Wednesday, February 13, 2008

Contoh Dakwah dan Doa

Dipetik dari blog Prof Muhd Kamil:



Kontraktor

Saya cuba pendekatan yang lebih bersifat holistik.

Hampir 70 kontraktor yang berdaftar dengan UiTM ditemukan dalam majlis bersama Pengarah. Saya ceritakan kepada mereka pengalaman saya menunaikan fardhu haji. Bagaimana Allah menunaikan janji-janjinya kepada hamba-hambanya. Saya kisahkan tentang konsep rezeki dan bagaimana ketentuan Allah kepada hambanya.

Saya khabarkan kepada mereka: Tuan-tuan semua sebangsa dan seagama dengan saya. Mereka yang menghuni universiti ini adalah sebangsa dan seagama. Setiap kali tuan-tuan menyiapkan satu projek di UiTM, tuan-tuan menyiapkan projek untuk anak, cucu dan keturunan tuan-tuan sendiri.

Tuan-tuan tidak usah melayan jika ada staf saya meminta derma daripada tuan-tuan. Apatah lagi jika mereka memandai-mandai meminta rasuah dan sebagainya. Tuan-tuan laksanakan kerja-kerja semata-mata kerana Allah, saya percaya rezeki tuan-tuan akan sentiasa ada.
Ketika menyerah projek, saya panggil kontraktor yang berjaya. Saya kumpulkan mereka yang akan mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Dan saya berkata kepada mereka: Inilah orang yang akan menggunakan kemudahan yang tuan-tuan usahakan. Lihatlah wajah mereka. Mereka adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Mereka akan bertugas di dalam bilik yang tuan-tuan kerjakan untuk mendidik anak bangsa sendiri.

Saya bercakap(dakwah) kepada mereka dan saya berdoa kepada Allah. Ya Allah kau bukalah pintu hati kontraktor-kontraktor kami untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cara yang terbaik untuk kami di sisiMu.

Apa lagi yang boleh saya lakukan?

This entry was posted on Wednesday, February 13th, 2008 at 6:48 am and is filed under Di sekitar universiti. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
One Response to “Kontraktor”

SifuPTS Says: February 13th, 2008 at 6:59 am

Asalamualaikum, Prof.

Sungguh betul dakwah Prof itu!

Prof tidak menggunakan discourse merayu mereka supaya jujur, discourse menuduh secara implisit bahawa mereka kontraktor rasuah, discourse mengancam mereka sekiranya mereka tidak jujur, discourse tunjuk-kuasa yang ada, discourse menggertak mereka jika tidak patuh, discourse mengutuk kontraktor-kontraktor lain yang tidak jujur, discourse membanding-bandingkan mereka dengan kontraktor Cina.

Tanpa menggunakan discourse-discourse negatif seperti itu, Prof memuliakan mereka, menjaga maruah mereka, dan mencipta persepsi yang amat positif tentang kelainan gaya pentadbiran Prof sendiri.

No comments: