Wednesday, December 09, 2009

Naik motorsikal senang mati

Aku masih fobia dengan kemalangan motorsikal yang melibatkan kematian penunggangnya semasa datang kerja hari Isnin dua hari lepas. Sebab-sebabnya tidaklah diketahui, dari keadaan tempat kejadian mungkin dia terbabas dan melanggar tiang besi benteng lebuhraya. Aku hanya memandang sekali lalu dan sekadar memperlahankan motor kerana masa hanya ngam-ngam saja untuk datang ke tempat kerja.

Ditambah lagi dengan cerita kawan-kawan, juga kematian yang melibatkan penunggang motorsikal semasa mereka datang ke tempat kerja semalam. Lagi cerita dalam akhbar Metro, kematian penunggang motor yang disebabkan peragut.

Senang saja para penunggang dan pembonceng motor ini mati. Terbabas langgar tembok, mati. Berehat tepi lebuhraya, tayar lori tercabut datang gelek, mati. Lori treler terbabas datang himpit, terbalik kena hempat, mati. Teralit tak sedar ada kereta berhenri di lorong kecemasan dan terlanggar belakang, mati. Aduhai...senangnya orang naik motor mati. Jadi tidak hairanlah bila statistik ops sikap yang dibentangkan di dalam media massa mencatatkan orang naik motor banyak mati.

Jadi bagaimana mahu mengurangkan risiko kematian ini, bawa motor perlahan sikit. Dulu kan ada kerajaan hendak mencadangkan kadar maksima kelajuan motor setakat 60-70km/j sahaja. Ada logiknya di situ. Tapi tidak praktikal lah pulak. Tapi itulah tahap kelajuan selamat untuk orang naik motor. Lebih pada itu kalau eksiden, terjatuh ka, terlanggar sesuatu ka, tak gerenti boleh hidup.

Jadi kalau mahu tunggang laju, pastikan bila jatuh tidak tertunggang-langgang, biar jatuh steady. Alaa, macam orang race kat grand prix atau cub prix. Pakaian pun mahu ala-ala geng racing jugak. Topi kaledar pulak, wajib ada prove SIRIM dan tidak expired (>5 tahun) serta ditambat kemas.

Lagi, kalau rasa pelik sikit kat motor, berhenti dan siasat dulu. Mana nak tahu tayar dah kurang angin dek penangan paku yang dah tercucuk. Atau ada skru yang sudah tercabut. Macam-macam kemungkinan yang ada.

Selebihnya, bacalah doa naik kenderaan dan pastikan tahap kecerdasan dan keawasan itu tinggi. Jangan naik motor tengah mengantuk atau lalog. Zikirullah banyak-banyak semasa di atas motor, tak payah nak sibuk-sibuk dengan henpon dan nak tengok sana-sini. Kalu ada apa-apa nak tengok kerling sudah. Kalu ada call atau sms masuk, cari tempat selamat, berhenti dan baru baca atau jawab.

Sekian, pesanan ini untuk diri-sendiri dan semoga terus selamat di atas jalan.

Amin, ya Allah..ya rabbal aa'lamin.

No comments: