatkan sedekah kepada orang yang mungkin membenci kita telah ditukarkan kepada orang yang menyayangi kita. Tak lalu eh..nak kasi hadiah atau sedekah kat orang yang tak ada pasal mahu benci kita pulak.

Pertama disedekahkan Fatihah itu untuk diri sendiri, keduanya untuk orang yang kita sukai atau cintai, ketiganya untuk orang yang kita mungkin benci atau kurang senang terhadapnya dan keempat(asal) orang yang membenci kita.

Jadi kesimpulannya di sini, banyaklah bersedekah Al-Fatihah ini kepada yang hidup waima kepada yang telah arwah.

Tambahan- jika mahu bersedekah hendaklah dengan setulus hati dan keranaNya(Allah s.w.t) jua. Antara tanda mereka yang tidak ikhlas ialah selalu mengungkitkan amal kebajikan yang telah dibuat.

Alhamdulillah, syukur. Al-Fatihah..marilah bersedekah.

Thursday, February 11, 2010

Kemaskini

Februari 2010 telah 11 hari muncul, aku masih tiada hala mahu di tuju. Hari Isnin dua hari lepas pergi ke Seminar Kontrak Ladang, mahu diajak menyertai Ladang Intergrasi. Gabungan Cili, Pisang dan Nangka, Modal 7400 untuk tiga tahun. Masih memikirkan, walau wangnya tiada. Kertas kerja atau proposal telah diorder jua, RM45 keluar jugak. Nanti dapat kertas kerja, sambung cerita atau jika ada masa.

Kelas pengajian IT masih tertangguh lagi, alasannya tiada pelajar mahu diajak bersaing. Minah rakan sparring pun sudah lari Ke KL, pindah sana dengar khabarnya. Ada kawan mahu belajar Java, bolehlah jadi cikgu pulak.

Masa sudah cukup, nanti sambung lagi..nantilah..masih banyak cerita nih..alam batin..anak..wang..gossip kawan..bisnes car boot..ok.