Saturday, December 22, 2007

10 konsep hidup sederhana Dr Azwan.

Salam Sejahtera,

Nampaknya aku betul-betul dapat berguru dengan Dr. Azwan ini.

Ini lagi penulisan beliau yang dapat saya manfaatkan:

Rujukan : http://drazwan.blogspot.com/2007/09/kesederhanaan-atau-di-bawah-paras.html

10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:

1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal.

Ini adalah contoh kesederhanaan yang mungkin kita boleh capai sekiranya berusaha. Tanpa usaha, usahlah bercakap tentang hidup bersederhana. Hidup tanpa meminta-minta adalah satu kesederhanaan. Adakah anda rasa hidup anda sederhana sekiranya anda perlu meminta simpati anak-anak anda ketika anda tua?

Ini juga sudah tentu bukan kaya kerana orang kaya tentu mempunyai lebih banyak harta dan rumah daripada apa yang saya cadangkan. Mempunyai 3 buah rumah adalah sesuatu yang sederhana dan kita boleh capai InsyaALlah.

Kesederhanaan yang saya cadangkan ini sekadar untuk kita hidup tidak meminta-meminta ketika tua. Cukup wang untuk kita melaksanakan ibadah dan malah boleh membantu kepada mereka yang memerlukan.

No comments: