Monday, June 01, 2009

Rumah berhantu

Rumah yang aku duduki sekeluarga sekarang berhantu. Sebelum kami duduk berapa usaha telah dilakukan untuk menyahkan hantu dari situ. Antaranya, memanggil Ustaz untuk memagar keliling rumah. Tapi, si ‘Dia’ tidak ke mana, Cuma tidak dapat memasuki rumah dan kawasan pagar kerna telah di’pagar’ oleh Ustaz, baru-baru ini, entah macamana pagar itu bocor, dah hantu berjaya masuk.

Tidak lah besar gangguannya itu, tidak sampai merasuk pun, Cuma sesekali menjelma di atas katil dengan bayangan seperti orang dulu-dulu yang memakai kerudung, dan kadang rajin bertukang di dapur dan juga terbaru menyahut panggilan anak aku yang memanggil ibunya sepulang dari bermain.

Kerana kerapnya gangguan itu, aku pun memanggil ustaz ke rumah untuk melakukan sesuatu. Tapi semasa ustaz melakukan upacara aku tiada di rumah kerana perlu ot, ganti dengan biras saja yang diminta untuk azan. Kata ustaz benda ini besar, dan memang telah berada di situ sejak lama dulu. Sekarang ustaz telah memagar kembali dan minta kami menjaga amalan, baca Quran sekerapnya dan bila masuk ke rumah jaga adab-adabnya.

Nanti ustaz hendak memperkemaskan lagi pagar yang telah dibuat. Mahu dipasaknya empat penjuru rumah pulak. Sehingga masa ini, tiada lagi ada cerita dari anak dan isteri tentang makhluk ini. Tunggulah tengok, tapi kejadian di luar pagar rumah itu, tidak kisah dah. Janji, jangan masuk dalam rumah. Itu cerita anak isteri akulah, diri sendiri tidak pernah terjumpa atau terdengar pun benda yang depa dok kalut ni. Hairan jugak, tapi syukurlah..bukan berani sangat pun.

No comments: