Monday, July 28, 2008

Fikirlah sendiri

Hari ini kami sedang diaudit oleh pasukan audit keselamatan di tempat kerja atau dikenali sebagai SEMS(Safety Excellence Management System) audit. Audit ini berkait rapat dengan OSHA(Occupational Health and Safety Act). Banyak perkara yang ditegur dan terkadang kami terlepas pandang mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kami.

Aku tidak terkecuali antara orang yang ditanya samada pernah dihantar berkursus mengenai OSH ini. Juga kelayakan yang ada untuk mengendalikan peralatan elektrik dan komputer.

Mengenai alatan komputer memang ada, baru saja graduat dan berkonvo bulan Mei yang lepas. Tapi, tentang alatan elektrik minta maaf tidak pernah pun ada kursus yang dijalankan.

Aku pernah email kepada pihak pengurusan mengenai perkara ini seperti ini:

Tajuk : Arahan di luar bidang tugas dan merbahaya.

Salam,

Semenjak kejadian bau hangit yang berpunca dari kabel 3 fasa tidak diikat kemas dalam panel 415v aircond pada malam 24 Mei hari itu, saya merasakan sudah sampai masanya untuk tuan sedar dengan arahan yang membahayakan kesihatan dan nyawa saya. Tuan-tuan para eksekutif sekalian perlu sedar dan faham bidang tugas dan tanggungjawab saya di sini.

Pada malam kejadian bau hangit itu, saya telah diarahkan oleh En. RRR untuk memeriksa punca bau hangit itu dengan membuka panel elektrik aircond 415v. Apa akan jadi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin ke atas saya jika arahan itu dipatuhi. Saya pasti dan pasti tentu tuan-tuan sekalian akan lepas tangan. Ini kerana bidang elektrikal tidak termasuk dalam kompetensi saya. Dan lebih malang lagi mungkin saya tidak di’cover’ oleh insuran syarikat.
Kalau mati jadi mati katak lah, kalau terbakar maka sakit free saja dan kena lagi tindakan tatatertib. Nauzubillah himin zalik.

Sekarang pula, saya diarahkan oleh En. SSS untuk membuka penutup PAC(Precision aircond) bagi memeriksa samada berlaku kebocoran minyak dalam keenam-enam PAC di sini. Adakah ini termasuk dalam bidang tugas saya dan adakah saya kompeten untuk melakukan?

Saya harap tuan-tuan dapat clear dulu perkara ini, sebelum memberi arahan yang mungkin merbahaya kepada kesihatan dan nyawa saya.

Sekian.
Skru yang menyala kerana tidak diikat kemas dan telah berlaku percikan api -punca bau hangit.

Sekarang "lu fikirlah sendiri"..arahan yang tidak betul(tidak dalam bidang tugas) dan apatah lagi merbahayakan nyawa anda janganlah diikuti..moral cerita.

No comments: