Thursday, December 03, 2009

Beza pegawai sikit bawah

Pagi-pagi datang sudah kena meeting..and the meeting berjam-jam pulak tu. Nak pi minum pagi pun kena tunggu selepas jam 10..because why, kena tengok emel dulu, jawap apa yang patut..delegate kerja kepada orang bawah. Pegawai paling atas cakap, dua jam pertama inilah badan tengah fresh dan idea bercambah-cambah.

Rasa-rasa mereka ni dah hilang 50% kebahagiaan awal-awal pagi lagi..

Banding dengan kami..pagi-pagi cerita seronok semalam, kalau ada cerita apa-apa, seperti perlawanan bolasepak..boleh lawan kutuk hang aku dulu..pastu pi pantry, buat air secawan pekena apa yang ada..biasanya ada member rajin seponser..nasi lemaklah, mee, bihun, kuih-muih..pagi-pagi, kami sudah dapat 100% kebahagiaan. Hilang penat bersesak atau berhujan kat jalan, masa nak mai kerja tadi. Pastu jam 9 pergi minum berjam-jam..kadang-kadang kat Putrajaya, kekadang tu sampai KL pun pi minum jugak..alahai..bahagia yang amat. Itu pegawai paling bawah lah.. nak kata apa veteran zaman sebelum swasta punya. Rebus pun tak hempuk dah..

Jadi, macamanalah aku nak jadi pegawai atas sikit..pagi-pagi sudah hilang beberapa persen kemoodan. Mungkin itu sebabnya mereka ini banyak yang mati terkejut..sakit jantung dan angin ahmar, biasa menyerang puak ini. Tambah yang kurang beriman dan beramal soleh..lagi-lagi lah.

1 comment:

SUHAIDA said...

betul..same la di tempat keje su..yg gred 27 ke atas kebahagiaan seawal mmg hilang..diorang sgtla bz..walaupn su gred 27 tapi masih boleh relax coz masih taraf kontrak..