Sunday, July 15, 2007

Bas dua tingkat






Date : 10.06.2007 (semasa ditulis)






Teringin hati ini untuk menaiki bas dua tingkat(Double decker) pulang ke kampong. Tetapi apakan daya, perjalanan ke destinasiku tiada disediakan bas dua tingkat. Jika teringin jugak untuk menunaikan hajat dihati, maka hendaklah aku mendarat di Bagan (Butterworh). Tapi kata kawanku, tambangnya mahal lima ringgit. Sekarang ini, terdapat banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas dua tingkat ini seperti Jelita, Konsortium, Durian Burung dan ada beberapa lagi syarikat bas. Kata kawanku lagi, jika naik bas Jelita, kerusinya empat baris di tingkat atas, bukan tiga baris seperti kebanyakkan bas expres sekarang ini.



Teringat malam itu, kepulangan ku ke sini jam 12 tengah malam kena di kerusi belakang sekali, bas Sri Damai Ekspres. Kerusi number 25 bersebelahan dengan member yang berbadan gemuk (kerusi 24), maka kuelakkan dengan duduk di kerusi number 27. Hendak tahu kenapa..Ah ha, jawapannya.. selain tersepit dia mungkin tidur berdengkur. Ternyata benar telahanku, dengkurnya agak kuat malam itu. Tetapi suspen jugak, takut-takut penumpang yang naik selepas itu menuntut kerusinya. Tapi, pemuda cina dan melayu yang naik di BM tidak peduli pun. Selamat aku beristirehat malam itu dan mendarat di Puduraya jam 5.30 pagi. Naik LRT Putra ke Bandar Tasik Selatan dan transit KTM komuter ke Serdang. Naik teksi jam 7.30 pagi ke Ilsas. Tambang RM10.00 (kalau teksi bermeter hanya RM5.50 sahaja).



No comments: