Tuesday, July 24, 2007

Kawan

Seila kawanku semasa pengajian BBA PJJ di tahun 2000 hingga 2005. Tidak tersangat cantik, tetapi kecil, molek, menarik dan tertarik. Dalam kumpulan belajar kami, dia adalah yang paling muda, umur 24 tahun pada masa itu. Tetapi sudah(baru) berkahwin dan belum mempunyai anak. Kami dan aku sahaja yang lelaki(jantan), semua lebih 30an dan ada yang menghampiri 40. Kumpulan belajar kami, semua enam orang dan biasanya lima orang kerna yang kakak seorang tu lewat join grup kami.
Si Seila ni, sangat rajin bekerja dalam kumpulan kami. Sementelah lagi, dia muda dan kurang komitmen berbanding kami yang sudah beranak pinak. Cakapnya, agak 'laser' sikit dan kadang-kadang membuat kakak yang paling tua dalam kumpulan kami mengalirkan airmata. Pernah dia mengatakan aku gila kerna menggugurkan subjek yang diambil pada saat-saat akhir semester. Aku biasa sangat menggugurkan subjek samada di peringkat awal semester atau kadang-kadang sebelum masuk ke peperiksaan akhir. Seingat aku ada sepuluh kali aku berbuat demikian. Tapi, aku tidak kisah pun, kerana mengangap itu sebagai satu strategi untuk 'maintain' tiga poin ke atas. Akhirnya, dapatlah juga aku tiga poin ke atas PMK itu. Tapi, betul-betul atas pagar.

Berbalik pada si Seila ni, entah macamana tersesat satu email ke dalam inbox aku dari dia, maka bertanya khabarlah kami. Untuk kamu semua tahu, si Seila ini sedang buat master MBA Kewangan di universiti yang sama. Sudah disemester dua sekarang ini. Buat master secara sepenuh masa pula. Jemputannya, akan aku pertimbang semasak-masak dan berharap dapat belajar master sebelum ia habis pengajiannya.

Apa yang pasti, si seila ini akan membaca coretan ini dan berdiam diri. Aku pasti akan menulis mengenainya lagi dan mungkin nanti dia tidak lagi berdiam diri tentang apa yang aku tuliskan ini. Jika kamu ingin mengenalinya, gambarnya ada dalam catatan yang sebelum ini. Carilah sendiri, supaya kamu jadi rajin macam si Seila ini.

No comments: