Tuesday, February 26, 2008

Isu makan gaji

Shamsuddin Kadir penulis buku Makan Gaji Tetapi Kaya menulis mengenai isu ini di sini:

http://www.shamsuddinkadir.com/2008/02/23/makan-gaji-sehingga-bersara/#comments

Dan komen puan Sifupts :-

Tuan-tuan pengunjung blog ini…

Tidak semua orang mempunyai bakat hidup dengan membayar gaji kepada dirinya sendiri.

Bagi mereka yang tidak mempunyai bakat berdiri sendiri, nasihat saya hiduplah dengan makan gaji sampai bersara. (Kebetulan saya berkahwin dengan lelaki seperti itu.)

Saya memiliki saham dalam syarikat yang membayar gaji kepada hampir 70 orang. (Saya juga dibayar gaji RM3 ribu sebulan oleh syarikat ini).

Saya berdoa moga-moga mereka akan terus berada bersama-sama saya, sebagai rakan seperjuangan saya, makan gaji dalam syarikat saya, sehingga mereka bersara.

Saya beriltizam, nanti suatu hari mereka akan dapat membeli saham syarikat saya itu, dan sekaligus menjadi rakan-rakan kongsi saya.

Banyak orang yang puas hati dan seronok makan gaji. Mereka hidup selesa, dapat membeli sedikit sebanyak harta, dan bahagia dengan gaji yang diterima. Mereka tidak dibebani dengan hutang.

Orang yang mempunyai masalah hutang keliling pinggang bukan disebabkan mereka tidak cukup wang. Mereka mempunyai trait psikologi “tidak dapat hendak menangguhkan kepuasan”. Ia adalah sejenis penyakit.

Komen penulis: Sememangnya saya terkena penyakit ini. Saya sedang ber'ubat' sekarang dengan mengatur strategi BA. Setiap pembelian yang dibuat akan ditandakan B (bazir) jika dirasakan membazir dan kemudian akan diberikan A (alternatif) atau pilihan lain.

Contohnya membeli suratkhabar lebih dari satu membazir (B), pilihannya (A) baca melalui online internet atau baca suratkhabar yang disediakan di kedai kopi atau pejabat.

No comments: