Sunday, December 16, 2007

Mencari bidang kepakaran

Berlanjutan dari konflik diri sekarang, aku sedang mencari bidang kepakaran baru untuk diterokai. Walau sekarang aku di dalam bidang IT, tapi diri ini merasakan bidang ini sudah tidak sesuai lagi dengan jiwa(umur) tua aku kini. Aku sedang beralih ke bidang pertanian pulak. Selari dengan perkembangan semasa dan hasrat kerajaan, maka aku merasakan (naluri) ini bidang yang sesuai untuk membina kepakaran baru. Walau bagaimana pun aku berharap momentum yang ada akan kekal untuk tiga tahun yang akan datang. Ini untuk membolehkan aku menyediakan diri menimba ilmu yang secukupnya supaya dapat survive dalam industri ini. Apa yang sukar sekarang, ialah untuk menamatkan apa yang dimulakan setahun yang lepas. Pengajian IT di CIUC masih berbaki 9 paper untuk ditamatkan dan akan memakan masa lagi setahun pengajian. Ini yang sedang difikirkan. Ambil lagi tiga paper dan berhenti dan atau…

Rancangan yang ada untuk membina kemahiran dan kepakaran dalam bidang pertanian ini ialah dengan menyertai kursus, membina jaringan kawan dan perniagaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam bidang ini. Disamping itu, mula berjinak-jinak dengan bergiat secara langsung dalam industri ini. Juga merasakan industri ini masih lautan biru yang mempunyai potensi yang luas untuk dikembangkan berbanding dengan bidang ICT. Untuk meneroka dengan lebih dalam, memerlukan kajian yang mendalam dan akses yang tidak terhad kepada ilmu ini. Oleh itu, saya merasakan dengan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang ini memungkinkan saya untuk merealisasikan hasrat yang ingin dicapai. Pilihan tempat pengajian yang ada, hanya di UITM (RM8K). Tempat lain, kos pengajiannya terlalu tinggi, antara RM18-20K.

Tapi timbul pula persoalan, apa akan jadi dengan bidang pekerjaan yang sedang dilakukan sekarang (bidang ICT). Tidakkah ianya bertentangan? 10 jam sehari telah dihabiskan untuk pekerjaan ini. Masa yang berbaki? Bolehlah untuk permulaan, jadikan bidang pertanian ini sebagai hobi dulu. Dengan itu tidaklah merasa terbeban.

Marilah kita cuba-cuba jaya bidang ini, jangan timmbulkan banyak konflik atau seribu satu persoalan. Nanti, apa pun tidak berjalan dan wahasilnya..balik hasan.

No comments: