Friday, December 24, 2010

Orang tua kena sokong

Orang tua-tua kena beri sokongan bukan diperlekehkan. Tidak usahlah hendak bertelagah dengan orang tua-tua, ikut sajalah apa yang dimahu buat dan perakukan apa yang dikata selagi tidak bercanggah dengah syariat dan undang-undang.

Jika dia bercakap bab politik yang dia sokong, setuju sajalah walaupun kita di pihak sebaliknya. Jika dia mahu buat sesuatu perkara yang dia minat, biar sajalah atau berikan sokongan jika mampu.

Dalam perkara ini, saya menyokong isteri dalam menurut apa yang dikehendaki oleh jiran kami supaya menebang pokok betik dalam kawasan pagar rumah tetapi berhampiran dengan pagarnya. Alasan, akar pokok betik akan merosakkan pagar tembok rumahnya nanti. Walaupun macam tidak masuk akal, tetapi tindakan itu akhirnya akan menyenangkan hati semua pihak kerana berapa minggu selepas itu, jiran ini pun meninggal dunia.

Sekali lagi diulang, bersabarlah dengan orang tua. Layan sajalah, tidak perlu bertelagah.

No comments: