Wednesday, July 25, 2007

Mari makan






Mari makan sayangku.

Di sini, makannya mewah. Tadi jam 7.30 makan, nanti jam 10.00 makan, tengahari jam 12.30 makan. Petang nanti, jam 4.00 makan dan nanti jam 6.30 makan. Malam nanti, keluar makan lagi.

Tidak seperti jika aku, tinggal di Jalan Pantai Dalam atau bekerja di Jalan Bangsar. Di sana, pagi aku makan..tiada pilihan, milo panas atau roti potong atau canai. Tunggu pulak tengahari, kadang-kadang aku makan, kadang tidak. Kalau lapar aku makan saja stok yang ada di sana, roti biskut dengan milo air mesin. Kadang-kadang, mee atau bihun segera. Makan jugak, walau pun aku tahu tidak baik untuk kesihatan. Tapi, syukur pada tuhan kernaku masih sihat. Jika kerja aku shif petang, pulang nanti makan nasi lemak di gerai depan kawasan tempat tinggal aku. Nasi lemak pun, tidak bagus untuk kesihatan. Tapi, makan jugak sebab itu yang senang dan murah.

Nasi lemak di Lembah Klang. Bagi aku, satu keajaiban. Hanya mungkin di sini orang makan nasi lemak di tengah malam. Hinggakan restoran mamak pun ada jual nasi lemak.

Selamat makan sayangku, aku pasti kau cukup makan di sana. Berbanding aku di sini, kerna berat aku makin susut dan kamu tidak pernah turun turun.

No comments: