Saturday, April 26, 2008

Sinarilah lebuhraya anda

Petang semalam, pulangnya dari tempat kerja di atas lebuhraya KL-Seremban selepas persimpangan Nilai, maka terpandanglah apa yang menjadi persoalan selama beberapa hari kebelakangan ini.

Sebelum ini saya dapati ada kerja-kerja menanam kabel di tepi lebuhraya. Maka timbul persoalan ”Nak buat apa tanam kabel kat tepi lebuhraya ni?” . Rupa-rupanya mereka ini sedang menjalankan kerja-kerja untuk memasang lampu jalan. Syukurlah sebanyak-banyaknya. Apa yang dicitakan telah hampir tertunai sudah.

Sebelum ini telah banyak kali saya terpaksa mengharungi kegelapan malam. Ini apabila saja melepasi persimpangan nilai sehingga ke RNR Seremban, kemudian kembali bergelap sehingga ke tol Seremban. Dengan kelajuan antara 90 ke 100 KM/J, menunggang motorsikal pada waktu malam dengan mengharapkan cahaya dari lampu motorsikal saja sangatlah merbahaya. Sampah-sarap seperti kulit tayar lori, besi dan kayu 3 tengah 2 tidak mudah dapat dilihat pada waktu malam dengan jelas.

Dengan terpasang lampu jalan di sepanjang lebuhraya yang menjadi laluan saya ini, risiko kemalangan dapatlah dikurangkan. Terima kasih PLUS.

Maha suci Tuhan yang memudahkan ini(perjalanan atau kenderaan) bagi kami, dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tanpa kurnia dari Engkau. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Tuesday, April 22, 2008

21 PEDOMAN BUAT ISTERI (oleh Jabatan Kaunseling Kekeluargaan JAKIM)

21 PEDOMAN BUAT ISTERI

1.Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari "Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki.
Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubahlelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami
Anda cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda.
Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun,anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4.Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5.Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.
Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6.Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.
Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan.
Kuasa isteri adalah samaada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda.
Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yangmungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda.
Andalah yang patut berubah.

8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apapun.
Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya.
Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu:-
(1) Kehendak Seks dan
(2) Kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukankesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat.
Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda.
Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya.
Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.
Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya.
Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki.
Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14.Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita.
Jika anda berusaha untukmemahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15.Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita.
Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami.
Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya.
Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup.
Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya.
Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Friday, April 18, 2008

Make it perfect wahai bapa.

Inilah istilah yang boleh digunakan untuk menjadi bapa kepada anak-anak remaja sekarang.

Kenapa?
Remaja sekarang (bermasalah) cuba menutup kelemahan diri mereka seperti malas sembahyang dan belajar dengan mencari apa saja kelemahan yang ada pada bapanya untuk dijadikan alasan. Bagaimana bapa dapat menutup kelemahan ini. Jadilah sesempurna yang mungkin.

Persoalannya pula, apakah kesempurnaan itu dan apakah sandarannya. Tentulah amalan agama yang menjadikan seseorang itu sempurna dan inilah sandaranya.

Tidak perlu lebih-lebih pun, cukup sekadar menghidupkan amalan agama dalam diri dan keluarga. Sembahyang berjemaah dengan keluarga sekali-sekala. Sembahyang berjemaah di masjid sentiasa, terutama waktu Subuh dan Isyak. Membaca al-Quran setiap hari, berhiburlah jika mahu dengan alunan zikrullah dan bacaan al-Quran. Dengar nasyid pun jangan. Nonton tv sekadar berita dan isu-isu semasa.

Bacalah doa disetiap aktiviti seperti doa sebelum makan, semasa menaiki kenderaan dan sebelum tidur. Tasbih sentiasa ditangan dan zikirlah dengan dengan zikir yang biasa-biasa sahaja. Tasbih, tahmid, takbir , istigfar dan salawat ke atas nabi SAW sebanyak 100 pagi dan seratus petang. Atau jika mahu boleh ditambah dengan zikir harian Imam al-Ghazali sebanyak seribu sehari itu. Hiduplah seperti waliullah yang tidak tahu marah-marah, kuat bersabar dan sentiasa zikrullah dimulut.

Akhir sekali pesanan untuk diri sibapa ini, jika tidak mahu jadi idola jangan jadi bola.

Wednesday, April 16, 2008

Jualan Pesta Buku 2008: Top 20 Fiksyen Remaja

Tuesday, April 15, 2008

Jualan Pesta Buku 2008: Top 20 Fiksyen Remaja

1. Dear Yayah 4
2. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
3. My Secret
4. Tak Bisa Memilihmu
5. Aku Mahu Buli
6. Melah Melia 2
7. Sarah dan Anting-anting
8. Dua Dunia
9. Impiana II
10. Sekolah Menengah
11. Tabik Cikgu
12. Aku Mahu Popular
13. Kecempreng Man
14. Kembar Terpilih: Di Ambang Maut
15. Dear Ayah 3
16. Shelock Holmes: Perunding Detektif Pertama Dunia
17. Impiana
18. Dear Yayah 2
19. Ini Suatu Cerita
20. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi

Pesta Buku 2008: Top 10 Fiksyen Dewasa

Tuesday, April 15, 2008

Pesta Buku 2008: Top 10 Fiksyen Dewasa

1. Salju Sakinah
2. Tunnels - Terowong
3. Warkah Cinta Berbau Syurga
4. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
5. Laskar Pelangi
6. Syahadat Cinta
7. Sang Pemimpi
8. Edensor
9. Opera Angkasa
10.Tariq: Menang ataupun Syahid

Pesta Buku 2008: Top 12 Buku Agama

Tuesday, April 15, 2008

Pesta Buku 2008: Top 12 Buku Agama

1. Rahsia Islam di Cina
2. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
3. Quran Saintifik
4. Terapi Solat Tahajud
5. Aisyah: Keanggunan Sebenar
6. Mengharap Kasih Sayang Tuhan
7. Hiasi Diri dengan Doa
8. Menjadi Muslim Terbaik
9. Akrab dengan Tuhan
10. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi
11. Biografi Muhammad bin Abdullah
12. Dato' Dr. Harun Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian

Pesta Buku 2008: Top 17 Buku Motivasi dan Umum

Tuesday, April 15, 2008

Pesta Buku 2008: Top 17 Buku Motivasi dan Umum

1. Ahmadinejad
2. Minda Muslim Super
3. 55 Silap Mata Mudah
4. Setengah Berisi Setengah Kosong
5. Motivasi Alihan untuk Pelajar
6. Kaya Dengan Rumah
7. Kerjaya Dalam Bidang ICT
8. Rahsia Bisnes Orang Cina
9. 55 Petua Orang Berjaya
10. Tip-tip Cemerlang Daripada al-Quran
11. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
12. Master Your Mind, Design Your Destiny
13. Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah
14. Petua Orang Cemerlang
15. Rahsia Melabur dalam Unit Amanah
16. Langkah Bestari Isteri Mithali
17. Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Wednesday, March 19, 2008

Petua Mencuci Hati

Petikan dari blog : http://disertasi.blogspot.com/2007/11/petua-mencuci-hati.html

Khamis 29 Nov 2007

PETUA MENCUCI HATI

Oleh : Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah! jadikan hatiku bersih"

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda / cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Dicatat oleh iskandar zulkarnain di 5:51

Dakwah Itu Umpama 'Bisnes'-Dr. Yusof Abbas

Petikan dari blog :http://disertasi.blogspot.com/2007/10/dakwah-itu-umpama-bisnes-dr-yusof-abbas.html

Khamis 25 Okt 2007

Dakwah Itu Umpama 'Bisnes'-Dr. Yusof Abbas

Seorang penjual kereta mewah tentu sukar menjawab secara tepat kehebatan atau kekurangan kereta yang dijualnya itu kerana beliau sendiri jarang-jarang memandu kereta itu. Dia hanya tahu dari buku katalog yang ada atau sekadar mendapat respon dari pengguna lain yang sudah memiliki kereta tersebut sedangkan diri sendiri tidak berpengalaman memandunya pada setiap masa.
Sebaliknya penjual barangan makanan tambahan, dia boleh menyakinkan pengguna kerana beliau sendiri mengamalkan produk yang dijualnya dan kesan positif pada kesihatannya, walaupun testimoni dari pengguna lain dapat membantu meyakinkan pengguna tetapi testimoni sendiri lebih bermakna dan tentu lebih meyakinkan jika dia sekeluarga dan orang terdekat boleh memberi testimoni.

Mesej dari dua penjual ini ialah:
1. Penjual mesti mahir tentang produk yang dijualnya
2. Produk yang dijual sepatutnya ’presentable’
3. Pengalaman sendiri penjual menggunakan produk yang dijualnya sangat membantu jualan.
4. Penjual mesti memiliki ciri-ciri seorang penjual (imej diri), beliau tidak boleh kelihatan seperti seorang budak pejabat dan tidak juga lagak seperti seorang CEO syarikatnya.
5. Penjual MESTI melalui sistem latihan jualan berkala dan berstrategi.
6. Penjual MESTI menjual produknya, jika tidak dia tiada pendapatan, mungkin sekadar gaji pokok.
7. Pengguna mengharapkan servis selepas jualan yang baik.
8. Penjual MESTI mahir mengenali potensi pelanggannya.

PENDAKWAH itu umpama PENJUAL tadi. Produk yang dijualnya ialah addeen Islam yang syumul. Pendakwah mesti mahir tentang produk Islam ini sehingga pelanggannya yang tidak mengambil Islam sebagai deenulhayah atau pelanggannya yang mengatur sistem hidupnya secara Islam holistik, akan teruja untuk kembali menghayati Islam ini.

Islam selalu ’presentable’ pada setiap masa, pada setiap zaman, dan pada setiap manusia.Seperti penjual tadi yang hanya tahu teori tentang produk yang dijualnya, tentu pengguna dapat tahu dan dapat mengesan ‘kelentongnya’ itu. Samalah seperti pendakwah sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam ini, jika dia berhujah pun sekadar mainan bibir dan mainan mindanya sahaja. Bukan sahaja pengguna akan keliru malah beliau akan diperlekehkan! Seperti penjual tadi, pendakwah mesti memiliki imej seorang da'ie.

Ciri utama seorang pendakwah ialah keperibadian rabbani. Kembali kepada Islam, bermaksud mengajak orang lain kepada mendekati Allah. Sekiranya ciri rabbani yang bermula dengan aqidah dan ibadah yang sahih tidak dimiliki oleh da'ie ini, adakah orang ramai mengambil qudwah dari perilaku pendakwah. Begitu juga qudwah dari keluarga sendiri. Dengan kata lain diri sendiri dan keluarga penjual tadi tidak mengamalkan dan menikmati sendiri produk yang baik tadi, begitu juga diri da'ie dan keluarganya tidak menikmati hidup Islam itu sendiri.

Orang ramai tidak teruja dengan dakwah anda, sebagai contoh mudah, sekiranya pendakwah sendiri jarang-jarang nampak muka di masjid/surau atau ada pada waktu maghrib-isya’ , subuh lagilah tiada batang hidung. Pendakwah yang lebih kerap membaca akhbar, membaca internet dari membaca Al Qur’an atau buku-buku fikrah Islamiah.

Segelintir pendakwah yang jarang melatih fizikal dan rohi berpuasa mingguan. Ada pendakwah yang hebat merancang dan sibuk berorganisasi dan merancang program dakwah tetapi orang ramai TIDAK SIBUK DAN TIDAK TERSENTUH dengan dakwahnya.

Atau ada segelintir duat yang berjemaah tetapi jarang bermesra atau menghadiri kenduri disekitar kariahnya, apalah salahnya dan berlapang dada dalam berkreatif bermasyarakat. Banyak persoalan besar ada di hadapan para pendakwah. Jangan sampai da'ie ini ada atau tidak dalam barisan jemaah solat tidak dirasai oleh jemaah yang lain.Tetapi lebih malang lagi bila pendakwah ini TIDAK MENJUAL PRODUK ISLAM ini kepada penggunanya. Malah dia tidak tahu cara-cara menjualnya! Dia merasakan pertemuan mingguan sesama pendakwah lain, itulah dakwah!. Atau dia ada tugasan dalam organisasi, ini dakwah juga!

Sebenarnya itu masih dalam kursus latihan seperti latihan yang kerap dilalui oleh penjual-jual barang tadi. Jika masih duduk di bulatan atau meja , anda belum menjual barang lagi, atau dengan berjawatan tadi, itu juga masih dalam ofis. Maka lebih baik tukar jawatan sebagai bahagian pentadbiran dari menjadi penjual TETAPI ADA YANG TIDAK MALU-MALU masih mengaku menjadi penjual.TIADA CIRI PENJUAL bermakna TIADA CIRI PENDAKWAH DAN BELUM LAGI MENJUAL bermakna BELUM LAGI BERDAKWAH.

Maka tidak hairan ramai pengguna yang tidak teruja dan tidak ‘membeli’ Islam syumul ini.Dan bermakna di dalam kehidupan masyarakat TIDAK DISIBUKKAN DENGAN ’JUAL-BELI’ ISLAM YANG SYUMUL INI.Bila pendakwah tidak sibuk ’menjual’ Islam, masyarakat selesa dengan kefahaman Islam yang ada.Sebaliknya jika individu ini 'membeli’ Islam ini dari orang yang tidak berkelayakan 'menjual’ Islam yang sebenarnya maka akan tertegakkah Sistem Islam dalam diri, dalam keluarga, dalam masyarakat dan dalam negara?

Sekiranya berlaku 'jual-beli’ ini, maka servis kepada pelanggan menjadi agenda yang sangat penting kepada pendakwah. Pendakwah sudah dilatih sebelum ini tentu anda berstrategi kerana fiqh dakwah ini bukanlah ilmu yang ada di Universiti atau ada sijil diberikan tetapi himpunan pengalaman para daie sejak berzaman termasuk pengalaman da'ie sendiri.

Namun begitu antara agenda utama dimana ada penjual tidak kenal siapakah senarai utama pembelinya, dia main 'redah’ menjual, maka dia akan buang masa dan tenaga. Sedangkan ramai lagi pelanggan-pelanggan yang berpotensi atau senarai mereka sekadar tertulis diatas kertas.Begitu juga ada da'ie yang tiada senarai utama mad’unya, sehingga senarai yang terbawah menjadi sasaran. Tentunya orang-orang tua, orang-orang kampung bukan dalam senarai keutamaannya.

Begitu juga penjual barangan perlu ada sesi iklan, promosi dan kebajikan, pendakwah juga perlu mengiklankan dakwah dan organisainya, mengsyiarkan imej organisasinya serta perlu ada promosi seperti melalui kebajikan, sebaran artikel, website, tulisan blog dan sebagainya.Tetapi harus ingat, kebajikan itu bukanlah medan berdakwah sebenar.

Kebajikan seperti membantu mereka yang ditimpa bencana, gempa bumi, kebakaran, mangsa banjir dan lain-lain musibah. Begitu juga akan lebih terdorong melakukan kebajikan dalam bulan Puasa yang akan datang, iklankan diri kepada khalayak tapi harus ingat, anda belum ditahap berdakwah pada hakikat sebenarnya, mangsa bencana itu bukan mad’u anda.Walaupun pelajar sekolah, pelajar kolej, pelajar latihan vokasional dan pelajar universiti antara senarai utama para daie, dan pendakwah sudah merancang dakwahnya tetapi SISTEM SERVIS mesti terancang supaya dakwah BUKAN ”TOUCH N GO”.

Indeks prestasi bukannya melalui berapa banyak penjual barang tadi berjumpa pelanggannya tetapi berapa banyak sudah terjual dan plan sistem servis kepada pengguna. Kalau sekadar banyak 'latihan’ promosi Islam, kemudian servis diteruskan oleh orang yang bukan ahlinya atau tiada program susulan, maka terjualkah barangan tadi? 'Terjualkah’ Islam kepada peserta remaja/pelajar tadi. Memanglah seronok mempromosi barangan tetapi itu bukan matlamat sebenar sekadar iklan. Kadang-kadang tersibuk dengan promosi dan tercanang pula pada orang lain, gah bunyinya mempromosi Islam, tetapi yang 'membeli’ atau yang mendekati Islam itu tidak seperti diharapkan.Biar promosi tidak pada banyak tempat tetapi lebih terfokus dan pastikan program susulan ( servis) itu dengan perancangan yang kemas, jangan cuba menjala terlalu kerap sedangkan jaring itu banyak yang bocor.

Penulis berpengalaman dengan remaja ini sekitar tahun 1992-96, penulis menulis mengikut pengalaman.Ramai orang tertipu dengan kesibukan, penjual barang tadi sudah rasa sibuk menjual tetapi belum ada jualan, pendakwah juga rasa sibuk berdakwah tetapi Islam ini belum ’dijual’ lagi. Orang ramai baru membelek-beleknya.Sekiranya ciri-ciri produk Islam yang syumul / holistik ini ’dijual’ oleh da'ie yang TIDAK HOLISTIK, yang tidak holistik amal fardinya, tidak menjaga fizikal badan, ilmu fiqh dakwah yang tidak update, ilmu dunia yang cetek ( sekadar mendalami ilmu seperti tertulis pada sijil-ijazah) , tidak mengikuti perkembangan globalisai, atau ada yang terlalu menekan isu-isu semasa sedang isu dia dengan Allah renggang, maka lihatlah hasilnya.

Bukan daie ini sendiri tidak bermotivasi berdakwah malah luntur semangat, letih fizikal, letih emosi dan yakinlah semangat dan motivasi akan muncul semula, bilamana hatinya semakin dekat dengan Allah, dekat berkomunikasi dengan Allah, dekat bermunajat DAN INILAH JAWAPAN DARI SATU SMS YANG PENULIS TERIMA, IAITU BAGAIMANA MENINGKATKAN MOTIVASI DAN PEMIKIRAN SETIAP DAIE KEARAH MEMARTABATKAN DAKWAH ISLAMIAH.

Jangan sekadar menjaga batang, dahan dan ranting-ranting sedang akarnya tidak sentiasa dibajai.Orang bisnes ada graf pretasi, pendakwah juga ada graf tetapi bentuk grafnya sahaja yang berbeza. Orang bisnes sentiasa memikirkan prestasi jualan, servis dan profit, bagaimana pula dengan para daie?Suka diulangi lagi, menyeru kepada Islam bermakna menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah, maka yang menyeru itu 'wajiblah’ mendekatkan dirinya dengan kualiti dan kuantiti beribadah kepada Allah. Jika tidak tunggulah janji Allah anda akan ditukar dengan orang lain.

Dr. Yusof Abbas, AJK ISMA Johor.
Nota: Biografi ringkas penulis:Dr Yusof Abbas tinggal di Johor Bahru. Beliau merupakan penulis buku BIOMEKANIK SOLAT, Kaedah KHUSYUK Melalui Fitrah BIOLOGI Dan Satu Kaedah TERAPI. Akan menerbit buku motivasi pelajar yang bertajuk PELAJAR HEBAT BILA SOLAT DAN IBADAHNYA HEBAT. Juga buku komik untuk kanak-kanak, " Emmmm...SERONOKNYA DAPAT KHUSYUK SOLAT!! Penulis seorang Perunding Perubatan Sains Sukan yang berasal dari Johol, Negeri Sembilan juga telah melibatkan diri dalam beberapa perniagaan dalam bidang perubatan dan bukan perubatan sejak awal tahun 90-an. AJK Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA (Cawangan Johor), dan Setiausaha Aman Palestin Bhd (Johor).

Monday, March 17, 2008

PNS peruntuk RM300j lahir 1,000 francaisi

Petikan dari Utusan Malaysia 16 Mac 2008:

PNS peruntuk RM300j lahir 1,000 francaisi

Oleh: AMRAN AHMAD

KUALA LUMPUR 16 Mac - Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi melahirkan 1,000 peserta francais dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pengerusinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut melibatkan pembukaan perniagaan francais berskala kecil dengan modal awal serendah RM23,000, serta pengembangan perniagaan francais berskala dan bermodal besar keluaran tempatan.

"Dengan peruntukan sebesar itu, PNS mula menawarkan skim francais kecil seperti 'Otai Burger' kepada golongan belia dan beliawanis, yang minat untuk menjalankan perniagaan di kawasan kampung dengan pinjaman sehingga 90 peratus.

"PNS juga membangunkan perniagaan francais berskala besar seperti Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. dan Nineteen 0 One Sdn. Bhd. (1901) bagi mengukuhkan kedudukan di pasaran tempatan dan luar negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ismail berkata, sejak menggiatkan promosi industri francais di negara ini pada tahun 2004, PNS telah berjaya mewujudkan sejumlah 153 francaisi dan tujuh francaisor tempatan yang memulakan operasi sebagai pemilik skim.

Industri francais yang mula bertapak di negara ini sekitar tahun 1940-an terus berkembang dengan kemunculan banyak produk tempatan seperti Marrybrown (1981), EON (1986), Smart Reader (1989) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (1994).

Ismail berkata, selain pinjaman kewangan, pihaknya turut menyediakan bantuan seperti khidmat nasihat dan pemantauan berterusan agar peserta skim francais mampu bertahan dan meningkatkan daya saing dari semasa ke semasa.

Tambahnya, PNS juga membantu banyak syarikat tempatan yang mempunyai produk menarik dan menepati kehendak pasaran untuk diketengahkan kepada masyarakat menerusi program francais.

Katanya, bagi menyemarakkan perniagaan francais, PNS merancang mengadakan usahasama dengan syarikat serta firma milik kerajaan bagi melahirkan lebih banyak perniagaan francais pada masa depan.

Mengenai penyertaan kecil dalam industri itu di kalangan usahawan tempatan, beliau berkata, ia berlaku kerana banyak faktor termasuk modal awal yang besar dan sikap pasif pemilik perniagaan dan usahawan terhadap skop perniagaan francais.

Friday, March 14, 2008

Carta Top 30 PTS PROFESSIONAL

Petikan dari //universitipts.com

Saturday, March 08, 2008

Carta Top 30 PTS PROFESSIONAL di Alamanda Putra Jaya: Februari 2008

1. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY
2. RAHSIA BISNES ORANG CINA
3. MENJADI JUTAWAN MLM
4. RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH
5. RAHSIA ORANG KAYA DAMANSARA
6. RANCANGAN PERNIAGAAN
7. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
8. RAHSIA MINDA JUTAWAN
9. KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
10. RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
11. KUASA MINDA SEPARA SEDAR
12. BUAT DUIT DARI RUMAH
13. SIRI MULA BISNES: LEMBU
14. HENDAK SUSAH ATAUPUN SENANG
15. DUIT BANYAK BERTAMBAH BANYAK
16. CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS
17. HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
18. KAMUS BAHASA MELAYU – PERANCIS
19. TEORI DAN TEKNIK KEPIMPINAN
20. SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI
21. 15 TEKNIK EFEKTIF INTERNET MARKETING
22. BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN
23. BUAT DUIT DENGAN MLM
24. DUNIA INI PENUH WANG
25. PDA UNTUK PEMBENTANGAN BERKESAN
26. FORMULA MENJADI USAHAWAN
27. KAMUS SEERTI
28. KEMAHIRAN MENULIS
29. MEMULAKAN BISNES SENDIRI
30. MAKAN GAJI TETAPI KAYA

-------------------------------------------Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd Presiden, Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam Fakulti / Kategori : (0) Diskusi Kuliah (0) Trackbacks Permalink

Tuesday, February 26, 2008

Isu makan gaji

Shamsuddin Kadir penulis buku Makan Gaji Tetapi Kaya menulis mengenai isu ini di sini:

http://www.shamsuddinkadir.com/2008/02/23/makan-gaji-sehingga-bersara/#comments

Dan komen puan Sifupts :-

Tuan-tuan pengunjung blog ini…

Tidak semua orang mempunyai bakat hidup dengan membayar gaji kepada dirinya sendiri.

Bagi mereka yang tidak mempunyai bakat berdiri sendiri, nasihat saya hiduplah dengan makan gaji sampai bersara. (Kebetulan saya berkahwin dengan lelaki seperti itu.)

Saya memiliki saham dalam syarikat yang membayar gaji kepada hampir 70 orang. (Saya juga dibayar gaji RM3 ribu sebulan oleh syarikat ini).

Saya berdoa moga-moga mereka akan terus berada bersama-sama saya, sebagai rakan seperjuangan saya, makan gaji dalam syarikat saya, sehingga mereka bersara.

Saya beriltizam, nanti suatu hari mereka akan dapat membeli saham syarikat saya itu, dan sekaligus menjadi rakan-rakan kongsi saya.

Banyak orang yang puas hati dan seronok makan gaji. Mereka hidup selesa, dapat membeli sedikit sebanyak harta, dan bahagia dengan gaji yang diterima. Mereka tidak dibebani dengan hutang.

Orang yang mempunyai masalah hutang keliling pinggang bukan disebabkan mereka tidak cukup wang. Mereka mempunyai trait psikologi “tidak dapat hendak menangguhkan kepuasan”. Ia adalah sejenis penyakit.

Komen penulis: Sememangnya saya terkena penyakit ini. Saya sedang ber'ubat' sekarang dengan mengatur strategi BA. Setiap pembelian yang dibuat akan ditandakan B (bazir) jika dirasakan membazir dan kemudian akan diberikan A (alternatif) atau pilihan lain.

Contohnya membeli suratkhabar lebih dari satu membazir (B), pilihannya (A) baca melalui online internet atau baca suratkhabar yang disediakan di kedai kopi atau pejabat.

Monday, February 18, 2008

Kisah kejayaan Bisnes dalam Internet

Team FlareBiz

Feb 16 (2 days ago)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah saya ingin berkongsi 2 buah cerita kejayaan remaja belasantahun dalam program Google AdSense.Memandangkan anda adalah pembacaMajalah IM...anda mungkin tahu apa itu Google AdSense bukan?

Baiklah di bawah ialah kisah 1:

seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengansaya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India danmerupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan$3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.Beliau mendapata pendapatan pertama beliau pada 7 November 2006sebanyak $287 daripada Google AdSense. Pada Mac pula pendapatanbeliau ialah $3204! Pendapatan $3000 di India adalah satu pendapatanyang cukup tinggi kerana engineer yang bekerja untuk IT company disana hanya mendapat pendapatan averange $600 - $800 sebulan!

Formula yang beliau guna dalam kehidupan ialah "Patience + Passion= Lots of Money". Beliau menjadi seorang blogger yang berjaya setelah7 bulan blogging secara konsisten. Blog beliau ialah tech-buzz.net dananda tentu boleh belajar sesuatu daripada blog beliau tersebut.

Saya pernah berbalas emel dengan beliau dan beliau juga seorang yangbagus melayan karenah pelawat blog beliau kerana saya banyak tanyakanbeliau pelbagai soalan. Hehe saya berharap post kali ini juga dapatmenaikkan semangat anda untuk terus membuat duit melalui Internet.Anda juga boleh menjadi seperti beliau! Anda boleh beli ebook ini:http://tipadsense.com/ dan cuba untuk menjadi seperti beliau!
Tunggu kisah seorang lagi remaja lain di emel berikutnya...sekian,
Zhafran,Team FlareBiz.comhttp://tipadsense.com/http://flarebiz.com/

Friday, February 15, 2008

Tip mendidik remaja masa kini

Artikel ini dipetik dari akhbar berita harian hari ini, sisipan Agama.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20080214231521/Article

Mengelak anak jadi remaja bermasalah
Oleh Hasliza Hassan

Hiburan, fesyen dan makanan perlu dikawal bagi bentuk generasi muda bermoral tinggi

GEJALA sosial yang melanda masyarakat hari ini semua bertitik tolak daripada lemahnya akidah yang menjadi benteng untuk menangkis apa juga serangan bertujuan menggugat tahap keimanan serta keteguhan hati umat Islam.

Justeru, pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood meminta ibu bapa memperkukuhkan akidah anak melalui didikan dengan menerapkan nilai murni menerusi contoh teladan amalan harian yang dilaksanakan sebagai Muslim sejati.


Sebagai panduan, katanya, ibu bapa boleh menjadikan wasiat Lukman al-Hakim kepada anak lelakinya untuk memimpin anak mereka membina akidah serta keyakinan dalam menghadapi hidup kian mencabar.

"Didikan oleh bapa yang hebat seperti Lukman yang diceritakan dalam al-Quran adalah panduan terbaik boleh ditiru ibu bapa hari ini kerana wasiat beliau bukan untuk mencegah tetapi untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini.

"Sebab itu, walau senang manapun ibu bapa itu, mereka wajar membiarkan anak berdikari kerana ada kalanya kesenangan boleh membawa bencana seperti dipaparkan dalam filem Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali," katanya.

Beliau yang memberi ceramah bertajuk 'Mencegah lebih baik daripada menghukum' pada majlis kuliah agama anjuran bersama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) MKM turut menggariskan perkara perlu ada serta dielakkan dalam usaha mendidik anak remaja.

Siti Nor Bahyah berkata, kehidupan remaja hari ini banyak dipengaruhi tiga unsur iaitu hiburan (keseronokan), fesyen serta makanan yang jika tidak dikawal atau dibimbing ibu bapa boleh menyebabkan mereka terjebak dalam perkara negatif.

Katanya, tidak dinafikan naluri remaja cenderung kepada hiburan dan mereka akan menjadi resah jika tidak mendengar lagu tetapi ibu bapa bertanggungjawab menapis jenis atau bentuk hiburan yang didengar.

Begitu juga fesyen pakaian mereka yang sepatutnya mencerminkan nilai ketimuran, bukan mengambil apa saja disogokkan Barat yang ternyata tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.

