Tuesday, April 28, 2009

Kebatinan

Aku mengenali ilmu batin sejak dari kecil lagi..

Itu terutamanya apabila semasa kecil di tahun 70an kita dipopularkan dengan Silat Nasrul Haq..maka hebohlah seluruh kampung untuk mempelajari ilmu ini. Kami yang masih kecil tahun 4 mungkin hanya dapat menyaksikan kehebatan ilmu ini. Nak join tak boleh noo, kecik lagi. 4-5 orang pukul seorang tapi tak kena tu, biasalah. Cuma satu saja yang tidak berpeluang untuk melihat mereka yang menuntut ilmu ini terbang dari pokok ke pokok. Betul ka boleh terbang atau gimik saja pun tak tau lah. (Akhirnya, kerajaan mengharamkan Silat ini).

Pada tahun 80 an pula kita dihebohkan dengan Filem Selangkah ke Alam Batin. Maka ’glamourous’lah silat jenis ini. Dan aku pun tak kecuali, join sekaki. Belajar dan belajar dan penamatnya maka Mahaguru pun menurunkan amalan kebatinan untuk diamalkan. Mulanya aku boleh dua dan kemudian lagi tiga. Tapi yang aku berani amalkan, hanya dua saja. Satu ibu amalan dan satu lagi pendinding. Pembisa, penunduk dan pengerun, tak berani untuk diamalkan. Takut salah bawa.

Dan bila aku berpindah duduk kat Kedah pulak, maka heboh pulak pasal Silat Tomoi. Macam biasa peminat ilmu kebatinan ini tidak melepaskan peluang. Dua ke tiga tempat jugak aku pergi belajar, tapi ada yang mula-mula tak berapa menjadi. Yang menurun sampai lupa diri pun ada. Silat apa nama pun tak ingat dah, tapi ada berantai kat belakang. Singa Berantai ka, atau Rimau Berantai. Akhirnya, aku jumpa jugak dengan Tok Guru Silat Tomoi ni kat Kuala Ketil. Tengok dia main ’punching bag’ cantik dan kemas. Terus join, belajar sampai penamat. Sekarang ni pun masih ada gelanggang kat sana. Dan setiap kali ada penamat, Tok Guru tak lupa panggil aku hadir sama. Kalu mahu, boleh ’menarik’ sekali.

Apa yang aku simpulkan antara batin, silat dan tomoi ini ialah Tomoi lebih kepada memantapkan fizikal dan kepantasan serta lasak. Tapi, buah kurang, kena guna buah silat. Batin pulak kena guna masa lawan untuk pendinding dan ketahanan.

Itulah pengalaman ilmu kebatinan yang aku pelajari tapi tidak tahu nak guna. Jadi, janganlah kamu cuba mahu nak mencuba. Sure aku tak tau apa punya. Maksud aku, tak tahu yang kamu cuba menguji ilmu kebatinan yang ada kat aku.

Semasa temuduga hari tu pun aku cakap, persediaan untuk interview ini hanya meningkatkan amalan kebatinan. Yang lain aku tak prepare apa. Dah tahu dah apa depa nak tanya, kan dah empat kali hadir temuduga macam ni. Maksud aku, amalan kebatinan ini ialah amalan kerohanian seperti zikir banyak-banyak, baca Quran dan solat-solat sunat. Karang terkejut beruk pulak si panel interview tu. Ilmu batin apa pulak.

Maaf, belum habis cerita pasal interview..nak kekalkan momentum ini sampai dapat post ini.

Nota:
’Menarik’= menjadi rakan lawan kepada mereka yang mahu penamat.

No comments: