Monday, March 16, 2009

Apakan daya..

SPM telah diumumkan dan Nur M* sedang menikmati hasil usahanya. Dan aku sedang berduka-lara, seperti yang dijangkakan resultnya 2B, 3C, 4E dan 1F. Ketiga-tiga subjek sains E8, apakan daya kalau sudah tak mahu. Aku kalau nak derhaka pun, tidak sampai mencurah air ke periuk nasi sendiri atau membakar jambatan atau membakar kapal..ini derhaka tahap gaban.

Hari Khamis lepas, dia sendiri pun tak mahu pergi ambil resultnya, biar maknya yang ambil. Sekarang result itu dekat tangan Mak Jangnya yang sedang berusaha untuk memasukkan dia ke Poli, target Poli PD, Kursus Kejuruteraan Mekanikal. Sebenarnya, apa-apa kursus pun boleh, jika dia mahu belajar. Kalau tidak mahu apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat, dimakan jadi ubat, disimpan jadi azimat..ambik hang.

Hairan..atau ini penyakit keturunan. Bilakah akan ada kesedaran. Ibu bapa tidak akan menongkat langit, lagi tidak kaya-raya atau wang berjuta. Kalau kaya-raya pun nanti, engkau tidak perlu ambil tahu. Engkau hiduplah sendiri, kerana ini bukan harta keturunan atau harta yang jumpa dalam lubang..Ahmad Albab.

Sekarang, balik kampung. Enjoy lagi, happy-happy, apa pun tidak peduli. Dapat gaji beli henpon lagi. Sekarang umurnya sudah 18, bukan lagi budak bawah umur. Apa-apa jadi tanggung sendiri. Kompeni pun tidak tanggung ubat lagi. Lainlah kalau mengaji.

Inilah luahan seorang bapa, yang gagal mendidik anaknya dan kemudian menderhaka dan berak dalam periok belanga.

2 comments:

[mohamadtahir] [mz] said...

hmmm...:-? xto nk kata apa. Kalu la ada kata2 yg lebih power dari 'sabar' tentu nasihat dn pujuk tu x bunyi mcm niii----> 'sabar ja laa...'

zamri said...

Terima kasih..