Saturday, April 26, 2008

Sinarilah lebuhraya anda

Petang semalam, pulangnya dari tempat kerja di atas lebuhraya KL-Seremban selepas persimpangan Nilai, maka terpandanglah apa yang menjadi persoalan selama beberapa hari kebelakangan ini.

Sebelum ini saya dapati ada kerja-kerja menanam kabel di tepi lebuhraya. Maka timbul persoalan ”Nak buat apa tanam kabel kat tepi lebuhraya ni?” . Rupa-rupanya mereka ini sedang menjalankan kerja-kerja untuk memasang lampu jalan. Syukurlah sebanyak-banyaknya. Apa yang dicitakan telah hampir tertunai sudah.

Sebelum ini telah banyak kali saya terpaksa mengharungi kegelapan malam. Ini apabila saja melepasi persimpangan nilai sehingga ke RNR Seremban, kemudian kembali bergelap sehingga ke tol Seremban. Dengan kelajuan antara 90 ke 100 KM/J, menunggang motorsikal pada waktu malam dengan mengharapkan cahaya dari lampu motorsikal saja sangatlah merbahaya. Sampah-sarap seperti kulit tayar lori, besi dan kayu 3 tengah 2 tidak mudah dapat dilihat pada waktu malam dengan jelas.

Dengan terpasang lampu jalan di sepanjang lebuhraya yang menjadi laluan saya ini, risiko kemalangan dapatlah dikurangkan. Terima kasih PLUS.

Maha suci Tuhan yang memudahkan ini(perjalanan atau kenderaan) bagi kami, dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tanpa kurnia dari Engkau. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

No comments: