Tuesday, December 08, 2009

Dua kali air mataku tertumpah


Pertamanya bila kawanku menyatakan bahawa mereka sedang melobi nama aku untuk jawatan Pegawai Tadbir dan mentadbir tempat ini. Jawatan yang telah aku menghadiri temuduga sebanyak lima kali dan masih dukacita.

Aku menangis kerana mengenangkan aku tidak memberi prestasi 100% kepada kerja ini, kerana rajuk aku yang panjang. Kerana merasakan aku sengaja dibekukan di sini. Tetapi takdir Allah yang mengatasi segala-galanya. Rupanya rezeki aku, insyaAllah di sini.

Keduanya, kawan aku sebentar tadi telah mengajak aku pergi menunaikan Fardhu Haji tahun depan melalui pintu belakang. Iaitu tidak melalui Tabung Haji dan pergi secara 'long Ranger' atau 'bag pack' melalui Thailand. MasyaAllah, Subhanallah dan Alhamdulillah. Tidak sesekali aku menyangka perkara yang sedemikian. Kosnya hanya sekitar RM5k sahaja dan masanya hanya seminggu. Betul-betul pergi buat kerja haji. Tiga hari sebelum Hari Raya Haji dan tiga hari lagi hari tasyrik iaitu sehingga Hari Raya Haji keempat.

Sebagai persediaan aku mesti pergi membuat paspot antarabangsa siap-siap dan seterusnya kursus Haji bermula sekarang dan perlu menyediakan diri mental, rohani dan fizikal untuk menyahut seruan ini.

Allahuakbar.

Nota : Kawan blogger di Mekah..En Manzlie.

No comments: