Monday, October 17, 2005

Bonus dah dapat

Selamat berpuasa ye..

Bonus dah dapat..Dengan kata lain bonus pendahuluan (interim) sebanyak 0.75 gaji, so boleh lah tengah dua ribu. Kalau ada duit extra ni, biasanya bayar hutang le dulu..He he takuttt. Hutang banyak lo. Maka tengahari tadi, pergi lah Pak Chik ke bank untuk membayar hutang dua kad yang berjumlah RM540 semuanya. Berkebetulan pulak bank kad baru je call tanya bila nak bayar hutang yang dah terlewat 2 hari tu.
Selebihnya, tidak lupa kepada Ibunda yang tersayang, kasi le sikit duit belanja raya, RM200. Bakinye..kasi bini lah! Beda buat kuih. Apa yang tak buat lagi nihh. OOO, baju raya si janteren belum beli lagi. Tunggu gaji lah, Ye. Si pomperen (pinjam bahasa geng Senario) dah emaknye buat awal-awal lagi. Karang lewat, tak boleh nak tempah dah.
Last pasal bonus ni..He he sape nak duit raye?. Sekadar sekeping merah dan terhad kepada 5 orang yang bertuah. Sila le email kat Pak Chik no akaun bank BCB sahaja. Siapa cepat dia dapat. Kalau tak de siapa-siapa yang mau (maklum le laman blog ni agak sunyi sikit). Kasi sama siSera je (No akaun dia Pak Chik dah ada).
Okaih.

No comments: