Meluahkan isi hatiku - Demi sebuah ketenangan yang abadi dan mengabadikan peristiwa yang dilalui.
Thursday, April 22, 2010
Tuesday, April 20, 2010
Hakikatnya
Sumber : http://dairiana.blogspot.com/2010/01/kita-mudah-lupa.html
Antara pendirian teguh perawat yang kena diperakui:
Tiada apa-apa pada ayat atau doa atau Kaedah atau bahan cuma sekadar alat.Tiada apa-apa pada ilmu pengetahuan.ALLAH tidak melihat wajah, pangkat serta kedudukan kita..walaupun kita berlabel dato’. Tok guru, maha guru, sifu atau ‘garpu’…macam-macam lagi “u”.Apa-apa pun seperti mana yang Wak pernah bagitahu sebelum ini, semua itu adalah ‘makhluk’ atau benda mati, hidup kerana dihidupkan oleh ALLAH swt. Doa benda mati, ayat benda mati, ilmu benda mati, tok guru benda mati, Wak benda mati..( lagi-lagi Wak) dan hidup semua ini, doa jadi makbul, ayat menjadi hikmat, tok guru jadi maha guru..semuanya adalah kerana ALLAH. ALLAH BERKUASA kita tiada kuasa
...maka kerana itu janganlah kita angkuh, janganlah kita sombong, dapat sembuhkan budak demam panas kerana sakit chikungunya, mampu menewaskan saka beruang..he!he, boleh merawat kanser, boleh buat teknik peluru berpandu..dan bermacam-macam lagi kelebihan yang tampak dahsyat, dah anggap diri rasa hebat..kalah sifu nu..tak hebat darul tu, sijil kopi O doktor tu..walaupun pangkat dia tok, atau dato’ apatah lagi baru sekadar ustaz..orang macam Wak..hoi!! dah lah tak berpendidikan agama jauh sekali memang tak masuk dalam rekod langsung. Kita mudah lupa…Wak memang pelupa..
( Inilah hakikatnya..kalau sudah tahu hakikat, baru boleh makrifat - Penulis )
Nota : Sebelum ini saya cut & paste menggunakan Ctrl+C dan paste guna Ctrl+V rupanya silap dan tidak menjadi. Sebetulnya guna Ctrl+A dan kemudian Ctrl+V.
Friday, April 16, 2010
Perangi
Perkembangan terkini..lihat gambar di bawah ini..dari CBR150 ke GT128 dan akhirnya LC135. Belum dapat lagi, dalam proses. Terbaik dalam kelasnya. Syukur, doa dimakbulkan tuhan..Alhamdulillah.
Friday, February 12, 2010
Fatihah Empat
Pertama disedekahkan Fatihah itu untuk diri sendiri, keduanya untuk orang yang kita sukai atau cintai, ketiganya untuk orang yang kita mungkin benci atau kurang senang terhadapnya dan keempat(asal) orang yang membenci kita.
Jadi kesimpulannya di sini, banyaklah bersedekah Al-Fatihah ini kepada yang hidup waima kepada yang telah arwah.
Tambahan- jika mahu bersedekah hendaklah dengan setulus hati dan keranaNya(Allah s.w.t) jua. Antara tanda mereka yang tidak ikhlas ialah selalu mengungkitkan amal kebajikan yang telah dibuat.
Alhamdulillah, syukur. Al-Fatihah..marilah bersedekah.
Thursday, February 11, 2010
Kemaskini
Kelas pengajian IT masih tertangguh lagi, alasannya tiada pelajar mahu diajak bersaing. Minah rakan sparring pun sudah lari Ke KL, pindah sana dengar khabarnya. Ada kawan mahu belajar Java, bolehlah jadi cikgu pulak.
Masa sudah cukup, nanti sambung lagi..nantilah..masih banyak cerita nih..alam batin..anak..wang..gossip kawan..bisnes car boot..ok.
Wednesday, December 09, 2009
Naik motorsikal senang mati
Ditambah lagi dengan cerita kawan-kawan, juga kematian yang melibatkan penunggang motorsikal semasa mereka datang ke tempat kerja semalam. Lagi cerita dalam akhbar Metro, kematian penunggang motor yang disebabkan peragut.
Senang saja para penunggang dan pembonceng motor ini mati. Terbabas langgar tembok, mati. Berehat tepi lebuhraya, tayar lori tercabut datang gelek, mati. Lori treler terbabas datang himpit, terbalik kena hempat, mati. Teralit tak sedar ada kereta berhenri di lorong kecemasan dan terlanggar belakang, mati. Aduhai...senangnya orang naik motor mati. Jadi tidak hairanlah bila statistik ops sikap yang dibentangkan di dalam media massa mencatatkan orang naik motor banyak mati.
Jadi bagaimana mahu mengurangkan risiko kematian ini, bawa motor perlahan sikit. Dulu kan ada kerajaan hendak mencadangkan kadar maksima kelajuan motor setakat 60-70km/j sahaja. Ada logiknya di situ. Tapi tidak praktikal lah pulak. Tapi itulah tahap kelajuan selamat untuk orang naik motor. Lebih pada itu kalau eksiden, terjatuh ka, terlanggar sesuatu ka, tak gerenti boleh hidup.
Jadi kalau mahu tunggang laju, pastikan bila jatuh tidak tertunggang-langgang, biar jatuh steady. Alaa, macam orang race kat grand prix atau cub prix. Pakaian pun mahu ala-ala geng racing jugak. Topi kaledar pulak, wajib ada prove SIRIM dan tidak expired (>5 tahun) serta ditambat kemas.
Lagi, kalau rasa pelik sikit kat motor, berhenti dan siasat dulu. Mana nak tahu tayar dah kurang angin dek penangan paku yang dah tercucuk. Atau ada skru yang sudah tercabut. Macam-macam kemungkinan yang ada.
Selebihnya, bacalah doa naik kenderaan dan pastikan tahap kecerdasan dan keawasan itu tinggi. Jangan naik motor tengah mengantuk atau lalog. Zikirullah banyak-banyak semasa di atas motor, tak payah nak sibuk-sibuk dengan henpon dan nak tengok sana-sini. Kalu ada apa-apa nak tengok kerling sudah. Kalu ada call atau sms masuk, cari tempat selamat, berhenti dan baru baca atau jawab.
Sekian, pesanan ini untuk diri-sendiri dan semoga terus selamat di atas jalan.
Amin, ya Allah..ya rabbal aa'lamin.
Tuesday, December 08, 2009
Dua kali air mataku tertumpah

Aku menangis kerana mengenangkan aku tidak memberi prestasi 100% kepada kerja ini, kerana rajuk aku yang panjang. Kerana merasakan aku sengaja dibekukan di sini. Tetapi takdir Allah yang mengatasi segala-galanya. Rupanya rezeki aku, insyaAllah di sini.
Keduanya, kawan aku sebentar tadi telah mengajak aku pergi menunaikan Fardhu Haji tahun depan melalui pintu belakang. Iaitu tidak melalui Tabung Haji dan pergi secara 'long Ranger' atau 'bag pack' melalui Thailand. MasyaAllah, Subhanallah dan Alhamdulillah. Tidak sesekali aku menyangka perkara yang sedemikian. Kosnya hanya sekitar RM5k sahaja dan masanya hanya seminggu. Betul-betul pergi buat kerja haji. Tiga hari sebelum Hari Raya Haji dan tiga hari lagi hari tasyrik iaitu sehingga Hari Raya Haji keempat.
Sebagai persediaan aku mesti pergi membuat paspot antarabangsa siap-siap dan seterusnya kursus Haji bermula sekarang dan perlu menyediakan diri mental, rohani dan fizikal untuk menyahut seruan ini.
Allahuakbar.
Nota : Kawan blogger di Mekah..En Manzlie.
Monday, December 07, 2009
Kajian kes - Pengurusan Atasan
Bos jabatan telah menugaskan dua orang eksekuifnya untuk ke jabatan baru seperti diminta oleh pengurusan tertinggi. Ini kerana wujud kekosongan mendesak di sana. Tiba-tiba, berita ini telah diketahui oleh orang bawahan di jabatan itu, maka mereka ini telah menghantar wakil untuk berjumpa dengan pengurusan tertinggi dan menerangkan sebab-sebab kenapa mereka tidak mahu mamat ini di Jabatan mereka dan bypass si ketua jabatan yang menugaskan dua orang eksekutif ini. Maka wahasilnya, pengurusan tertinggi telah membatalkan arahan bertukar kedua-dua mamat ini dan mengekalkan di jabatan lama. Orang pilihan mereka pulak yang dihantar di sana. Jadi si ketua jabtan ini sudah melenting kerana merasakan pengurusan tertinngi tida menghormati pilihan beliau sedangkan beliau diarahkan untuk memilih si mamat-mamat tadi.
Penyelesaian sepatutnya ikut sembang-sembang kami:-
1. Si ketua jabatan patut bertanya dulu pihak akar umbi samada bersetuju atau tidak dengan simamat ini jika dia ditugaskan ke jabatan mereka. Tidak semua orang suka pada bos. si mamat ini pun tidak baik hubungannya dengan staf bawahannya. jadi berita ini telah tersebar dan kebetulan jabatan itu pulak dalam banguna yang sama.
2. Tidak semestinya pegawai yang bagus dengan pihak pengurusan atasan juga bagus dengan staf bawahannya.
3. Ini cerita 'miss comunication saja', kalau pihak yang membuat keputusan berbincang dulu dengan masing-masing punya jabatan, ini kes tidak terjadi.
4. Lagi pun siapa sangka kakitangan bawahan boleh terus jumpa pengurusan tertinggi. Ini mesti makan air power root punya.
Saturday, December 05, 2009
Tak berniaga ke hari ini?
Thursday, December 03, 2009
Bukan Rezeki
"Dua staf menulis surat kepada pengurusan Uitm berterima kasih tetapi menolak kejayaan mereka untuk dinaikkan pangkat. Mereka jujur kerana tidak mahu berpindah meninggalkan kampus Segamat.
Langsung mereka tidak menerima kenaikan pangkat tersebut dan tidak pula merayu supaya dikekalkan dan tidak dipindahkan.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah, pengurusan menolak penolakan mereka tetapi mengekalkan penempatan kenaikan pangkat di Uitm Segamat.
Saya ceritakan kepada masyarakat Uitm Johor."Lihatlah kebesaran Allah. Kalau itu hak, bagaimana cara sekalipun ia akan menjadi milik kita!"
Tidak usahlah bersedih hati jika memohon kenaikan pangkat lalu tidak berjaya. Allah mengetahui yang terbaik untuk kita."
Nota : Tulisan ini sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang pilu kerana sudah lima kali gagal untuk kenaikan pangkat ke Jawatan Pegawai Tadbir di sini. Terima kasih Prof.
Beza pegawai sikit bawah
Rasa-rasa mereka ni dah hilang 50% kebahagiaan awal-awal pagi lagi..
Banding dengan kami..pagi-pagi cerita seronok semalam, kalau ada cerita apa-apa, seperti perlawanan bolasepak..boleh lawan kutuk hang aku dulu..pastu pi pantry, buat air secawan pekena apa yang ada..biasanya ada member rajin seponser..nasi lemaklah, mee, bihun, kuih-muih..pagi-pagi, kami sudah dapat 100% kebahagiaan. Hilang penat bersesak atau berhujan kat jalan, masa nak mai kerja tadi. Pastu jam 9 pergi minum berjam-jam..kadang-kadang kat Putrajaya, kekadang tu sampai KL pun pi minum jugak..alahai..bahagia yang amat. Itu pegawai paling bawah lah.. nak kata apa veteran zaman sebelum swasta punya. Rebus pun tak hempuk dah..
Jadi, macamanalah aku nak jadi pegawai atas sikit..pagi-pagi sudah hilang beberapa persen kemoodan. Mungkin itu sebabnya mereka ini banyak yang mati terkejut..sakit jantung dan angin ahmar, biasa menyerang puak ini. Tambah yang kurang beriman dan beramal soleh..lagi-lagi lah.
Wednesday, December 02, 2009
Menantu
Mari kita ke depan sikit..aku baru umur 42 tahun, tiba-tiba, eh eh udah nak dopet menantu esey yo..setahun lagi, mungkin dapat cucu pulak..Datuk pada umur 43 tahun. Jika ini ketentuan tuhan, aku redha seredhanya.
Sesungguhnya, airmata ibu sudah kering dan hati bapa sudah mati. Fitnah anak hebat sekali.
Alhamdulillah kami masih selamat di sini. Ujian datang dan datang lagi. Sudah berkali-kali muhasabah diri, tapi masih begini.
Doakan kebahagiaan kami, agar terus selamat di sini.
Thursday, November 19, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Hari-hari Hujan
Syukurlah, kawasan sini tiada banjir. Lagi pun atas highway apa nak banjirnya. Cuma kebasahan saja dek hujan yang lebat. Baju hujan baik pun kalau dah hujan lebat sangat, tembus juga airnya.
Masih dengan motosikal yang sama. Hendak berkereta tak sanggup nak bayar kosnya. Minyak + Tol, mak ooi..mahal tu. Tapi ada juga nyanyi kat bini, kalau digit meter dah pusing balik, bolehlah tukar motor lain. Sekarang ni dah 72000 lebih bacaannya.
Tapi, anak sulong pun nak motor jugak. RXZ pulak tu, nak yang baru lagi. Alahai, mano den nak cekau duit. Jadi den sabor je dengan motor yang ada. Sudah dekat dua tahun berulang dengan motor. Anak pun dah rajuk tak nak ngaji dah..balik dok rumah pak angkatnya. Itu yang sibapanya tak faham, nak ngaji ke nak motor. Ada motor baru boleh ngaji, takde motor???
Hujan-hujan ni, motor den rasa tayar tak lekat kat tar. Rupa-rupanya, tayar motor dah gelong. Sabar lagi lah..tunggu gaji baru nak tukar. Tukar tayar dan sport rim sekali. Rim sekarang dah bengkok, jatuh lubang.
Nampaknya, hujan pun sudah berhenti. Jadi, den nak balik dulu. Esok den cuti, anak den nak mula periksa SPM. Bagi la sokongan batin sikit, baca-baca apa yang patut. Tadi, geng exec datang nak tengok rakaman CCTV, rokok hilang..ceh. Hari itu jaket hilang, la ni rokok pulak. Esok besok lah tengok..nak balik dah ni.
Saturday, October 24, 2009
Kawan dan kerja tambahan
Malam ini dinihari masih kerja lagi. Tadi siang, dikejari kawan beberapa kali dalam minggu ini. Rupanya ada udang sebalik mee. Mahu disuruhnya aku menjaga gerai burgernya. Ditanya upahnya semalam, tidak dapat dikasi tahu. Disuruh kerjain dulu dan nanti dikira upahnya. Lalu bagaimana, mahu diterima atau sebaliknya.
Hakikatnya, aku sudah tidak mahu menjadi kuli lagi. Jika ingin berbisnes dan memang telah berbisnes pun, ingin jadi tokey. Atau kuli pada perniagaan sendiri. Tidak mahu menjadi kuli pada orang atau majikan atau apa-apa yang seumpamanya. Tapi betul degil kawanku ini. Dulu pun pernah aku menolak tawaran ini, kerana aku tidak mahu terikat lagi. Cukuplah dengan majikan yang sedia ada ini.
Lalu bagaimana ya..tentu tidak diterima. Cukuplah dengan hobi hujung minggu aku ini. Tidak mahu lagi dibebani dengan kerja tambah empat kali lagi seminggu. Minggu standby, aku di sini. Jika tidak aku pulang bersama anak isteri.
Cukuplah nak balik dah..
Wednesday, September 09, 2009
Kursus oh kursus
Hari Ahad lepas saya telah menghadiri kursus Berhijrah Menjadi Usahawan dengan Tuan Shamsuddin Kadir di Taman Permata, Ulu Kelang. Orang yang pertama sampai kerana menyangka kursus bermula jam 8 pagi tapi sebenarnya jam 9. Telah lama bercita-cita untuk menghadiri kursus ini dan inilah peluang yang dinantikan sudah tiba. Cuba juga ajak kawan-kawan yang ada bisnes part-time tapi masing-masing sibuk. Almaklumlah bulan puasa, bisnes larinya kencang kata mereka.
Kursus yang sangat bagus dalam mengubah minda supaya berada di tahap yang sepatutnya di dalam dunia bisnes. Permulaannya diceritakan mengenai tiga kategori orang. Orang miskin, suka cerita tentang orang lain, orang sederhana suka cerita tentang benda dan orang kaya suka cerita tentang idea.
Kalau hendak buat bisnes kena ada bakat berbanding minat. Contohnya, si suami yang tidak berminat masak tetapi sekali sekala disuruh memasak oleh sang isteri ternyata masakannya sedap dan mendapat puji-pujian dari isteri dan anak-anak. Katanya lagi, tangan akan terbakar dan duit akan hangus kalau masuk bisnes yang kita tiada bakat di dalamnya.
Juga perbezaan antara kesusahan orang makan gaji dengan orang bisnes ada 9 berbanding satu. Bisnes ini bermula dengan idea (kesusahan orang bisnes) dan kemudian networking dan barulah modal. Berbeza dengan tanggapan orang makan gaji yang sangka hendak buat bisnes kena ada modal dulu. Tiada modal bisnes pun tidak jalan.
Kemudian diadakan sesi perbincangan berkumpulan untuk menjana idea bisnes yang mempunyai lautan biru di dalamnya. Setiap kumpulan dikehendaki menjana tiga idea bisnes dan kemudian membuat persembahan bagi menarik minat semua peserta kepada idea itu.
Seterusnya, masing-masing ada laluan sendiri untuk berjaya dalam bisnes ini ikut apa yang ditentukan tuhan dengan anugerah bakat yang ada dalam diri. Tidak perlu ikut orang, cuma tengok ciri-ciri kejayaan yang ada pada mereka yang berjaya. Bukan ikut sebijik-sebijik.
Bisnes juga perlu ada perjuangan, baru kita dapat kekalkan motivasi yang tinggi dalam menjalankan bisnes, contoh aiskrim Wall - Hidup Biar Sedap dan PTS - Bebas rasuah serta syariah compliant. Juga dinyatakan sumpahan dalam bisnes yang akan lingkup dalam tiga tahun, jika hanya fokus kepada duit semata-mata.
Bisnes semestinya perlu banyak idea dalam kepala supaya banyak percubaan dapat dilakukan. Jangan jadi hakim kepada idea itu atau jadi sebagai pihak customer pulak.
Tugasan berkumpulan seterusnya ialah bagaimana hendak menjalankan bisnes dengan modal permulaan RM100 dan menjana income RM3000 bersih selepas enam bulan. Banyaklah idea yang dapat dikeluarkan dan berpotensi untuk dijalankan. Antaranya, sewa ikan hiasan termasuk servis sekali ke rumah.
Kesimpulannya, mindset kena tuned bagi betul dulu sebelum buat bisnes. Bisnes bermula dengan idea dan bukannya modal. Masuk bisnes bukannya fokus kepada wang tetapi kerana ingin bebas dan ada prinsip yang hendak diperjuangkan. Bisnes juga memerlukan jaringan yang banyak supaya dapat saling tolong menolong. Jadi dinasihatkan jangan main lawan harga dalam bisnes nanti akan membunuh jaringan perniagaan.
Jadi balik kerja makan gaji nanti, anggaplah kita sebagai tuan punya kepada company/majikan tempat kita bekerja itu. Dengan kata lain pekerja yang berfikir seperti majikan - How to cut cost and to market this produk/servis for this company. Dan mulalah melantik mentor di kalangan orang yang sudah berjaya dalam bisnes dan baik agamanya.
Akhir kata, Berkawanlah dengan orang bisnes kerana jika kita ingin terbang jangan berkawan dengan ayam(If we want to fly...).
Sekian.
Wednesday, July 15, 2009
Negatif
Result interview belum keluar. Kawan sudah nyanyi dan juga bos no.2. Mungkin depa tau. Sebab kenal orang dalam. Cadang kalau dapat, pi survey tempat. Tengok kalau boleh makan cekak dak..kalu tidak lampung kasi hai hai bye bye..semoga bertemu dilain lembaran. Tapi, boleh ka tolak..silap-silap dapat surat saman tatatertib..nanya pulak.
Minggu lepas pi kursus Fertigasi di KTPUS, Rembau. Kursus pertanian kali kedua selepas kursus kambing di Seberang Jaya, lama dulu. Rasa teruja, macam main dengan kambing itu hari. Kenangan lama 1985-1988 di UPM dulu berulang kembali. Belajar bancuh baja, main cocoapeat masuk dalam polibeg. Dan modal, lima duit tak kena, makan dan penginapan disediakan lagi. Pegawai yang mengajar ada pengalaman lima tahun dalam fertigasi. Mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang ada sebaik mungkin dengan masa yang terhad. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. "Encik! dulu kursus ada sudah bela kambing..aaaaada..kat kedai mamak..gulai kambing. Ada lagi kat Restoran Hj Samuri, satay Kambing..he he.. Sedap tau.
Minggu depan ada court kes, blank..tak dak pengalaman langsung dengan court mencourt ni. Court Marmoth biasa lah dulu...Mengikut artikel bla bla bla..boringggggggggggggggggg habis.
Sapa baca dan tersangkut kenegatifan ni, wa tak tanggungjawab.
Nota : Gambar fertigasi ada tangkap, tapi malas nak upload.
Monday, June 08, 2009
Otai Rempit - GT128
Dalam tunggang uji(=pandu uji) Majalah Roda-Roda Jun2009(mukasurat 26), sekali henjut sudah cecah 120-130 km/j dalam gear ketiga. Top speed boleh cecah 160km/j. Ayo-yo, banyak laju oo ini motor.
Ini adalah motor ketiga dalam sasaran, sebelum ini jatuh hati dengan CBR150, kemudian Kriss120 dan ini bila lagi mahu beli. Tunggu duit lebihan potongan income tax, boleh kot?
Cita-cita yang belum terpadam..selagi masih merempit sejauh 120km ulang alik, Senawang - Kajang.
Hari sabtu lepas, hari yang mengembirakan kerana dapat bermain di lorong paling laju, lorong ketiga. Sebabnya, trafik lebuhraya ke Selatan bergerak perlahan. Jadi, Kriss100 bermaharajalela pada pagi Sabtu itu dengan kelajuan yang selamat-60km/j..cihh, ingatkan laju sangat dah.
Wednesday, June 03, 2009
Pintu Belakang
Sekarang ni, baca ikut pintu belakang sajalah. Buka email gmail dan baca macam baca email. Tak tau pulak apa jadi kat blog kawan yang dibaca melalui pintu belakang ni. Trafik jadi kurang sorang kot, atau kalau dia trace orang mai blog dia tak jumpa dah mamat ni masuk blog dia.
Try dan test untuk baca paper Kosmo tengok, tak boleh lah pulak. Pasal tak dak fungsi FEED kot, sebab tu tak boleh. Untuk makluman korang, paper Kosmo dan Metro pun depa block, apa la punya turr. Sekarang ni kita bukan mahu baca paper BH dan UM dah, merapu dan membodek saja kerja depa.
Tengah menuai ni..ot sampai depa habis kerja lay cable network.
Monday, June 01, 2009
Rumah berhantu

Tidak lah besar gangguannya itu, tidak sampai merasuk pun, Cuma sesekali menjelma di atas katil dengan bayangan seperti orang dulu-dulu yang memakai kerudung, dan kadang rajin bertukang di dapur dan juga terbaru menyahut panggilan anak aku yang memanggil ibunya sepulang dari bermain.
Kerana kerapnya gangguan itu, aku pun memanggil ustaz ke rumah untuk melakukan sesuatu. Tapi semasa ustaz melakukan upacara aku tiada di rumah kerana perlu ot, ganti dengan biras saja yang diminta untuk azan. Kata ustaz benda ini besar, dan memang telah berada di situ sejak lama dulu. Sekarang ustaz telah memagar kembali dan minta kami menjaga amalan, baca Quran sekerapnya dan bila masuk ke rumah jaga adab-adabnya.
Nanti ustaz hendak memperkemaskan lagi pagar yang telah dibuat. Mahu dipasaknya empat penjuru rumah pulak. Sehingga masa ini, tiada lagi ada cerita dari anak dan isteri tentang makhluk ini. Tunggulah tengok, tapi kejadian di luar pagar rumah itu, tidak kisah dah. Janji, jangan masuk dalam rumah. Itu cerita anak isteri akulah, diri sendiri tidak pernah terjumpa atau terdengar pun benda yang depa dok kalut ni. Hairan jugak, tapi syukurlah..bukan berani sangat pun.