Sementara makanan ringan atau segera yang kini sebati dengan gaya hidup masyarakat hari ini turut menyumbang kepada masalah anak menjadi hiperaktif serta tidak mahu mendengar cakap ibu bapa mereka.

"Inilah tiga perkara saya kategori sebagai 3F iaitu fun, fashion, food, yang melanda anak remaja dan perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa supaya ia tidak mendatangkan masalah nanti kerana kita mahu mengambil langkah awal untuk mengelak," katanya.

Katanya, bagi mencegah menular gejala negatif di kalangan remaja, tujuh perkara perlu diberi perhatian bukan saja ibu bapa, malah semua anggota masyarakat kerana mereka memikul tanggungjawab melahirkan generasi bertakwa dan kaya dengan nilai murni.

Tujuh perkara itu ialah:-

1. menjaga solat;

2. sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah;

3. memberi salam;

4. mencurahkan kasih sayang;

5. sabar menghadapi ujian;

6. bersungguh-sungguh dalam beramal

7. dan mendidik diri menjadi suami, isteri, ibu, bapa serta anak yang salih.

Siti Nor Bahyah berkata, memberi salam nampak mudah dan ada kala dianggap sebagai perkara remeh sedangkan amalan itu mempunyai nilai tersirat yang perlu diketahui kerana salam adalah ucapan ahli syurga.

Katanya, selain mendapat pahala, amalan memberi salam mempunyai nilai tambah kerana ucapan salam itu sendiri sudah lengkap mengandungi doa yang memohon keselamatan, rahmat serta keberkatan.

"Kenapa anak terjebak dengan perkara negatif adalah disebabkan ketandusan kasih sayang. Akhirnya mereka mencari kasih sayang di luar dan apabila salah cari kawan, itu yang mereka melakukan perkara tidak sepatutnya.

"Oleh itu, tidak adil jika kita menghukum remaja sedangkan puncanya mungkin disebabkan daripada kita sendiri. Ibu bapa perlu banyak sabar dalam mendidik anak dan bersungguh-sungguh memastikan mereka sentiasa dibimbing ke jalan mencari keredaan Allah," katanya.

Pada majlis yang dihadiri kakitangan MKM, ahli Puspanita MKM, pelajar peringkat diploma maktab berkenaan dan kakitangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Siti Nor Bahyah turut berkongsi tips dengan memberi ayat al-Quran untuk melembutkan hati anak.

Beliau berkata, ibu bapa digalakkan membacakan surah al-Hasyr, ayat 21 dan surah asy-Syura ayat 19, kemudian ditiup di ubun anak sebagai doa supaya mereka mudah mendengar kata.

Selain itu, Siti Nor Bahyah menggaris tujuh perkara yang perlu dielakkan supaya usaha mencegah anak daripada terjebak gejala negatif dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai matlamat diharapkan.

Pertama, meninggalkan maksiat dan kaedah terbaik mengajak anak supaya meninggalkan perbuatan maksiat ialah melalui contoh ibu bapa sendiri yang sentiasa memelihara diri daripada terjebak dengan perbuatan tidak bermoral.

Seterusnya ialah penyakit malas, suka menonton atau membaca bahan yang sia-sia, suka atau mudah marah, membuang masa dengan melepak, makan makanan yang haram dan jangan menderhaka kepada Allah serta sesama manusia.

"Semua ini ialah perkara negatif yang perlu dihindari dan caranya ialah dengan mempelajari bagaimana untuk mengawal diri. Jika anak kita malas belajar, beri dorongan dengan menjanjikan hadiah seperti yang saya lakukan dengan anak saya.

"Hilangkan sifat cepat marah atau jika hendak marah, biar bertempat. Elakkan makanan haram bukan saja daripada aspek bahan yang dimakan tetapi punca rezeki dipastikan daripada sumber yang halal," katanya.

Siti Nor Bahyah turut berpesan kepada hadirin supaya jangan sekali-kali menjadi anak derhaka kepada ibu bapa kerana balasannya cukup hebat dengan menceritakan kisah kecacatan seorang anak disebabkan menderhaka kepada ibunya.

Wednesday, February 13, 2008

Contoh Dakwah dan Doa

Dipetik dari blog Prof Muhd Kamil:



Kontraktor

Saya cuba pendekatan yang lebih bersifat holistik.

Hampir 70 kontraktor yang berdaftar dengan UiTM ditemukan dalam majlis bersama Pengarah. Saya ceritakan kepada mereka pengalaman saya menunaikan fardhu haji. Bagaimana Allah menunaikan janji-janjinya kepada hamba-hambanya. Saya kisahkan tentang konsep rezeki dan bagaimana ketentuan Allah kepada hambanya.

Saya khabarkan kepada mereka: Tuan-tuan semua sebangsa dan seagama dengan saya. Mereka yang menghuni universiti ini adalah sebangsa dan seagama. Setiap kali tuan-tuan menyiapkan satu projek di UiTM, tuan-tuan menyiapkan projek untuk anak, cucu dan keturunan tuan-tuan sendiri.

Tuan-tuan tidak usah melayan jika ada staf saya meminta derma daripada tuan-tuan. Apatah lagi jika mereka memandai-mandai meminta rasuah dan sebagainya. Tuan-tuan laksanakan kerja-kerja semata-mata kerana Allah, saya percaya rezeki tuan-tuan akan sentiasa ada.
Ketika menyerah projek, saya panggil kontraktor yang berjaya. Saya kumpulkan mereka yang akan mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Dan saya berkata kepada mereka: Inilah orang yang akan menggunakan kemudahan yang tuan-tuan usahakan. Lihatlah wajah mereka. Mereka adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Mereka akan bertugas di dalam bilik yang tuan-tuan kerjakan untuk mendidik anak bangsa sendiri.

Saya bercakap(dakwah) kepada mereka dan saya berdoa kepada Allah. Ya Allah kau bukalah pintu hati kontraktor-kontraktor kami untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cara yang terbaik untuk kami di sisiMu.

Apa lagi yang boleh saya lakukan?

This entry was posted on Wednesday, February 13th, 2008 at 6:48 am and is filed under Di sekitar universiti. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
One Response to “Kontraktor”

SifuPTS Says: February 13th, 2008 at 6:59 am

Asalamualaikum, Prof.

Sungguh betul dakwah Prof itu!

Prof tidak menggunakan discourse merayu mereka supaya jujur, discourse menuduh secara implisit bahawa mereka kontraktor rasuah, discourse mengancam mereka sekiranya mereka tidak jujur, discourse tunjuk-kuasa yang ada, discourse menggertak mereka jika tidak patuh, discourse mengutuk kontraktor-kontraktor lain yang tidak jujur, discourse membanding-bandingkan mereka dengan kontraktor Cina.

Tanpa menggunakan discourse-discourse negatif seperti itu, Prof memuliakan mereka, menjaga maruah mereka, dan mencipta persepsi yang amat positif tentang kelainan gaya pentadbiran Prof sendiri.

Wednesday, January 16, 2008

Peluang Bisnes Buku PTS


Inilah tawarannya:-


Tuesday, January 15, 2008



Adakah saudara peniaga buku kecil yang bukan pengedar rasmi PTS?


Jika ya, Jabatan Pemasaran PTS menawarkan sesiapa yang membeli buku PTS tunai lebih daripada RM4 ribu, mereka diberi diskaun 35%, iaitu serupa dengan diskaun pengedar.


Hubungi En. Zaharin Zain 0166611470.

ainon@pts.com.my Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saturday, December 22, 2007

10 konsep hidup sederhana Dr Azwan.

Salam Sejahtera,

Nampaknya aku betul-betul dapat berguru dengan Dr. Azwan ini.

Ini lagi penulisan beliau yang dapat saya manfaatkan:

Rujukan : http://drazwan.blogspot.com/2007/09/kesederhanaan-atau-di-bawah-paras.html

10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:

1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal.

Ini adalah contoh kesederhanaan yang mungkin kita boleh capai sekiranya berusaha. Tanpa usaha, usahlah bercakap tentang hidup bersederhana. Hidup tanpa meminta-minta adalah satu kesederhanaan. Adakah anda rasa hidup anda sederhana sekiranya anda perlu meminta simpati anak-anak anda ketika anda tua?

Ini juga sudah tentu bukan kaya kerana orang kaya tentu mempunyai lebih banyak harta dan rumah daripada apa yang saya cadangkan. Mempunyai 3 buah rumah adalah sesuatu yang sederhana dan kita boleh capai InsyaALlah.

Kesederhanaan yang saya cadangkan ini sekadar untuk kita hidup tidak meminta-meminta ketika tua. Cukup wang untuk kita melaksanakan ibadah dan malah boleh membantu kepada mereka yang memerlukan.

Thursday, December 20, 2007

Motivasi mengenai wang

Dipetik dari blog Dr Azwan:

Tuesday, July 24, 2007

BASIC RULE NO 5 & 6 - Guide To Investing (RDPD 3)
Assalamualaikum WBT,

Dipetik daripada buku "Guide To Investing" (Rich Dad poor Dad Part 3)- Basic Rule No 5 & 6:
m/s 109 - 111.

Seorang pelabur mesti bersedia apa pun situasi yang berlaku. Seorang yang bukan pelabur (non-investor) cuba untuk mengagak perkara yang akan berlaku dan bila ia akan berlaku.

"Apa maksudnya?"Saya bertanya

"Pernahkah awak mendengar seseorang pernah berkata,"Aku sepatutnya beli tanah tu untuk RM 500/ seekar 20 tahun dulu. Cuba tengok sekarang. Ada orang telah membina sebuah kompleks membeli belah betul-betul sebelah tanah itu. Sekarang ni tanah tu dah berharga RM 500,000 seekar!"

"Ya, saya pernah dengar cerita seperti banyak kali.

"Kita semua pernah mendengarnya", kata Rich Dad. "Dalam kes ini, orang itu tidak bersedia. Kebanyakan pelaburan yang akan membuatkan kita menjadi kaya sudah tersedia. Mungkin ia akan datang di dalam masa yang sangat singkat seperti sebuah jual beli di dalam perniagaan, atau di dalam masa yang lama seperti di dalam bidang hartanah.

Tetapi tidak kisah samada peluang itu terbuka dalam masa yang singkat ataupun lama, sekiranya anda tidak bersedia dengan ilmu ataupun pengalaman, ataupun dengan simpanan wang tunai, peluang itu walaupun baik akan terlepas".

"Bagaimana seseorang itu harus bersedia?",

"Anda harus fokus dan menumpukan kepada apa yang pelabur lain sedang mencari-cari. Jikalau kamu ingin melabur di dalam saham, kamu harus hadir ke kelas untuk bagaimana cara untuk memilih saham yang baik. Begitu juga di dalam bidang hartanah. Itu semua bermula dengan latihan di minda untuk tahu apa yang dicari dan bersedia untuk saat-saat apabila pelaburan itu muncul di hadapan.

Ia seperti bermain bola. Kamu bermain dan bermain, dan satu saat tiba dimana kamu terpaksa untuk membuat tendangan gol untuk kemenangan. Di saat itu ia adalah di antara kamu sudah bersedia atau tidak. Atau kamu berada di posisi yang betul atau tidak. Walaupun begitu, sekiranya anda terlepas peluang untuk menjaringkan gol, akan tiba masanya peluang itu tiba lagi. Peluang untuk pelaburan terbaik akan sentiasa tiba kepada anda sekiranya anda sentiasa bersedia.

"jadi itulah sebabnya, anda selalu ketawa sekiranya anda orang memberitahu, anda terlepas peluang itu atau peluang ini".

"Betul. Dan terlalu ramai manusia di dunia ini yang berfikir bahawa peluang untuk berjaya terlalu sedikit. Mereka mengeluh mengenai terlepas satu peluang yang besar dan memegang satu peluang dengan berfikir terlalu panjang bahawa itu satu-satulah peluang mereka dan tidak nampak peluang yang lain. Jika anda berada di dalam B atau I Quadrant (Businessman or Investor) anda mempunyai banyak masa untuk mengenali di mana peluang yang terbaik. Malah keyakinan anda yang tinggi membolehkan anda menukar peluang yang "tidak bagus" bagi seseorang kepada sebuah pelaburan yang "bagus".

......
"Dan apa maksud anda jangan buat jangkaan?"

"Ya, pernahkah anda mendengar, " Apa akan berlaku sekiranya pasaran saham jatuh?', apa yang akan berlaku terhadap pelaburan saya nanti? Itu sebabnya saya tak beli, Saya akan tunggu dan lihat!".

"Sudah banyak kali",

"Saya mendengar sudah banyak kali, apabila diberi peluang satu peluang pelaburan yang baik, mereka melarikan diri daripada pelaburan itu kerana takut. Mereka menjangkakan tentang kegagalan satu pelaburan yang akan mereka alami. Mereka akan mengeluarkan perkataan-perkataan negatif dan tidak melabur... ataupun mereka jual ketika sepatutnya mereka tidak jual, atau mereka beli ketika tidak sepatutnya mereka beli berdasarkan jangkaan emosi mereka."

"Ini semua boleh dihindarkan berdasarkan pengalaman, ilmu dan sedikit persediaan. "
......

"Bagaimana saya nak melabur tanpa wang?"

"Jika kamu sudah bersedia dari sudut ilmu dan pengalaman, dan anda terjumpa satu peluang pelaburan yang baik duit akan datang kepada anda, atau anda akan berjaya mendapatkan wang itu. Pelaburan yang baik akan menjadikan mana-mana orang menjadi "tamak". Saya tidak berniat menggunaan konotasi "tamak" sebagai satu simbol yang negatif. Ia adalah emosi manusia biasa seperti kita. Jadi apabila sesuatu pelaburan itu baik, wang akan datang sendiri kepada kita kerana minat pelabur terhadap pelaburan itu. Sekiranya pelaburan itu tidak baik, maka pelabur tidak akan tertarik dengan kita.

"Pernahkah berlaku bahawa walaupun peluang pelaburan itu sangat baik, tetapi tiada wang yang datang?"

"Ia pernah berlaku, tetapi bukan kerana peluang itu tidak menarik wang untuk datang, tetapi Orang yang mengawal peluang itu yang menyebabkan ia tidak menarik. Sekiranya orang yang mengawalnya dikeluarkan atau dialihkan, maka peluang itu kembali nampak menarik.
"Orang tidak akan bertaruh pada kereta lumba Ferari di perlumbaan F1 sekiranya pemandunya merupakan pemandu kereta biasa sahaja. "

"Di dalam pelaburan hartanah, kita selalu mendengar perkataan, "lokasi, lokasi, lokasi." Saya mempunyai fikiran yang berlainan. Di dalam pelaburan, perkataan yang paling utama ialah "orang, orang, orang!". Itu lah yang menyebabkan hartanah terbaik di atas lokasi yang terbaik juga gagal kerana ORANG yang salah menguruskannya."

"Jadi saya bersedia, saya telah buat tugasan saya, saya berpengalaman dan saya ada "track record" yang baik.Sekiranya saya dapati sesebuah pelaburan yang baik, saya dapati wang itu satu perkara yang mudah."

---- dipetik dari Guide to Investing oleh Robert T. Kiyosaki ----

Sunday, December 16, 2007

Tarikh lahir tahun hijrah

Telah lama aku mencari hari dan tarikh lahir tahun hijrah. Hari ini baru aku berjumpa.

Sesiapa mahu kira umur tahun hijrahnya, boleh email aku :zamklm@yahoo.com

Mengikut banyak pendapat, hari mana kita lahir maka hari itulah kematian kita.

Mencari bidang kepakaran

Berlanjutan dari konflik diri sekarang, aku sedang mencari bidang kepakaran baru untuk diterokai. Walau sekarang aku di dalam bidang IT, tapi diri ini merasakan bidang ini sudah tidak sesuai lagi dengan jiwa(umur) tua aku kini. Aku sedang beralih ke bidang pertanian pulak. Selari dengan perkembangan semasa dan hasrat kerajaan, maka aku merasakan (naluri) ini bidang yang sesuai untuk membina kepakaran baru. Walau bagaimana pun aku berharap momentum yang ada akan kekal untuk tiga tahun yang akan datang. Ini untuk membolehkan aku menyediakan diri menimba ilmu yang secukupnya supaya dapat survive dalam industri ini. Apa yang sukar sekarang, ialah untuk menamatkan apa yang dimulakan setahun yang lepas. Pengajian IT di CIUC masih berbaki 9 paper untuk ditamatkan dan akan memakan masa lagi setahun pengajian. Ini yang sedang difikirkan. Ambil lagi tiga paper dan berhenti dan atau…

Rancangan yang ada untuk membina kemahiran dan kepakaran dalam bidang pertanian ini ialah dengan menyertai kursus, membina jaringan kawan dan perniagaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam bidang ini. Disamping itu, mula berjinak-jinak dengan bergiat secara langsung dalam industri ini. Juga merasakan industri ini masih lautan biru yang mempunyai potensi yang luas untuk dikembangkan berbanding dengan bidang ICT. Untuk meneroka dengan lebih dalam, memerlukan kajian yang mendalam dan akses yang tidak terhad kepada ilmu ini. Oleh itu, saya merasakan dengan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang ini memungkinkan saya untuk merealisasikan hasrat yang ingin dicapai. Pilihan tempat pengajian yang ada, hanya di UITM (RM8K). Tempat lain, kos pengajiannya terlalu tinggi, antara RM18-20K.

Tapi timbul pula persoalan, apa akan jadi dengan bidang pekerjaan yang sedang dilakukan sekarang (bidang ICT). Tidakkah ianya bertentangan? 10 jam sehari telah dihabiskan untuk pekerjaan ini. Masa yang berbaki? Bolehlah untuk permulaan, jadikan bidang pertanian ini sebagai hobi dulu. Dengan itu tidaklah merasa terbeban.

Marilah kita cuba-cuba jaya bidang ini, jangan timmbulkan banyak konflik atau seribu satu persoalan. Nanti, apa pun tidak berjalan dan wahasilnya..balik hasan.