Thursday, June 30, 2011

Empat Perangkap Dunia Pegawai Baru

Semasa saya dekat UPM dulu, seorang orang lama telah menasihatkan saya supaya mengelak dari terkena empat perangkap atau penyakit yang banyak terkena kepada lulusan universiti yang keluar dari Universiti dan menjawat Jawatan Pegawai.
  1. Perangkap Judi
  2. Perangkap Arak
  3. Perangkap Dadah
  4. Perangkap Betina
Banyak-banyak perangkap di atas yang agak selamat perangkap suka main betina, kalau yang lain itu..habis.

Wednesday, June 22, 2011

Syaitan gagal lagi


Gagal lagi untuk meruntuhkan 'Masjid'..

Wednesday, June 15, 2011

Recharge - Buat Sampai Jadi

Kat mana lepak sekarang ini..bukan kat facebook..kat sini le hadzrin.com

Monday, June 06, 2011

Terima kasih LHDN

E-filling yang disempurnakan pada 4 April 2011 yang lalu telah membuahkan hasilnya. Ini dia cek bayaran balik dari LHDN yang telah tiba di rumah pada 3 Jun 2011. Syukur Alhamdulillah.

Friday, June 03, 2011

Pendinding dan pembenteng Ampuh Darul Ansar

Salam,

Boleh diamalkan dan disebarkan..insyaAllah berkesan.

Monday, May 30, 2011

Ujian Darah dan badan dengan COHORT

Untuk rujukan di masa hadapan..untuk komposisi badan baca bacaan sudut kanan bawah..berat badan tidak cukup 1.8 kg, lemak badan kena buang 4.9 kg dan otot atau muscle kena tambah 6.7 kg.

Tadi pagi pergi ke Despensari majikan, MA kata tidak payah makan ubat buang lemak kerana belum cukup tinggi kandungan kolestrol dalam darah. Kemudian member cakap, dia tidak ada ubat untuk buang lemak sebab tu dia cakap macam itu. Jadi kenal rujuk klinik panel untuk pengesahan. Berkenaan sel darah putih dan darah merah yang kurang, MA tu cakap mungkin masa depa ambil darah tengah demam kot. Okay, boleh percaya cakap MA ini bab ini.

Untuk makluman, ini pertama kali periksa kandungan darah.

Thursday, February 24, 2011

Saturday, January 15, 2011

Diri ditahun 2011M/1432M

Salam sejahtera,

Ada kawan bertanya maka kena jawab. Anak sulong masih buat hal sendiri, kerja pasar malam dengan impian yang tinggi untuk berdikari pada suatu hari nanti. Moga suatu hari dapat memulakan perniagaan sendiri.

Anak kedua masih di Uitm dengan kursus Diploma Sains Asasi, walau pun keputusan peperiksaan semester agak kurang memberangsangkan, harap dapat meningkat pada semester kedua ini.

Anak ketiga akan menduduki PMR tahun ini, nampaknya semangatnya tinggi untuk skor 7A. Doakan kejayaan untuknya.

Anak keempat telah lepas UPSR dengan keputusan 2A 3B. Okay lah bagi pihak dia kerana kawan-kawan sepermainan pun begitu.

Anak kedua ditahun 3, masih bersedih kerana kematian anak kucing peliharaannya.

Okay sudah jawab pasal anak-anak. Diri ini pulak, macamana? Masih bekerja di dalam Uniten Kampus Putrajaya dengan jawatan yang sama. Masih menunggu keputusan temuduga Pegawai Pentadbir dan Pengurusan, dijangkakan dalam bulan Mac ini. Mungkin kena pindah ke tempat lain. Atau kena pindah jugak ke KL atas jawatan sekarang jika bos mahu. Cadang hendak dipindahkan awal Januari tahun ini, tapi tidak menjadi. Kalau kat sana nanti kena kerja shif pulak dan kemudahan kuaters yang ada akan ditarik balik.

Pengajian kelas malam, hari rabu yang lepas pergi untuk mendaftar semester baru di Cosmopoint Seremban tapi tidak ada partner yang boleh join. Kena tunggu semester depan baru ada budak baru yang boleh ikut join sekali. Tangguh lagi, ada enam paper lagi yang perlu dihabiskan, walau pun rasa hendak berhenti sahaja.

Kelas malam lain, sudah mendaftar dan memulakan pengajian Diploma Perubatan Islam dengan Darul Ansar Seremban pada Isnin 10.01.2011 yang lepas. Tapi pengajian diploma ini tiada pengiktirafan dari MQA atau mana-mana kementerian. Macam pengajian perubatan Islam yang lain. Pengajian mengambil masa dalam 10 bulan ke setahun untuk dihabiskan.

Sekian dulu buat masa ini.

Friday, December 24, 2010

Orang tua kena sokong

Orang tua-tua kena beri sokongan bukan diperlekehkan. Tidak usahlah hendak bertelagah dengan orang tua-tua, ikut sajalah apa yang dimahu buat dan perakukan apa yang dikata selagi tidak bercanggah dengah syariat dan undang-undang.

Jika dia bercakap bab politik yang dia sokong, setuju sajalah walaupun kita di pihak sebaliknya. Jika dia mahu buat sesuatu perkara yang dia minat, biar sajalah atau berikan sokongan jika mampu.

Dalam perkara ini, saya menyokong isteri dalam menurut apa yang dikehendaki oleh jiran kami supaya menebang pokok betik dalam kawasan pagar rumah tetapi berhampiran dengan pagarnya. Alasan, akar pokok betik akan merosakkan pagar tembok rumahnya nanti. Walaupun macam tidak masuk akal, tetapi tindakan itu akhirnya akan menyenangkan hati semua pihak kerana berapa minggu selepas itu, jiran ini pun meninggal dunia.

Sekali lagi diulang, bersabarlah dengan orang tua. Layan sajalah, tidak perlu bertelagah.

Tuesday, December 21, 2010

Kau claim je

Bila bos sudah suruh, "kau claim je", apa lagi dapat Den nak buek. Sign je lah..nanti bos jawap. Tapi takut bos lupa atau ingat mazhab sama. Ada staf dia ikut bos, kalau bos kata buat walau langgar syariat, maka dia pun buat.

Den, kalau ragu-ragu Den tak claim. Contoh, pergi ke pejabat lain atas arahan kerja, naik motorsikal. Hendak claim guna milleage apa? Kereta, kerana layak kereta. Tapi naik motorsikal, then Den tidak claim. Ada nak selamat, claim guna teksi.

Tengok masing-masing mazhab..kalau mazhab ahli sufi..then claim betul guna milleage motor, kalau banyak sangat soalannya..tidak payah claim, tamat.

Monday, December 20, 2010

Antara layan tetamu dan solat jemaah di masjid



Di antara kedua ini, mana yang lebih utama. Mungkin ada berkata, ambil jalan tengah iaitu layan tetamu dan kemudian ajak pergi solat jemaah di masjid. Tetapi biasanya, kita melayan tetamu dulu dan kemudian solat jemaah bersama tetamu di rumah.

Masih mencari mana yang utama, kerana pernah terkena kutuk kerana meninggalkan tetamu yang sedang makan untuk pergi solat berjemaah di masjid. Kutukan yang teruk, sehingga diungkitnya orang yang telah meninggal.

Hendak turun ke kafe bawah untuk layan tetamu, walhal cadangan awal untuk solat berjemaah di masjid...masih keliru.

Kemaskini 24.12.2010: Malam ini mahu hadir sekeluarga untuk mendengar ceramah Prof MKI di Masjid Jamek PD..selepas maghrib.

Tuesday, September 28, 2010

Panggil 999 - Lebuhraya tak clear

Seumur hidup aku, ini adalah kali pertama aku memanggil talian 999. Seingat aku, belum pernah aku menggunakan talian ini. Kejadian ini berlaku semalam, di KM261.2 arah ke Utara, antara Tol Rasah dan Tol Seremban. Seorang penunggang motorsikal Yamaha Lagenda telah terlanggar besi berbentuk V dan tergolek di lorong kecemasan. Oleh kerana aku orang yang mungkin ketiga melalui tempat itu maka dengan spontan berhenti memberikan pertolongan.

Bersama si mamat seorang lagi kami membantu mengangkat mangsa ke tepi, ke atas rumput. Aku kemudian, mengambil besi yang telah dilanggar itu dan meletakkannya di tepi. Kemudian menanya si mamat ini, samada dia tahu number PLUS. Goleng kepala, macam mamat Indon je..cuba try call 999, walaupun masih was-was. Ada orang jawab, memberikan butiran yang diminta. Seorang India telah kemalangan tetapi tidak parah, tangan kanan luka.

Operator 999 tanya nama, no. henpon dan lokasi kejadian, kemudian suruh tunggu sekejap untuk pass line ke hospital. Kemudian orang hospital menjawab dan berjanji untuk hantar ambulan ke lokasi. Beri pesan pada si mangsa dan mamat sorang tu, kata ambulan on the way dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Ingatkan sudah lewat masuk kerja, tapi masih ada lagi masa dalam waktu kecemasan. Untuk makluman, majikan memberi 10 minit selepas jam 8.00 pagi untuk waktu kecemasan. Jadi tidak perlu declare lewat dengan mengisi borang datang lewat.

Sejak 2-3 hari kebelakangan ini, lebuhraya macam tidak selamat. Banyak kesan kemalangan baru dapat dilihat. Ada yang terbabas melanggar divider di tengah dan juga masuk longkang. Mungkin juga ops Sikap sudah tamat tetapi Raya belum habis, tempat kami sebelah selatan sini, khususnya area Seremban rayanya sebulan. Mungkin juga hujan yang asyik turun kebelakangan ini dan juga mungkin orang mabuk makan selepas sebulan berpuasa. Akhirnya, mungkin hantu dan syaitan membalas dendam setelah sebulan kena ikat.

Wallahuakhlam..berhati-hatilah di Lebuhraya. Peringatan untuk diri sendiri dan para pengguna lebuh/jalan raya.

Tuesday, September 21, 2010

Atasi tekanan mental


Petua ini diambil di sini...

Tujuh langkah menangani tekanan mental:

1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan kita
  • Akui kekuatan dan kelemahan diri kita

  • Bersikap positif semasa melakukannya

  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan kita

  • Merasa seronok untuk bekerja

2. Rancang kerja kita

  • Kendalikan masa kita dengan bijak

  • Beri keutamaan pada kerja yang penting

  • Jangan bertangguh

  • Mengagihkan kerja dengan baik

3. Tingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik

  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

  • Ambil tindakan sewajarnya

4. Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

  • Rancang perubahan secara teratur

5. Amalkan komunikasi berkesan di tempat kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

  • Hormati pandangan rakan sekerja kita

6. Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja

  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu kita dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah

  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

  • Luangkan masa kita untuk membantu rakan yang bermasalah

7. Amalkan cara hidup sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam selalu

  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

  • Amalkan nilia-nilai hidup murni dan berpegang teguh pada ajaran agama



Monday, September 20, 2010

Updated gambar profile blog


Setelah sekian lama saya menggunakan gambar gelap yang berlatarkan pemandangan di bangunan pejabat, baru kini dapat dan teringin untuk kemaskini gambar lain. Tetapi, gambar itu pun bukan yang paling terkini. Gambar itu adalah editing dari gambar digital yang digunakan untuk membuat lesen baru. Ini setelah lesen yang ada pada masa itu telah hilang diperjalanan ke tempat kerja pada Disember tahun lepas(2009).


Setelah diedit mengunakan program Microsoft Paint, maka itulah gambar yang dapat dihasilkan. Terkecik la pulak.


Ini mungkin gambar terkini kot..setelah selamat mendarat dari aktiviti 'flying fox' semasa program 'Team Building" kat Janda Baik, Pahang pada bulan Ogos 2010, dua hari sebelum berpuasa.


Friday, September 17, 2010

Terlupa teruk

Hari ini, hari Jumaat tapi entah apa yang menganggu di fikiran saya hampir terlupa untuk solat Jumaat. Waduh, kelupaan yang dasyat. Bila tersedar, jam sudah 1:30 tengahari dan rasanya khutbah Jumaat pun sudah habis. Maka bergerak dari tingkat 5 turun ke bawah dan perlu lagi satu kilometer lebih untuk sampai ke masjid, sempat jugak tumpangkan pelajar yang juga sudah lewat dan sesampai di masjid betul-betul solat Jumaat baru hendak dimulakan. Nasib baik sudah ambil air sembahyang. Teruslah sembahyang.

Cerita balik dari kerja pulak, baru bercadang hendak isi minyak kemudian terlupo la pulak. Sudah ada atas Lebuhraya baru teringat, minyak petrol belum isi. Motorsikal ini, jika minyak ada bawah paras setengah di penanda meter tidak sempat sampai ke RnR Seremban untuk topup minyak pulak. Terpaksa la keluar ke Tol Bangi dan cari Stesen Minyak, kemudian baru ingat lagi belum masukkan duit ke akaun anak, pergi pulak ke Maybank masuk duit anak dulu dan isi minyak dan teruskan perjalanan balik ke Senawang.


Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 43 vs 53




Hari ini, hari Merdeka bersamaan dengan harijadi aku, kurang 10 tahun dari tarikh merdeka. Seperti biasa, jarang sangat famili ini hendak sambut harijadi aku. Cuma si kakak yang mengucap selamat hari lahir, perempuan kan. Tadi petang, sempat aku pergi melawat dia kat Uitm Kuala Pilah dan disamping mengambil slip salinan bayaran yuran pengajian yang telah disahkan.

Risau mengenai kelulusan PTPTN, takut-takut tidak lulus. Aku masih ada hutang dengan PTPTN ini sebanyak RM10k dari pengajian Diploma IT yang masih tertangguh lagi. Tidak tahu bila hendak mula balik, ada pergi jengok kolej cuti Nuzul quran minggu lepas. Daftar subjek untuk kelas semester ini bermula pada 1 September ini. Cadang hendak tukar kursus dari software ke Network, disebabkan tiada kawan untuk kursus ini. Tapi tak jumpa lecturer lagi aka mentor untuk tanya pendapat.

Apa-apa pun nanti updated.

Friday, August 27, 2010

Celcom Broadband prepaid

Salam,

Demi untuk berjimat, guna broadband prepaid ini sajalah. Sekali topup RM20 dapat guna seminggu. Sebelum ini sudah beli modem broadband ini kena RM300 lebih jugak. Konon offer, selepas itu ada offer yang lebih baik lagi. Tapi, bila pergi tanya modem sudah habis. Sekarang ini ada offer lagi, tapi belum tanya lagi. Kononnya RM48 sebulan, ada diskaun lagi RM10.

Alhamdulillah, syarikat beri bonus setengah bulan gaji buat belanja Raya. Bolehlah beli baju raya anak-anak dan belanja belajar sikakak kat Uitm.

Sekian.

Monday, August 09, 2010

Waspadalah wahai Gadis Bawah Umur




Sedang mencari mengenai Akta gadis Bawah Umur dan kemudian jumpa artikel ini. Kesimpulan ringkas, jangan kita tertipu dengan istilah romantis lelaki jenis ini, nanti akhirnya menjadi "Tipah tertipu Bang" atau habis madu sepah dibuang.

Mereka ini, si Jantan Lombok (maaf, tidak layak dipanggil Jejaka) adalah golongan Pedofilia yang suka seks dengan kanak-kanak. Atau Gergasi dari Seberang yang mahu 'makan' kanak-kanak di sini.
Sedarilah, kasih sayang perlu disertakan dengan tanggungjawab. Jangan bila terdesak dan perlu, ambil dan kemudian bila sudah menjadi liabiliti dan tangunggan, buang.

Pesanan untuk diri dan Ibu-Bapa sekalian..berhati-hatilah.

Friday, June 25, 2010

Sensor kebatinan

Sejak mempelajari kebatinan ini, ada dua sensor yang berjaya dirasai setakat ini. Jika kepala pening mungkin tempat itu ada makhluk halus atau ada orang main mandrem(sihir) atau ada benda sihir di situ.

Kalau ada sakit bahu pulak, bermakna ada hajat/amanah orang yang perlu ditunaikan. Contohnya sebentar tadi ada rasa sakit bahu, rupanya kawan berhajat untuk meminta sumbangan bagi meraikan kawan yang hendak bersara. Tunai hajat, legalah sakit bahu.

Juga contoh perawat Islam ini..http://www.urutbatinrawatsihir.com/2010/06/sakit-yang-tiba-tiba-hilang-keajaiban_22.html

Terkini..Hari Sabtu esok 26 Jun 2010, kami sekeluarga akan menghantar anak yang kedua mendaftar masuk ke Uitm Kuala Pilah bagi pengajian Diploma Sains Gunaan. Anak kedua, perempuan..bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Syukur banyak kepada tuhan, PTPTN sudah bagi pendahuluan RM1500, kalau tidak susah jugak hendak cari duit untuk persiapan masuk belajar ini.

Bapanya pun bercita-cita sedemikian juga..cita-cita terkini..tapi doktor perubatan alternatiflah..mungkin boleh gabung refleksologi, Iriodologi dan perawat Islam.