Tuesday, September 28, 2010

Panggil 999 - Lebuhraya tak clear

Seumur hidup aku, ini adalah kali pertama aku memanggil talian 999. Seingat aku, belum pernah aku menggunakan talian ini. Kejadian ini berlaku semalam, di KM261.2 arah ke Utara, antara Tol Rasah dan Tol Seremban. Seorang penunggang motorsikal Yamaha Lagenda telah terlanggar besi berbentuk V dan tergolek di lorong kecemasan. Oleh kerana aku orang yang mungkin ketiga melalui tempat itu maka dengan spontan berhenti memberikan pertolongan.

Bersama si mamat seorang lagi kami membantu mengangkat mangsa ke tepi, ke atas rumput. Aku kemudian, mengambil besi yang telah dilanggar itu dan meletakkannya di tepi. Kemudian menanya si mamat ini, samada dia tahu number PLUS. Goleng kepala, macam mamat Indon je..cuba try call 999, walaupun masih was-was. Ada orang jawab, memberikan butiran yang diminta. Seorang India telah kemalangan tetapi tidak parah, tangan kanan luka.

Operator 999 tanya nama, no. henpon dan lokasi kejadian, kemudian suruh tunggu sekejap untuk pass line ke hospital. Kemudian orang hospital menjawab dan berjanji untuk hantar ambulan ke lokasi. Beri pesan pada si mangsa dan mamat sorang tu, kata ambulan on the way dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Ingatkan sudah lewat masuk kerja, tapi masih ada lagi masa dalam waktu kecemasan. Untuk makluman, majikan memberi 10 minit selepas jam 8.00 pagi untuk waktu kecemasan. Jadi tidak perlu declare lewat dengan mengisi borang datang lewat.

Sejak 2-3 hari kebelakangan ini, lebuhraya macam tidak selamat. Banyak kesan kemalangan baru dapat dilihat. Ada yang terbabas melanggar divider di tengah dan juga masuk longkang. Mungkin juga ops Sikap sudah tamat tetapi Raya belum habis, tempat kami sebelah selatan sini, khususnya area Seremban rayanya sebulan. Mungkin juga hujan yang asyik turun kebelakangan ini dan juga mungkin orang mabuk makan selepas sebulan berpuasa. Akhirnya, mungkin hantu dan syaitan membalas dendam setelah sebulan kena ikat.

Wallahuakhlam..berhati-hatilah di Lebuhraya. Peringatan untuk diri sendiri dan para pengguna lebuh/jalan raya.

1 comment:

SUHAIDA said...

JOM LA JOIN HANYA LETAK GAMBAR YANG CANTIK!
http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html